Masalah kemurungan perlu dibendung dari awal. |
PUTRAJAYA: Dapatkan rawatan awal dan hindari perasaan malu jika mengalami masalah kemurungan atau tekanan mental kerana masalah itu mudah diubati jika dikesan lebih awal, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong. Beliau berkata kementerian memandang serius mengenai perkara itu kerana setiap tahun berlaku peningkatan bilangan pesakit yang mengalami masalah tersebut.
“Ramai yang malu untuk berjumpa doktor bagi mengesan mahupun mendapatkan rawatan awal. Mereka lebih rela untuk menyembunyikannya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program 10,000 Langkah Sehari bersama Mysihat dan Berita Harian di sini kelmarin.
Liow berkata ramai yang pernah mengalami masalah tersebut cuma yang membezakan adalah serius atau tidak dengan dengan itu tidak perlu merasa malu, takut mahupun bimbang untuk mendapatkan rawatan.
“Kalau dapat dikesan di peringkat awal adalah lebih mudah untuk diubati berbanding membiarkan masalah itu menjadi serius. Kebanyakan kes yang dapat dikesan awal ialah kemurungan yang dihidapi ibu yang baru melahirkan anak,” katanya. Liow berkata masalah mental dan kemurungan berlaku tanpa mengira latar belakang termasuk golongan profesional seperti guru, jurutera, akauntan, peguam dan juga wartawan.
Setakat ini terdapat 110 doktor pakar, 45 hospital kerajaan termasuk institusi kesihatan mental yang menyediakan perkhidmatan psikiatri sementara 800 klinik untuk rawatan susulan. Tahun lepas sahaja sejumlah 22,000 pesakit telah dimasukkan ke wad untuk masalah berkaitan penyakit mental manakala 400,000 lagi sebagai pesakit luar.
(Sumber: New Sabah Times)
2 ulasan:
yup! harus..rawatan awal dpt membantu..
bukan malu just xde mase je..huu
Catat Ulasan