(EDISI INFORMASI PENTING) Ganjaran RM500 Kepada Pemberi Maklumat Lembaga Industri Getah Sabah | Boros Di Aralom

Khamis, 25 Julai 2013

(EDISI INFORMASI PENTING) Ganjaran RM500 Kepada Pemberi Maklumat Lembaga Industri Getah Sabah

Informasi ini saya dapat dari laman web Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk melaporkan kegiatan menyeludup keluar getah dari Sabah untuk kebaikan Negeri.

Ganjaran sebanyak RM500.00 akan diberikan oleh LIGS kepada Pemberi Maklumat untuk setiap kontena yang berjaya dikesan dan dipunggut ses getah atau yang menyebabkan pelaku berjaya didakwa di mahkamah.

Segala maklumat yang diberikan serta identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan lindungi oleh undang-undang.

Klik sini untuk maklumat lanjut


Ramai yang tahu bahawa harga getah di Sabah memang jauh lebih murah berbanding dengan harga getah di semenanjung. Jadi ada lah puak-puak tamak ini beli getah kat Sabah dan mengirimnya ke semenanjung untuk mendapat untung lebih...sampai dua kali ganda keuntungan mereka...kan bagus kalau government terus saja seragamkan harga getah seluruh Malaysia..tiada lah masalah macam ini berlaku...dulu kata 1Malaysia...


P/s: Apepun..tahniah kepada BN sebab menang besar kat Kuala Besut..dengar dengar, Kuala Besut dapat durian runtuh...hehe..

Tiada ulasan: