Boros Di Aralom: Edisi Promosi
Memaparkan catatan dengan label Edisi Promosi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Promosi. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Januari 2015

Pengalaman mendebarkan beli barang di Astro Go Shop

Astro Go Shop boleh ditonton melalui saluran 118. Kat sana korang akan nampak beberapa promoter  hensem dan cantik termasuk lah Jimmy Shanley yang tak kering gusi bercerita mengenai kebaikan produk Go Shop itu.

Pengalaman pertama memberli barang di Astro Go Shop ini bukan lah dari gua..tapi dari kakak gua yang tetiba jadi penonton setia saluran tu..entah apa yang menariknya.. tapi gua rasa orang pompuan akan faham kenapa Astro Go Shop itu sangat special..hehehe

Alkisah, lepas dia tengok promotion untuk satu produk bedak muka tu, dia terus call hotline nak order. Saya pun dah lupa apa nama produk tu..tapi yang pasti ianya adalah bedak muka buatan korea. Harganya dalam lingkungan RM160 kalau tak silap. Ya lah kan, bukan saya yang beli..manalah saya tau sangat. Kakak gua ni tinggal ka Sabah. Then dia bayar barang tu sekitar 19 Januari lepas. Penghantaran guna GDex biasanya memang cepat sampai. Dalam tiga empat hari jer. Tapi entah kenapa barang tu tak sampai-sampai lagi.

Di tengah kerisauan menunggu selama lebih seminggu, akhirnya benda tu sampai juga. Nasib baik. Part ni jer yang mendebarkan tu..takut tak sampai.

Lepas tu kan..kakak gua ni tambah excited lah..nak shopping lagi..dari dulu dia memang nak beli basikal bersenam..mungkin dah takdir dia, masa tu tetiba keluar promotion basikal bersenam tanpa tayar kat Go Shop...so, apalagi..dibelinya juga benda tu..harga sekitar RM800..tapi sebab kirim dari Semenanjung ke Sabah, maka GDex mengecas RM200 lebih. Benda tu memang berat, so memang mahal lah shipping rate dia..sampai dalam masa tiga hari.

Tapi tak per, demi nak bersenam sebagai latihan nak naik Gunung Kinabalu bulan depan ni, kakak gua tak kisah pasal harga. Lagipun bonus kakitangan kerajaan kan baru masuk..Kira dah murah lah tu, kalau beli kat Sabah ni..paling murah pun seribu lima ratus lebih..itu pun belum tentu produk bagus..

So, itu je lah pengalaman pertama kakak gua beli produk kat Astro Go Shop. Gua berani cakap, lepas ni dia mesti akan beli benda lain kat sana..hohohoho
Beli barang di Go Shop
Sorry yer...kotak jer yang sempat digambar..

Selasa, 27 Januari 2015

5 Cara asas bagaimana buat duit dengan Instagram

Selepas Facebook dan Twitter, kini Instagram juga menjadi platform popular untuk bersosial dengan rakan-rakan lama dan baru melalui perkongsian gambar. Instagram ni banyak kebaikannya. Nak buat duit pun senang. So hari ini gua nak kongsi lah beberapa tips dan cara bagaimana nak buat duit dengan Instagram? 
Berniaga di Instagram (Pic by WikiHow)
1. Bina follower yang banyak. Secara asasnya, kalau nak buat duit, korang kena ada produk dulu. Dah ada produk, mestilah kena cari pasaran. Dah dapat pasaran, barulah duit masuk dengan senang. That's why, korang kena cari follower instagram yang berminat dengan produk korang tu. Nak cari follower yang banyak memang senang tapi nak bina follower yang berkualiti (maksudnya, follower yang memang minat dengan produk korang) memang memerlukan usaha. So, jangan terlalu ghairah tambah follower. Biar sikit-sikit lama lama jadi bukit.

2. Guna Hashtag untuk tarik follower. Pastikan setiap gambar yang korang upload tu disertakan #hashtag yang berkaitan dengan produk korang. Macam Twitter jugak. Pastikan juga hashtag tu mesra enjin carian dan relevan dengan tren terkini. Jangan pula guna hastag mengarut yang sengaja nak spam hastag trending. Boleh juga guna hastag trending tapi jangan terlalu over. Lagi satu, jangan ikut sukahati jer tag kengkawan untuk promo produk. Naik muak mereka nanti. Sekali sekala, it's okay kalau sekadar untuk pengenalan produk jer. 

3. Pastikan produk anda berkualiti dan juga gambar berkualiti. Ye lah, siapa nak beli barang yang tak berkualiti kan. Ada juga barang atau produk yang berkualiti, tapi disebabkan cara pengiklanan atau cara promosinya kureng meyakinkan, maka ia menjejaskan reputasi produk tu. So, kalau nak upload gambar kat Instagram, pastikan gambar tu benar-benar jelas, terang, dan kreatif. Barulah follower korang terpikat dan akan tengok berkali-kali.

4. Bina kedai online. Kat Instagram mana ada kedai..betul tak. So, pastikan korang ada sediakan link kedai online korang dalam instagram korang tu. Lagi bagus kalau setiap gambar yang diupload itu dilinkkan terus ke kedai online korang. Senang jer buat kedai online ini. Ada yang percuma dan ada yang berbayar. Contoh, blogspot, ebay, dan lelong. Dapatkan panduan mudah Tutorial Kedai Jualan ini kalau serius nak buat kedai online tanpa gangguan.

5. Masa untuk menjual, turn your follower into customers. Pertama sekali, korang kena pastikan follower korang tu dapat melawat blog atau kedai korang. Kalau ada pertanyaan, soalan dan cadangan dari prospek, sila JANGAN abaikan. Beri respon secepat yang boleh. Anda juga kena jujur, ramah, amanah dan trusworthy. Di sini, skills kendiri memang penting bila masuk adegan costumer services. Dan paling penting, hati kena ikhlas berniaga supaya dimurahkan reZeki. Sertakan dengan doa sekali.

So, itu lah dia 5 cara asas nak buat duit dengan Instagram. Ini asas saja tau. Kalau nak yang lebih details, kena rajin cari ilmu. Paling bagus, baca Rahsia Dominasi Instagram ini. Main Istagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan lumayan. Memang terbaek beb!!

Jumaat, 20 Jun 2014

(Sponsored) Trafik Tinggi, Pekej Ruang Iklan Percuma dan Bergambar - SpShops tipu ker?

Anda mempunyai produk atau perkhidmatan? Atau sekadar nak menjual barang terpakai kat rumah? Iklan kan produk anda di SpShops.com sekarang. Biar satu Malaysia tahu akan kewujudan produk dan perkhidmatan anda itu.

Apa itu Spshops?
Secara ringkasnya, SpShops merupakan satu laman web jual beli atau online shopping yang serupa dengan laman web seperti Mudah.my, Lazada, eBay, Lelong, dan sebagainya. Tapi SpShops agak berbeza sedikit dari segi keahlian. Jika anda mendaftar sebagai ahli SpShops, anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan pasif melalui bonus-bonus yang ditawarkan. Boleh layari SpShops untuk maklumat lanjut mengenai bonus ini.

Trafik website: >20,000 sehari

Pakej Ruang Iklan Termurah yang ditawarkan:
1. Iklan Baris - PERCUMA
- Hanya satu iklan dibenarkan
- Tanpa Gambar
- Iklan boleh diedit bila-bila masa

2. Iklan Bergambar 
- Pakej RM10 - 1 post iklan 
- Pakej RM50 - 3 post iklan 
- Pakej RM100 - 5 post iklan 
- Setiap iklan boleh sertakan 3 gambar
- Iklan boleh diedit bila-bila masa
- Tempoh Iklan: Sampai habis tahun ini. Pembaharuan pakej hanya bermula pada tahun depan setiap tiga bulan.

* Jika mengambila mana-mana pakej Iklan Bergambar, anda secara automatik LAYAK menerima bonus pasif dan bonus aktif.


Jika anda berminat untuk menjana income pasif bersama SpShops, boleh WhatsApp: 01126885085 (Ncee)

Jawapan kepada soalan "SpShops tipu ker?"
TIDAK. Saya dan ramai lagi dah jadi ahli. Iklan keluar macam biasa. Income pasif dan aktif pun masuk tanpa masalah. Yang penting, kalau nak jana income mudah dengan SpShops, kena bekerja dan bekerja. Memang sesuai bagi mereka yang suka bekerja dari rumah dan mahukan masa bekerja yang fleksible. Mudah dan praktikal. 

Contoh Iklan di SpShops:


Sabtu, 26 Oktober 2013

3 Benda pertama yang saya buat kalau terjumpa lelaki pondan ini

Bila anda didatangi oleh seorang lelaki yang memang pelik cara berpakaian dan cara tingkah lakunya, apakah reaksi pertama anda? Lebih-lebih lagi kalau jumpa lelaki yang berpakaian wanita ala-ala penyanyi superstar wanita macam gambar kat bawah ni...kalau nak tengok video, boleh pergi ke Youtube




Kalau saya terjumpa dia lah kan..3 benda pertama yang saya buat ialah :-

1. Tak der apa-apa...biarkan dia mengomel sendiri..

2. Ambik gambar dia..lepas tu tampal kat notis "AWAS! ORANG GILA TERLEPAS DARI TANJUNG RAMBUTAN"

3. Cakap dengan dia.. "Eh, you are Keisha, right?? Bila masa awak jadi pondan?" ...hehehe...

Anyway, video tersebut hanya lah satu hoax atau promosi tentang kedatangan penyanyi Keisha ke Malaysia tidak lama lagi. Video tu memang santai lawaknya..macam biasa lah, lelaki jadi perempuan.

>> Mungkin anda juga minat makan aiskrim, tengoklah dulu aiskrim baru Magnum Mini ini


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Rabu, 23 Oktober 2013

3 benda penting yang perlu pelajar dan pencari kerja ketahui mengenai Sector Focused Career Fair (SFCF)

Setiap dari kita memiliki cita-cita dan impian, betul tak? Ada yang nak jadi pendidik, ada yang nak jadi doktor, ada yang nak jadi jurutera dan ada juga yang nak jadi usahawan. Semua itu terlalu umum dan ini lah yang menyebabkan ramai antara kita yang gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan kita. Banyak yang hanya kenal sesebuah jenis perkerjaan itu secara umum sahaja dan masih tercari-cari lubuk mana yang paling sesuai dengan diri.

Jadi inilah salah satu perkara utama yang menjadi sasaran perlaksanaan Sector Focused Career (SFCF) ini dengan kerjasama syarikat-syarikat tempatan, iaitu membantu mendidik para pelajar dan graduan mengenai alam pekerjaan. Biar saya kongsikan 3 benda penting yang korang perlu tahu mengenani SFCF.
1. Mendidik dan membimbing.
Mereka akan memberi didikan atau bimbingan kepada para pelajar amnya dan juga para graduan yang masih belum mendapat pekerjaan yang sesuai dengan minat mereka, mengenai kareer yang boleh mereka ceburi berdasarkan kelulusan dan minat dalam sektor-sektor yang ada di Malaysia ini seperti Minyak dan Gas, Elektronik & Elektrikal, IT, Telekomunikasi, Biotechnology, Kewangan, Akaun, Penjagaan kesihatan, Pelancongan, dan sebagainya.

2. Memberi pendedahan suasana sebanar alam pekerjaan.
Mereka juga akan memberi informasi dan bimbingan serta memberi peluang kepada para pelajar/graduan untuk merasa sendiri suasana alam pekerjaan dalam kareer yang mereka minati itu. Selain dari itu, mereka juga akan membawa tokoh khas dalam sesuatu bidang itu untuk berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada para pelajar/graduan yang hadir dalam pameran yang dianjurkan SFCF.




3. Temuduga on the spot.
Ya, mungkin inilah yang paling penting dan paling utama kepada tujuan penubuhan SFCF ini. Apabila mereka membuat pameran seperti yang akan diadakan di Universiti Teknologi MARA Shah Alam pada 12 & 13 November ini, para pengunjung terutamanya graduan yang sedang mencari pekerjaan akan berpeluang untuk menghadiri temuduga on the spot. Maksudnya mereka akan ditemuduga terus oleh bakal majikan dari syarikat-syarikat yang hadir dalam SFCF itu.

Kat bawah ini adalah antara gambar-gambar yang diambil semasa pameran SFCF ini di Universiti Sains Malaysia dulu. Kredit gambar dari Vault of Camy.





Untuk perhatian semua terutama pelajar dan graduan, terdapat lebih 20 syarikat besar yang menyertai SFCF dan akan turut berada di setiap lokasi pameran. Antara syarikat tersebut ialah :
1. AEON
2. F&N
3. GSK
4. Kimberly Clark
5. L'Oreal
6. Nestle
7. Parkson
8. Amway Business Service Asia Pasific
9. AIG
10. Atos
11. Fuji Xerox Malaysia Sdn Bhd
12. HP Global Center
13. IBM Malaysia 
14. Shell BSC
15. Manulife
16. Shangri-La Group
17. Starwood Hotels and Resorts Group
18. Berjaya Corp.
19. Accor Hotels Group
20. Mamee-Double Decker (M) Bhd
21. QSR Brands

Dan banyak lagi. Pameran ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar dan lepasan graduan yang sedang mencari kerja, tetapi juga sangat sesuai untuk ibu bapa yang inginkan informasi lanjut dan terperinci mengenai dunia pekerjaan agar suatu masa nanti boleh lah mereka mendidik anak dari kecil mengenai hal tuju kareer yang sesuai dengan minat anak-anak mereka. 

Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Bila anda tahu apa minat anak anda, maka mudah lah bagi anda untuk merancang perjalanan akademik anak anda sebelum melangkah ke dunia pekerjaan. 

SFCF bakal diadakan di Universiti Teknologi Mara Shah Alam tidak lama lagi. Kalau korang nampak banner SFCF kat bawah ni, kelik saja untuk mendapatkan info lanjut ya.


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Selasa, 22 Oktober 2013

9 Artis dalam iklan Magnum, bolehkah anda identify mereka semua ni?

Sebentar tadi baru tengok kesemua 9 video dari Magnum yang menunjukkan beberapa selebriti sedang menikmati coklat sedap tu. Bila tengok video-video tu, memang terliur juga nak makan coklat Magnum Mini terutamanya ketika cuaca panas...iklan Magnum tu ada 9 video semuanya, Setiap video main lebih kurang 20saat gitu. Boleh kah anda identify siapa selebriti dalam setiap video tersebut?

Kat bawah ni antara gambar video yang sempat saya snap tadi. Kalau korang nak tengok video penuh, pergi saja ke youtube Magnum Mini.






Saya rasa saya kenal sorang jer..Atillia kalau tak silap..dalam video pertama. Oh ya, kalau korang boleh teka kesemua selebriti dalam video tu, korang boleh menang tiket masuk ke pelancaran aiskrim Magnum Mini terbaru tau. Lepas tu boleh makan aiskrim sampai kenyang...free atau tidak, kena tanya dengan owner Magnum dulu lah...hehe..


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Isnin, 21 Oktober 2013

5 cara bagaimana alat ini membantu wanita mencapai kepuasan seksual maksima

Mungkin ada yang sudah tahu mengenai alat ini dan mungkin masih ramai juga yang belum mengetahui tentangnya. Alat ini memang terbaik dalam membantu para wanita melindungi dan memelihara kesihatan sistem reproduksi mereka. Alat yang saya maksudkan ialah Vibrance Kegel Device.

Berikut adalah 5 cara bagaimana alat ini membantu wanita mencapai kepuasan hubungan intim serta memperbaiki bahagian otot pelvis.

1. Otot lantai pelvis membantu mengawal aliran air kencing anda. Dengan menguatkan otot tersebut menggunakan Vibrance Kegel Device secara betul, anda boleh yakin bahawa pundi kencing anda akan menjadi cukup kuat untuk menahan air kencing anda sepanjang anda menjalani hidup yang aktif dan dinamik.

2. Otot lantai pelvis meningkatkan kekuatan vagina dan juga mengecut semasa orgasma. Selain itu, saraf dalam otot lantai pelvis mengawal sensasi kenikmatan semasa hubungan intim. Dengan memantapkan otot lantai pelvis menggunakan Vibrance Kegel Device, anda boleh mengecapi hubungan intim yang lebih erat antara anda dan pasangan anda.

3. Reka bentuk menang anugerah Vibrance Kegel Device membantu anda mengenal pasti otot lantai pelvis anda secara tepat agar anda sentiasa berasa yakin bahawa anda bersenam pada kumpulan otot yang betul.

4. Vibrance Kegel Device menggunakan sarung rintangan untuk meningkatkan cabaran senaman, membantu anda menguatkan otot anda secara sistematik sementara membenarkan anda mengukur kemajuan anda juga.

5. Otot lantai pelvis menyambungkan spina dan otot abdomen anda. Apabila otot ini kuat, ia memegang spina anda pada kedudukan dan memberikan anda sokongan belakang. Apabila otot ini menjadi lemah, spina boleh beranjak dari kedudukan dan menyebabkan sakit belakang. Mantapkan otot lantai pelvis anda dengan Vibrance Kegel Device untuk melegakan sakit belakang anda!


Cara untuk Menggunakan Vibrance Kegel Device  
1. Baring dengan selesa dan masukkan Vibrance Kegel Device ke dalam vagina.  
2. Cari Otot Lantai Pelvis dan kuncupkan otot tersebut. Jika dilakukan dengan betul, anda akan rasa peranti menggetar.  
3. Sebaik sahaja anda dapat mencetuskan getaran dengan mudah, gunakan Sarung dengan Kekuatan Dipertingkat.
Begitu mudah sahaja!  

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai alat ini, boleh layari laman Facebook Vibrance Kegel Device sekarang. Harganya pun berpatutan untuk produk yang dah mendapat recognition dan award ni.


Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Isnin, 14 Oktober 2013

5 kamera DSLR jenama Canon, Nikon, dan Sony yang harganya dah jatuh menjunam

Ingin memiliki kamera DSLR pada harga yang paling murah? berikut antara 5 kamera DSLR jenama Canon, Nikon, dan Sony yang harganya dah jatuh turun menjunam di pasaran.

Harga Asal : RM1, 999
Harga Terkini : RM1, 229
Penurunan : 39%




Harga Asal : RM1, 748
Harga Terkini : RM1, 319
Penurunan : 25%




Harga Asal : RM2, 209
Harga Terkini : RM1, 449
Penurunan : 34%




Harga Asal : RM1, 899
Harga Terkini : RM1, 469
Penurunan : 23%



Harga Asal : RM1, 899
Harga Terkini : RM1, 489
Penurunan : 22%


Kalau berkenaan, elok beli cepat-cepat. Nanti melepas. Kalau nak tengok jenama lain kamera DSLR harga murah pun boleh juga. Kelik saja pada banner kat bawah ni.



Anda suka entri ini? sokong lah kami di Facebook juga...

Rabu, 9 Oktober 2013

5 jenis telefon pintar Samsung yang harganya dah turun menjunam

Jika anda peminat tegar kepada telefon pintar seperti Samsung Galaxy, pastinya berita ini sangat menggembirakan anda. Itu pun kalau anda belum membelinya dan merancang untuk membeli telefon pintar ini dalam masa terdekat. Berikut antara 5 jenis telefon pintar Samsung yang sudah turun harga.

1. Samsung GALAXY S3 i9300 16GB Pink (Full Specs and buy here)
Harga Asal : RM2,199
Harga Terkini : RM1,299
Penurunan : 41%


2. Samsung GALAXY S3 i9300 16GB Marble White (Full Specs and buy here)
Harga Asal : RM1, 999
Harga Terkini : RM1,154
Penurunan : 42%


3. Samsung GALAXY Y 160MB Black (Full Specs and buy here)
Harga Asal : RM499
Harga Terkini : RM289
Penurunan : 42%


4. Samsung Galaxy Y 160MB White (Full Specs and buy here)
Harga Asal : RM499
Harga Terkini : RM289
Penurunan : 42%


5. Samsung ATIV S I8750 16GB Silver (Full Specs and buy here)
Harga Asal : RM1, 699
Harga Terkini : RM899
Penurunan : 47%


Kalau anda nak beli telefon Samsung ini, elok beli cepat-cepat sebelum stok habis. Kalau nak cari brand telefon pintar lain seperti iPhone dan Sony yang dah turun harga pun boleh juga. Kelik saja banner kat bawah.

Ahad, 22 September 2013

Chester See akan datang Malaysia di konsert Birthday Invasion Hitz.fm

Hitz.fm bakal menyambut ulang tahunnya entah kali ke berapa. Kali ini, acara ulang tahun Hitz.fm akan dianjurkan dengan lebih meriah lagi dengan adanya konsert Hitz.fm Birthday Invasion dan dianjurkan bersempena pelancaran kereta baru Ford Fiesta.


Dalam konsert ini akan turut disertai artis popular antarabangsa yang juga merupakan bintang Youtube popular, Chester See, di samping artis tanahair seperti  Estranged, James Baum, They Will Kill Us All, K-Town Clan, Da Vagabonds, Joe Flizzow, Mizz Nina, Project E.A.R dan ramai lagi.

Nampaknya sambutan ulang tahun Hitz.fm kali ini bukan alang-alang. Jadi kepada sesiapa yang memang minat dengan event seperti ini, anda pergilah turut serta rasa kemeriahannya.

Dan lagi satu, saya nak bagitau yang Hitz.fm sedang buat kontest di Instagram. Pemenang akan mendapat hadiah berupa tiket VIP untuk masuk ke konsert tersebut. Apa kelebihan tiket VIP ini? hah, nak tengok muka Chester See secara dekat? atau nak duk kat bawah pentas tengok artis depan mata dengan jelas sampai nampak taik hidung artis tu? ambil lah tiket VIP. Nilai tiket VIP ini boleh cecah ratusan ringgit malah ada yang ribuan ringgit tau. Jadi kalau nak tiket VIP percuma, sila lah join kontest Hitz.fm di Instagram. Untuk informasi lebih lanjut, boleh kunjungi laman Facebook Hitz.fm ni.

P/s: alaa...jangan risau, kalau nak masuk konsert tu, percuma jer tapi kena berasak-asak lah...


Jumaat, 20 September 2013

Beli PC Intel Core processor atau Convertible Ultrabook dan menang Vespa LX 150

Intel telah mengeluarkan processor terbaru mereka iaitu Intel CORE i3, Intel CORE i5, dan Intel CORE i7. Processor dari Intel Core terbaru ini tentu lah lebih baik dari yang sebelumnya. Tambahan pula, teknologi skrin sentuh kini semakin meluas digunakan.

Bagi peminat permainan video, processor ini sememangnya kini lebih baik. Kalau nak main Pro Evolution Soccer, Snipers, dan sebagainya, memang lembut dan pantas. Dahulu biasanya pengguna gamers ini lebih memilih processor MD tapi dengan adanya Intel Core Processor terbaru ini maka tak perlu berdalih lagi. Dan sudah tentu Intel Core processor adalah pilihan ramai dalam bab-bab menaip dan melayari internet.

Dari segi keselamatan pula, Intel core processor ini memang dilengkapi dengan built in security seperti teknologi penjagaan identiti dan teknologi anti-pencuri.

Sebenarnya processor Intel Core terbaru ini ada banyak kelebihan berbanding sebelumnya. Jadi bagi pengguna processor Intel Core, anda digalakkan untuk upgrade processor anda itu. Boleh rujuk laman web Intel Core untuk informasi yang lebih lanjut.

Malah jika anda mengambil peluang awal sebelum 30 Disember ini untuk beli PC baru yang menggunakan Intel Core processor terbaru tu, anda berpeluang menang sebuah motosikal Vespa LX 150 yang serba antik dan memang stylo oldskool. 
Laman web Intel Core
Anda boleh pilih PC yang guna Intel Core atau beli Convertible Ultrabook untuk layak mengikuti kontest Vespa tu. Tentang harga pula, boleh layari laman web Intel Core untuk informasi lanjut dan kat mana nak beli.



Khamis, 19 September 2013

(EDISI WTF) Watchu Want ini memang best la...sudah gerenti boleh menang duit besar

Siapa dengar RedFM, kelip mata...hehe..sekarang ini sedang hangat dengan segmen Watchu Want yand disiarkan melalui radio. DJnya ialah si botak JJ dan Lil Kev..

Tadi, ada pergi belek-belek laman web RedFM untuk review segmen ini dan nampaknya segmen ini memang sangat best kalau korang dapat tembus line RedFM untuk join. Gerenti dah boleh menang RM500 sehari..itupun kalau dapat jawab soalan trivia mereka dengan betul.


Caranya mudah. Mula-mula of course kena kol dulu hotline RedFM di 03-77281049. Memang busy tau line tepon ni. Tapi kalau dapat tembus line, memang tuah korang lah untuk bercakap dengan DJ JJ, Lil Kev dan yang lain untuk jawab soalan cepumas..soalannya pun senang, kalau korang dengar kat radio, gerenti boleh jawab betul. Contoh soalan, 'what is the name of Malaysian anthem song?'..laaa, tak kan lagu kebangsaan pun korang tak tau, Negaraku..

Kalau betul korang jawab maka korang akan disuruh pilih antara RM500 atau hadiah misteri dalam kotak. RM500 ini gerenti korang dapat tau kalau korang pilih. Tapi kalau korang pilih hadiah misteri dalam kotak, nilainya berbeza..mungkin iPad, smartphone, atau mungkin kek...so, kalau korang suka benda suprise maka ambil lah hadiah misteri dalam kotak tu..mana tau korang menang Sansung Galaxy 4 Zoom..wow..o ya, jumlah wang tunai tu sebenarnya berbeza-beza juga..ada RM250, RM500, dan sebagainya. Tapi yang pasti jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan ialah RM50,000..

Kalau korang nak dengar bagaimana peserta-peserta Watchu Want RedFM jawab soalan dan menang, boleh lah dengar kat laman web RedFM

(EDISI EARNING BLOG) Bukti pembayaran dari PopAds dalam tempoh 24jam

Kepada pemilik blog kat luar sana tu, ini saya nak kongsi satu lagi platform pengiklanan yang memang terbaik. Selepas menempek kod iklan ini dalam blog selama 2 minggu, hasilnya dah dapat..dah masuk akaun Paypal pun. Dan yang paling best, dia bayar dalam mata wang USD..kalau convert kepada RM, memang banyak lah..dan yang buat saya lagi suka dengan platform ini ialah dia punya minimum cashout hanya USD5 dan dibayar dalam tempoh kurang dari 24jam selepas korang withdraw. Sebab itu saya syorkan korang terutamanya blogger untuk menempek iklan PopAds.

Nah..kat bawah ini saya nak tunjuk screenshot bukti pembayaran dari PopAds dalam tempoh 24jam. 

Kelmarin saya request withdraw earning pada jam7.00 pagi dan hari ini masuk akaun Paypal jam4.00 pagi..Tak sampai 24jam duit dah masuk...alahai, tak banyak pun yang saya withdraw, USD5 jer...convert dengan RM, jadilah RM15...untuk 2minggu..blog saya ni bukannya tinggi sangat pun trafik. Pageviews sekitar 1000 jer sehari...2minggu dapat USD5 sebagai pendapatan pasif dah kira okay lah...


Saya saja try tempek kod iklan PopAds ini untuk mencuba selepas direkomen oleh rakan blogger RelevanSokmo kat facebook beberapa minggu yang lalu. Dan hasilnya, memang terbaik setakat ini. Dan bagi yang berstatus Gilatakreti Nuffnang tu, jangan risau, PopAds tak kan kacau status korang tu...in fact, PopAds jauh lagi bagus dari Nuffnang...Nuffnang semakin slow sekarang..kenapa yer? Ada pula yang cakap Nuffnang ni main kroni-kroni...hohoho..



Saya juga ada baca review orang lain mengenai PopAds ini, hanya satu jer kelemahan yang mereka kesan iaitu jumlah impression yang kurang tepat. Contohnya, kalau blog itu mempunyai traffik 20,000 sehari, mungkin impression yang dikira hanya 1000 jer. Tapi kan, iklan popads ini hanya akan muncul di blog apabila pengunjung mengklik mana-mana link dalam blog itu atau melayari lebih dari satu page dalam blog itu. Jadi kalau pengunjung hanya baca satu entri dan kemudian tekan 'x', maka tiadalah impression, tiadalah earning.
PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

So, kalau korang berminat nak join PopAds, boleh terjah laman web mereka atau kelik pada banner kat atas tu... Platform ini masih baru tiga tahun beroperasi dan setakat ini memang super pantas membayar para blogger. Saya dah dapat bayaran, sebab itu saya syor kan kepada korang pula. Mana tau, korang akan dapat earning lebih gempak..






