Boros Di Aralom: Tips Kemahiran Diri
Memaparkan catatan dengan label Tips Kemahiran Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips Kemahiran Diri. Papar semua catatan

Ahad, 3 Januari 2016

11 Hobi baru di tahun baru 2016! Jom lari dari rutin harian

Belum terlambat untuk admin ucapkan selamat menyambut tahun baru 2016 kepada semua pembaca. Selamat tinggal 2015. Pasti banyak suka duka yang kita lalui sepanjang tahun lepas..mungkin lebih banyak duka kot..GST dan tol bagai..hahaha

Baiklah, dalam entri kali ini, admin nak kongsi beberapa tips atau hobi baru yang mungkin korang berminat nak lakukan bermula di tahun baru ini. Ye lah, nak 'lari' dari kebiasaan dan mencuba benda baru. Mesti seronok kan. Ini dia 11 contoh hobi baru yang boleh korang mulakan di tahun 2016 ini!

1. Menonton Filem. Mungkin zaman kolej-kolej dulu, menonton filem dan drama merupakan salah satu hobi wajib bagi kebanyakkan pelajar kan. Nak download movie free pun senang sebab kolej dilengkapi wifi percuma..hahaha..bajet sikit nonton wayang. Tunggu PTPTN masuk dulu baru dapat merasa wayang on the spot...kan kan kan..eh! korang dah bayar balik PTPTN tak..

2. Menyanyi. Tak kisahlah suara korang tu merdu or ke laut. Cubalah menyanyi di kala bulan mengembang. Mesti seronok kan..Gurau jer..tapi kalau ada masa terluang, cubalah try test power suara tu. Pergi kat karaoke box. Atau guna apps kat smartphone jer pun boleh. Asal jangan melalak tak tentu pasal lah.

3. Berkebun. Tak perlu pun ada tanah luas untuk berkebun. Sekarang ni, mereka yang tinggal kat flat pun boleh berkebun. Tapi kena kreatif lah. Untung lah orang yang pandai berkebun ni kan. Mesti kawasan luar dan dalam rumahnya penuh dengan tumbuhan menghijau. Sejuk jer mata memandang.

4. Mendaki. Kalau macam admin ni yang tinggal berdekatan dengan bukit bukau, tentu saja mudah nak mencari tempat mendaki. Tiap-tiap hujung minggu mesti pergi mendaki bukit. Tapi jangan salah sangka, aku ni badan masih comel...gemoks is awesome..hahaha.

5. Memasak. Especially bagi kaum hawa. Kalau pandai memasak, memang untung lah laki yang kawin dengan kau. Kalau lelaki pula yang pandai masak, fuh..memang akan jadi kegilaan bakal mak mertua.

6. Main alat muzik. Never too late to learn new skills. Memang seronok kalau boleh bermain alat muzik walaupun tak pro. Tak susah pun belajar main alat muzik. Contohnya gitar. Aku dulu masa tingkatan dua, aku belajar sendiri main gitar. Asal engko pandai main tiga kod asas C F G..dah boleh dah main lagu Negaraku!

7. Sukarelawan. Kalau nak feel macam slot Bersamamu TV3, cuba aktifkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan. Bukan saja mampu meningkatkan sifat berperikemanusiaan korang, malah korang juga boleh menambahkan amal jariah di dunia ni.

8. Membaca. Ini hanya untuk mereka yang sangat kurang mebaca. Mungkin baca entri ni pun malas. Eh..korang..tak baik malas membaca tau..nanti kalau korang tetiba terjumpa dengan orang macam Syed Siddiq, si penghujah terbaik Asia tu, siap korang kena kelentong habis..haha. Membaca baik untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Bila korang tahu banyak perkara, senang sikit lah nak survive.

9. Menulis. Ia meningkatkan kreativiti dan mengembangkan imaginasi. Cuba korang ingat masa budak-budak dulu, mesti ada cikgu suruh buat karangan bertajuk 'Aku sekaki Payung'.."Aku sebatang Pen" dan macam-macam 'Aku' lagi lah. Suka bila baca karangan budak-budak..penuh imaginasi dan kreatif walaupun kekadang tak masuk akal sampai ada Aaron Aziz dalam karangan..hahaha..

10. Blogging. Hah! Benda ni pun sama dengan menulis cuma blogging ni menulis di alam maya. Korang berkongsi kisah hidup dan berkongsi ilmu di alam maya. Kalau korang ni jenis yang suka berfesyen, menulislah mengenai fesyen, bagi tips berpakaian dan sebagainya. Kalau minat memasak, boleh juga menulis resepi di blog masing-masing..kalau minat kereta, tulislah mengenai kereta di blog. Dan yang menambahkan kemanisan blogging ni ialah korang boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan. Macam mana caranya? Tanya lah Ahmad Maslan...hahahaha..kena lagi DAM..anyway, salah satu cara jana duit dari blog ialah melalui pengiklanan. Selain itu, ramai juga blogger yang jana duit melalui sistem affiliate. Bagi blog Edisi Blogger ni, pendapatan utama ~ walaupun beberapa sen saja~ ialah melalui pengiklanan. Macam PopAds dan Nuffnang ni lah. 

11. Menabung. Ni yang best sebab melibatkan wang beranak pinak..haha. Kat Facebook agak viral juga bila ada yang mengepos kisah mereka menabung dari awal tahun sampai akhir tahun. Ada bermacam cara menabung. Salah satunya ialah dengan kiraan gandaan minggu..like Week 1 to Week 52. Minggu satu simpan RM1, minggu 2 simpan RM2..bila ganda-ganda sampai minggu 52, dah sampai RM1k gitu..fuh! dah boleh shopping sakan hujung tahun ni.

Ada banyak lagi hobi yang boleh korang mula buat di tahun baru ini. Yang penting korang enjoy ketika melakukannya. Daripada asyik buat rutin yang sama setiap hari, tentu bosan kan..like, pagi pergi kerja, petang balik kerja, malam tidur, pagi bangun awal pergi kerja...tak ker bosan gitu?

Anyway, selamat menempuh tahun baru dengan penuh semangat. Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun lepas. Sekian! 

Lagi info menarik:

Rabu, 18 April 2012

How to be a successful reporter, blogger or journalist


The best reporters I know are bright, persistent, honest, personable, curious and courageous. If you asked them to explain their success, this is what they might say:
1. A good reporter is a generalist, able to deal with a number of  topics and talk with a variety of people. He or she can see the unusual, the ironic, in the everyday. She can think through all the possibilities and organize a large amount of information to find the important parts.

2. A good reporter is quick. Once he is assigned a story, he goes after it. He makes the calls and keeps trying if he doesn't make contact. He remembers the sign that once hung in the Los Angeles Times newsroom: GOYA/KOD. Get off your ass/knock on doors.

3. A good reporter is curious. He or she takes pleasure in the new, and in the old, in the history or precedent that got us where
we are. He enjoys reading and appreciates the details.

4. A good reporter is pleasant. She adopts a friendly nature with those she meets. She is a grateful guest, with a belief in the basic goodness of people. She conveys to those she meets that she is tolerant of them and their ideas, even though she does not like them or what they stand for. She subordinates her ego and is a good listener.

5. A good reporter is honest. He seeks the truth and acts independently. He does what he says he's going to do, and doesn't do something he promised to avoid. He returns his calls, and he's willing to say no. He's obsessed with accuracy and double checks his facts with call-backs. He sees both sides to every issue. He doesn't treat people as a means to an end.

6. The good reporter is courageous. She approaches strangers. She takes pleasure in being good, in being first. She develops a skin to deflect the inevitable criticism. She is willing to make a mistake and willing to write something that may hurt someone. She has a capacity for tempered outrage.

7. As Jon Franklin, reporter, author and teacher, said: "Back when I first started, I thought intelligence was the most important attribute a reporter could have. I have since changed my mind. You do have to be intelligent, but the big thing is courage. Courage to open your mind and let the whole damned confusing world in. Courage to always be the ignorant one, on somebody else's turf. Courage to stand corrected. Courage to take criticism. Courage to grow with your experiences. Courage to accept what you don't understand. Most of all, courage to see what is there and not what you want to think is there." - source 
Be one of Samsung Blogger reporting the Olympic Games in London 2012
Do you think do you have what it take to be a blogger, reporter, and journalist for the London Olympic Games 2012 brought by Samsung? Get this once in a lifetime opportunity now by visiting Samsung website.

Rabu, 21 Mac 2012

Bagaimana untuk menjaga jeans anda?

Suka pakai seluar jeans? mesti ramai antara kita yang memang 'in-love' dengan pemakaian pakaian-pakaian berasaskan jeans kan. Kenapa tidak, jeans sekarang ini sudah lama menjadi trend terutamanya di kalangan orang muda. Ada style katakan. 
Namun demikian, tidak ramai yang tahu bagaimana menjaga jeans dengan baik. Berikut merupakan cara atau panduan bagaimana menjaga jeans anda supaya lebih tahan lama:

1. Sebelum mencuci, terbalikkan seluar jeans anda bagi menjaga fabrik denim luarannya.

2. Letakkan serbuk atau cecair pencuci secukupnya ke dalam air sejuk sebelum merendam seluar jeans. Kemudian, cucilah seluar tersebut dengan tangan atau mesin pencuci pada suhu rendah.

3. Gantung jeans dengan cara mengepit di bahagian pinggangnya. Elakkan daripada menggantungnya pada kawasan yang terdedah dengan sinaran matahari secara terus kerana ia akan mengubah warnanya.

4. Pilih suhu rendah semasa hendak menggosok seluar.

5. Mencuci seluar jean terlalu kerap akan mengubah warna dan tahap elastiknya.

Demikianlah tips penjagaan seluar jeans yang boleh diprakktikkan oleh kita semua yang mempunyai pakaian jeans di rumah.

sumber: rapi

Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Sabtu, 28 Januari 2012

Betulkah Facebook menyebabkan kita merasa kehidupan kita teruk?


Ada yang mengatakan bahawa jika anda inginkan kehidupan yang lebih bahagia, salah satu caranya ialah dengan menutup akaun Facebook anda. Atau mengurangkan masa penggunaannya. Terdapat satu kajian yang mengatakan bahawa semakin banyak anda menggunakan Facebook maka semakin tinggi anda merasakan bahawa orang lain lebih bahagia daripada anda.
Miller-McCune dalam laman web Newser menyatakan "The more hours people spent on Facebook, the stronger was their agreement that others were happier," the paper reads. Similarly, those who used Facebook more were less likely to agree with the statement, "Life is fair." The author of the study thinks this is all due to "correspondence bias," in which we assume others are happy based on the happy pictures and happy status updates they post—without taking into consideration that it may all be for show. But those who spent more time socializing with friends in real life were less likely to think others lead happier lives, indicating that real-life get-togethers can be a good reality check."

Nah, macam mana dengan anda? ada sangkut paut tak dengan kajian ini. Saya sendiri mengaku selalu guna Facebook tapi tidak lah sampai fikir hidup ini kurang bahagia bila terbaca status kengkawan yang 'happy happy' belaka. There is always a time for everything. Kengkadang kita gembira, kengkadang kita sedih. For me, Facebook has nothing to do with it. Lain lah kalau seseorang itu memang sudah addicted dengan Facebook. Sampai muka pun jadi buku..


Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Rabu, 25 Januari 2012

Perjumpaan menyebabkan anda jadi bodoh terutamanya perempuan?


Amboi..senangnya mulut cakap..ada bukti ker? Jika anda pernah merasakan bahawa perjumpaan atau 'meeting' menyebabkan IQ anda semakin rendah, anda mungkin betul. Kajian terbaru mendapati bahawa interaksi dalam kumpulan memang boleh menyebabkan kecerdasan menurun. Ooo..ya ke?
Beberapa saintis di Virginia telah memadankan kumpulan-kumpulan berdasarkan IQ dan menilai prestasi ahli-ahli kumpulan dengan beberapa tugasan kognitif. Menurut laporan Daily Mail:-

When group members were told how others had performed, "we saw dramatic drops in the ability of some study subjects to solve problems," explains the lead researcher. "The social feedback had a significant effect."

Basically, that implies that feeling like you're not as smart as others may actually have an impact on your brain and make you less able to solve problems. The scientists used MRI to discover the results. Women are particularly vulnerable to the effect, the study finds. Adds the lead author, "Our study highlights the unexpected and dramatic consequences even subtle social signals in group settings may have on individual cognitive functioning."

Hah! baru tahu kenapa ramai sangat orang yang malas nak g meeting. Ini lah salah satu puncanya. Lepas meeting, macam-macam kritikan dan cadangan yang diberi. Kenapa tak bersuara dalam meeting? Rasanya kajian kat atas ni sudah memberi satu jawapan yang munasabah. Semasa meeting, otak beku, tapi lepas je meeting, otak terus cair macam aiskrim. Terus jadi pengulas.


Inilah kereta kuyung paling pelik saya pernah nampak
tapi tatap comel. Tengok ni..

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Rabu, 11 Januari 2012

Bagaimana membina keyakinan diri semasa pembentangan?

Bercakap di hadapan orang ramai atau membuat pembentangan dalam kelas atau pembentangan projek sememangnya membuat kebanyakkan orang itu merasa gementar. Perkara ini adalah biasa. Apa lagi bagi mereka yang baru pertama kali membentang. Namun sekiranya seseorang itu terlalu gementar dan sukar untuk mengawalnya, ia biasanya akan mengganggu focus diri dan seterusnya memberi kesan negative terhadap kualiti pembentangan. Di sini terdapat beberapa tips untuk membina keyakinan diri semasa pembentangan.

1. Pakaian yang sesuai. Pakailah pakaian yang menyelesakan anda serta sesuai dengan formaliti tajuk pembentangan anda.

2. Bahan pembentangan. Sediakan segala kelengkapan pembentangan anda. Adalah lebih juga jika anda membuat banyak kajian mengenai apa yang bakal anda bentangkan.

3. Sediakan versi bertulis pembentangan anda. Tapi jangan lah membacanya seperti membaca berita. Ia bertujuan untuk anda mengingat semula apa yang harus disampaikan sekiranya anda hilang focus.

4. Buat kontak mata ‘eye contact’ dengan audience yang memberikan maklumbalas positif sepert mengangguk dan tersenyum dengan pembentangan anda.

5. Pergerakan. Sentiasalah bergerak semasa membentang. Ini akan membantu anda lebih bertenang dan mengelakkan rasa kaku.

6. Aksi. Beraksilah dengan yakin semasa membentang. Dengan ini, perasaan yakin juga akan menyusul. Apabila anda yakin, audience juga akan memberikan respon positif dan seterusnya menambahkan lagi keyakinan anda.

7. Jangan kritik diri secara mental semasa menyampaikan pembentangan. Jika anda terlalu focus atau menggambarkan kesilapan yang dilakukan maka ianya akan menambahkan kegentaran anda. Fikir secara positif dan berikanlah pembentangan sebaik yang boleh. Jika nak kritik diri, kritiklah selepas pembentangan.

Sebenarnya semasa pembentangan, audience biasanya tidak akan menyedari bahawa anda sedang gementar bercakap di depan. Oleh itu, berusahalah untuk lebih relaks. Diharapkan agar anda mendapat manfaat melalui tips di atas dan tahu bagaimana membina keyakinan diri semasa memberi pembentangan.

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Ahad, 8 Januari 2012

Antara kuku paling menarik selepas modifikasi

Jika anda ada masa, wang, dan minat untuk modify jari jemari anda, berikut merupakan antara idea-idea kreatif yang menarik.













(Sumber: Oddee.com)

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Sabtu, 7 Januari 2012

Cabaran hidup peringkat remaja

Kebanyakkan orang berpendapat cabaran peringkat remaja adalah yang paling mencabar dalam keseluruhan fasa kehidupan. Cabaran ini juga dirasakan oleh ibu bapa. Mengendalikan cabaran-cabaran ini boleh menjadi sumber stress kepada remaja dan ibu bapa. Tekanan yang ditanggung oleh ibu bapa mungkin kerana cabaran remaja adalah penentu arah masa depan remaja yang masih lagi panjang.

Apabila remaja tersilap langkah, ini mengakibatkan masa depannya tergadai. Di sini dapat dilihat kemahiran hidup serta nilai moral dan agama yang murni bertepatan dengan peringkat kematangannya perlu sudah sedia ada dalam dirinya bagi melindungi diri daripada terjerumus ke lembah hina dan sekali gus membantunya beralih ke fasa dewasa dengan jayanya.

Ketika melalui cabaran-cabaran remaja yang disebutkan, dengan tahap kematangan dan kemahiran yang kurang serta kekurangan nilai-nilai murni, ditambah lagi dengan kekurangan bimbingan ibu-bapa, terdapat kemungkinan remaja boleh terjerumus kepada tingkah laku dan tindak balas emosi yang ekstrem. Remaja mungkin terjerumus ke dalah tingkah laku tidak bermoral dan berisiko tinggi seperti terlibat dalam kegiatan seks rambang, ketagihan dadah, kegagalan akademik, percubaan bunuh diri dan sebagainya.

dahulu, ini dilihat sebagai reaksi remaja menghadapi stress remaja, yang mana ianya dianggap masih lagi dalam batasan yang normal bagi seorang remaja. Banyak kajian ke atas remaja menunjukkan remaja-remaja normal tidak menunjukkan perubahan-perubahan emosi dan tingkah laku yang serius begini. Sekarang ia dilihat sebagai bukti kecelaruan mental atau identiti remaja. Inilah cabaran hidup peringkat remaja.

(sumber: Panduan Menjaga Kesihatan Wanita oleh Hanizam Abd Ghani, Marhani Midin & Ruzana Zam Zam)

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Jumaat, 6 Januari 2012

Lukisan-lukisan yang comel pada jari

Memang comel. Berikut merupakan beberapa idea jika anda ingin melukis sesuatu yang comel pada jari jemari anda.










Cuba lah sendiri melukis lukisan comel pada jari jemari anda.
  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Khamis, 29 Disember 2011

Some simple steps to cope with holiday burnout

Holiday is almost over. Maybe some or many of us got holiday burnout. What's that? Holiday burnout is a sign that you're overdoing it and that you need to slow down. There's nothing about Christmas or any other holiday season that's worth exhausting all your inner resources. Once you've had a break from the holiday preparations, you can get back into the swing of things with renewed vigor.

1. Take some time for yourself. Take a nap. Meditate. Curl up with a good book or magazine. Soak in a hot bathtub for an hour or two. Drop by your local coffee shop for a latte. Ride a bicycle or take a stroll through the park. Many of us have been trained to believe that activities like these are selfish. The truth is that they're essential to our physical, emotional and mental well-being.

2. Listen to music. If you feel that you need soothing and winding down, listen to classical music, meditation music or smooth jazz. However, if you feel that you're in the mood for a release, listen to some rock, pop, electronica or alternative music. Dancing and singing can also make you feel energized again.

3. Determine which holiday projects are really essential and which aren't. You'll need to put up the Christmas tree, buy presents and wrap them. However, you don't have to decorate your home to win a contest. You don't have to make all handmade ornaments in only a week. Some projects can be abandoned to foster your health and well-being.

4. Ask for help from your friends and family. Delegate some of the holiday responsibilities to them. For example, have your family do some of the cleaning. Ask them to help wrapping presents that aren't for them. Have them assist with the preparation of the holiday meal.

5. Put on some holiday music to provide inspiration and make chores more pleasant. This is especially helpful while making crafts, wrapping presents and decorating a Christmas tree. Incorporate the tasks into miniature holiday parties with your spouse and kids. Share some cookies, eggnog or hot chocolate while you're working. (Source)

Those are the tips to cope with holiday burnout. 

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Dapatkan ebook (Bahasa Melayu) mengenai fakta, sejarah, dan cara-cara yang mudah dan meyakinkan dalam pelaburan Emas $$SINI$$
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Sabtu, 19 November 2011

Talam rotan pertamaku di kursus kraftangan

What!! dalam banyak-banyak kursus, kursus kraftangan juga yang engko pergi! huhu..anyway, memang dari dulu pun saya nak sangat belajar buat kraftangan terutamanya kraftangan rotan. Kenapa? sebab saya tertarik dengan keunikan seni krafnya...ceewah! 

Kursus tiga hari ni telah dianjurkan oleh pihak Yayasan Sabah kat kampung saya pada 14 - 16 November lalu. Tak ramai yang dapat ikut sebab kuota 15 orang je. Nasib baik ada orang tolong daftarkan saya awal-awal. Rasa bertuah sebab dalam usia muda ini dapat mempelajari teknik-teknik asas membuat kraftangan. 

Antara hasil-hasil kraftangan para peserta.

Ini lah talam rotan pertamaku..a bit ugly but it's okay for the first timer..masih banyak yang perlu ditingkatkan.

Peserta sedang menunjukkan hasil kraftangan mereka dengan bangga!! heeee
Kalau diikutkan memang saya lah peserta paling 'tidak pandai buat talam rotan'..selalu saja menjadi orang terakhir yang menyiapkan kerja kraf. Tapi apa pun itu adalah perkara biasa bagi orang yang baru pertama kali mencuba sesuatu yang baru. Nasib baik lah banyak 'orang lama' yang turut mengikuti kursus itu..so, banyaklah sumber panduan tuntuk ajar yang boleh diperoleh selain daripada tunjuk ajar yang diberikan oleh guru yang mengajar..Sebenarnya membuat talam rotan ini tak lah susah sangat. Bila dah tahu asas membuatnya maka senanglah 'modify' bentuk-bentuk talam rotan yang lain. .

Oh ya, sekarang ni pihak Yayasan Sabah sedang bergiat aktif dalam memberikan kursus-kursus kraftangan di   seluruh negeri. So. kepada kamu-kamu yang berminat mempelajari teknik asas membuat talam rotan ni maka cepat-cepat la booking nama jika ada pihak yang menganjurkan kursus di tempat berhampiran anda. Bila dah pandai buat hasil kraftangan rotan ni, bukan saja boleh dijadikan sebagai 'side income' malah turut mengekalkan warisan kraftangan yang menjadi tradisi turun temurun..

Read my sikarap blog at http://www.nancypoh.com