Nah..ambik kau!! Jangan fikir harimau ini tak tahu nak membalas dendam bila spesis mereka diganggu apalagi dibunuh. Seperti yang berlaku di Indonesia beberapa hari lalu.
Sekawan harimau bertindak dengan menyerang sekumpulan pemburu yang secara tidak sengaja 'membunuh' seekor harimau Sumatra. Harimau malang itu terkena jerat yang sepatutnya dipasang untuk menangkap haiwan-haiwan lain seperti rusa, kancil, palanuk, dan...bakas..agaknya le. Boleh baca berita penuh yang gua rembat kat Telegraph.
Pak rimau dari spesis Harimau Sumatra..tergolong dalam spesis harimau yang semakin pupus. Hanya ada sekitar 400 ekor saja lagi. |
Nak dipanjangkan cerita, lima orang pemburu tadi itu terpaksa naik pokok untuk menyelamatkan diri. Seorang dari mereka malangnya terpaksa menjadi mangsa kepada empat ekor harimau yang mengganas itu. Keadaan tambah parah bila keempat-empat rimau tu tak nak lari dari bawah pokok dan terus berlegar-legar..tunggu sampai para pemburu turun kot..tambah derita lagi bila penduduk kampung pun tak dapat buat apa-apa untuk menolong para pemburu tadi sebab takut dengan rimau...empat ekor beb..nak tembak sekor, tiga ekor terkam engko..
Satu je alternatif iaitu dengan menunggu bantuan pasukan keselamatan..tapi menurut laporan, ianya mengambil masa sehingga tiga hari untuk menyelamatkan para pemburu tadi. So...tiga hari la para pemburu itu perlu tahan lapar bergayut kat atas pokok..
Bila Pak Rimau tunjuk belang...ini lah jadinya..nanti lepas ini tentu akan ada cerita dalam siri "I Shouldn't Be Alive" kat Discovery mengenai kisah benar ni...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan