(EDISI AWESOME) Bina simulator kapal terbang Boeing 737 di dalam bilik tidur anak | Boros Di Aralom

Ahad, 28 Julai 2013

(EDISI AWESOME) Bina simulator kapal terbang Boeing 737 di dalam bilik tidur anak

Whoa! orang ini memang kreatif tahap gaban..Laurent Aigon, 40, dari Perancis ini mengambil masa selama lima tahun untuk menyiapkan simulator kapal terbang Boeing 737 bersama sahabat baiknya, Jean-Paul Dupuy. Simulator ini dibina di dalam bilik anak Aigon..

Aigon berjaya membina bahagian-bahagian paling rumit dalam simulatornya
Simulator ini menelan belanja sehingga ribuan euro dan kebanyakkan komponennya dibeli menerusi talian internet dari seluruh dunia. Lebih menarik lagi apabila simulator ini mendapat pengiktirafan dari Institute of Aircraft Maintenance di Bordeaux-Merignac Airport. Laurent Aigon turut dijemput untuk memberikan ceramah mengenai pencapaiannya itu.

Simulator Aigon ini sama seperti simulator sebenar
Memang hebat si Aigon ini kan..tapi timbul pulak satu persoalan...kenapa dia tak bina simulator ini di dalam bilik tidur dia sendiri?? kesian pulak anak dia terpaksa bersempit tidur dengan simulator ciptaan ayahnya..mungkin si Aigon nak kan supaya anaknya turut menjadi 'aircraft enthusiast'..bila besar nanti boleh jadi pilot..kan kan kan..

Sumber: Metro Uk



Tiada ulasan: