Lifeguard pun tak kisah.. (google pic) |
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun mengalami kerosakan otak dan kini sedang nyawa-nyawa ikan selepas jurulatih renangnya membuang dia ke dalam kolam renang dan dibiarkan lemas semasa sesi latihan dijalankan. Kejadian ini berlaku di Chongqin, Wilayah Sichuan, China.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Moumou itu dikatakan tidak mahu masuk ke dalam kolam dan membuatkan si jurulatihnya menjadi bangang..apa lagi, jurulatih tu pun terus membuang Moumou secara paksa ke dalam kolam..wtf?
Walaupun Moumou bergelut dengan nyawanya terkapai-kapai dalam kolam itu..tiada siapa yang ambil tindakan. Termasuklah para pengunjung kolam itu dan para lifeguard. Salah seorang saksi mendakwa bahawa dia mengandaikan Moumou tidaklah berada dalam keadaan merbahaya sebab jurulatihnya ada bersama malah lifeguard pun banyak kat sana..goyang kaki..Moumou hanya dibawa keluar dari kolam selepas keadaannya menjadi sangat teruk..
Hospital mengesahkan keadaa Moumou sekarang sebagai sangat kritikal dan peluang untuk hidup juga tipis. (globaltimes)
p/s: Teringat pula memori masa saya kanak-kanak dulu...masa baru start nak belajar berenang kat sungai di kampung..selalu hampir-hampir lemas...nasib baik masih dipanjangkan umur..tapi masa itu, saya tiada jurulatih..jurulatih ialah diri sendiri..bahaya betul..don't try this alone..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan