Tali leher baru yang boleh dijadikan bantal | Boros Di Aralom

Jumaat, 15 Julai 2011

Tali leher baru yang boleh dijadikan bantal

TOKYO: ‘Tali leher Nemuri’ yang bermakna ‘Tali Leher Tidur’ dalam bahasa Jepun adalah peralatan unik yang membolehkan pekerja yang keletihan tidur dalam keadaan selesa dan bergaya di meja mereka.
Ia kelihatan seperti tali leher biasa tetapi mempunyai lubang udara kecil yang tersembunyi di belakangnya. Ia akan menggelembung seperti bantal apabila ditiup.

Tali leher itu diperbuat daripada sutera dan mempunyai fiber mikro khas yang akan membantu menyejukkan kulit ketika cuaca panas, menurut akhbar Asahi.
Tali Leher Tidur itu, yang dicipta oleh KTM Co, mensasarkan pekerja pejabat yang suka tidur sekejap di meja mereka dan buat masa ini ia dijual dengan harga 2,500 yen (RM100).

Jepun terkenal dengan budaya korporat yang menyaksikan rakyatnya bekerja untuk tempoh masa yang panjang dan satu daripada segelintir tempat di dunia di mana perkataan ‘mati akibat terlalu kuat bekerja’ dicipta. - Agensi
Sumber: myMetro
Zzzz...
Hmm..siap la kau wahai pekerja yang kuat tidur..lepas ni akan ada kerusi pejabat yang boleh jadi katil seperti transformer.

4 ulasan:

Shafiq berkata...

Kreatif tu.. :-)

StellaClaire-Richard berkata...

hahaha..funny. Ada juga org create benda mcm ni.
Kreatif oh.. Tali leher jadi bantal hehehe...
Entah kalau jual di Malaysia, laku ka tu?..:D

нαηιмQαtяυηηα∂α berkata...

hehe kelakar pulak.. macam2 rekaan yang orang jepun buat..

Amri Abd Rani berkata...

tak pakai tali leher ni pun asyik tertidur je...klu pakai tak tahu laaa....