Geng Palembang geng Indon yang berleluasa di Sabah | Boros Di Aralom

Rabu, 20 Julai 2011

Geng Palembang geng Indon yang berleluasa di Sabah

Ini lah nasib negeri Sabah yang kini sudah dibanjiri oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Mereka sekarang bukan sahaja dengan senang hati berjalan-jalan di sekitar kota raya malah juga sudah banyak bermastautin di kawasan kampung-kampung. Dah lah datang sini tanpa dokumen sah, kini mereka buat hal jenayah pula. Ada satu geng Indon yang dikenali sebagai Geng Palembang ni memang sedang hot sekarang terutama dalam bidang jenayah. Menurut akbar online Daily Express, beberapa kejadian rompakan yang melibatkan jumlah wang sebanyak RM480,000 telah dikenalpasti sebagai kes jenayah yang didalangi oleh kumpulan tersebut. 
(Sumber: google)
Modus operandi mereka senang sahaja. Mula-mula mereka akan mengenalpasti individu yang ingin berurusan di bank dan kemudian mengekori mereka. Selepas itu, bila sang perompak dah pasti yang si mangsa mengeluarkan wang dari bank maka mereka akan mencucuk dan memancitkan tayar kereta si mangsa  dengan harapan si mangsa akan terpedaya. Semasa si mangsa sedang sibuk melayan tayar kereta, maka sang perompak akan dengan pantas membuka pintu kereta yang tidak berkunci dan kemudiannya merampas wang mangsa tanpa disedari. Kalau si mangsa tidak berhati-hati dalam kejadian seumpama ini, senang-senang saja duit melayang. Bagus kalau duit saja melayang, jangan pula nyawa pun melayang sebab nak jadi hero berlawan dengan sang perompak. Bahaya tu. Duit boleh dicari tapi nyawa tiada dijual di mana-mana tau.

Kebanyakkan ahli-ahli dalam geng Palembang ini sebenarnya mempunyai dokumen perjalanan sah ke dalam negara ini tapi entah lah kenapa mereka memilih jalan sesat macam ni. Kalau ada dokumen sah, memang sangat senang nak cari kerja sebab kebanyakkan bos pun mau cari pekerja yang terima gaji rendah. Aduhai, ini lah sikap tamak manusia. Jangan kata warga asing, warga kita pun banyak yang tamak juga. :(

Oleh yang demikian, di mana pun kita berada kena sentiasa berhati-hati kerana dunia semakin tua, manusia semakin jahat, kiamat makin dekat. Bersyukur apa yang ada, berusaha ke arah memperbaiki diri, dekatkan diri dengan Tuhan. Mudah-mudahan hidup diberkati di dunia dan akhirat.

3 ulasan:

Jaw @ MyGamanBorNeo berkata...

iya la, sampai saya org Sabah sendiri pun takut mau jalan sorang2 di negeri sendiri.

Hairun Azmi berkata...

Kesian warga tempatan...

Kak Imun berkata...

Berhati2lah kita semua, diorang ni memang licik. Jangan kita pandang ringan, susa klu 'suda terhantuk, baru terngadah..'