Isnin, 16 September 2013

(EDISI PROMO) Hilang kelayakkan untuk memenangi hadiah RM50,000 dari JoHaRa kerana sebab berikut


Kini sedang berlangsung hebat pencarian bakat terbaru JoHaRa dari laman JoHaRa ERA.
ERA.fm yang menawarkan hadiah bernilai RM50,000 untuk dimenangi. Peserta boleh menghantar penyertaan mereka dengan menghantai video kat Youtube atau melalui instagram. Untuk keterangan lanjut, boleh lah melayari

Namun sekiranya anda tergolong dalam kategori berikut maka anda tidak layak untuk menyertai JoHaRa ERA musim ini. Kategori tersebut ialah:-

a) Pekerja-pekerja Penganjur, Measat Broadcast Network Systems Sdn 
Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad, anak syarikat dan syarikat bersekutunya, penaja-penaja, ejen-ejen, peniaga, pedagang atau 
mana-mana syarikat yang berkaitan dengan Peraduan dan suami, 
isteri, anak-anak, ibu-bapa dan adik beradik orang-orang tersebut;
b) telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 1000
atau kurang daripada pihak Penganjur dalam tempoh (30) hari 
sebelum Peraduan ini;
c) telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 1001 -
RM 5000 daripada pihak Penganjur dalam tempoh (90) hari sebelum 
Peraduan ini;
d) telah memenangi hadiah (atau hadiah-hadiah) yang bernilai RM 5001
atau lebih daripada pihak Penganjur dalam tempoh (365) hari 
sebelumPeraduan ini.

Dan jika anda berumur di bawah 18 tahun pun memang tidak akan layak menyertainya. Jadi untuk mengathui lebih lanjut mengenai JoHaRa ERA ini, terjah saja laman web mereka..berlambak info kat sana seperti yang kita dengar tiap hari kat ERA fm tue..

Jumaat, 30 Ogos 2013

(EDISI AMAL) Rexona buat kerja 'gila' lagi...sekarang nak g kat Pantai Timur pulak

Baru-baru ini, Rexona telah menganjurkan kerja 'gila' RexonaMove di seluruh negara. Tujuannya tidak lain tidak bukan ialah untuk bersukan sambil membuat kerja amal...hehe..Yang lebih menarik lagi bila para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah awesome serta mendapat lencana khas dari Rexona. Lencana tu korang leh letak kat profile picture...nanti boleh lah 'brag' sikit..kata yang korang ni dah buat kerja amal bersama Rexona..hohoho
Program Rexona Move
Untuk informasi, berikut antara lokasi-lokasi yang telah dan bakal dilawati oleh team Rexona untuk buat kerja amal...dalam kerja amal ni mereka membantu golongan kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim dan kanak-kanak kurang upaya...team Rexona turut memberi sumbangan berupa mainan, makanan, pakaian..dan sebagainya..

Bagus juga kerja 'gila' Rexona' ni kan...suruh orang berlari then sambil buat kerja amal...secara tidak langsung boleh juga sihatkan badan dan hati kiter...

Mari sama-sama sokong program Rexona Move ini..dengar kata, sekarang dah nak sambung kat Kelantan, Terengganu dan Pahang pulak..

P/s: Jangan tanya aku macam mana nak join...terjah saja laman web Rexona Move kalau nak tahu lebih lanjut..


Sabtu, 17 Ogos 2013

(EDISI PROMO GILA) Terpaksa kira 'rambut' berus gigi Darlie untuk menang kamera Fujifilm Instax

Kira dan menang...
Penat mata ini mengira 'rambut' berbentuk heksagon pada berus gigi Darlie ni...nak menang kamera Fujifilm punya pasal la..itu pun kalau rezeki memihak kiter..tapi kalau tak cuba langsung, kita mana tau rezeki kita..kan kan kan.. tadi dah cuba kira.. jumlahnya sekitar 480 jer gitu..eh! korang dah pernah kira ker benda yang gua maksudkan ni??? layari Facebook Darlie Malaysia kalau nak tahu lebih lanjut..
Benda ni agaknya yang perlu dikira
Alaa...senang jer pun join..bukannya kena bayar pun.. yang penting korang 'LIKE' Facebook page Darlie tuu..kalau tak suka darlie dan tak suka benda benda ni menyemak kat wall korang..then 'UNLIKE' saja lepas kontest ini berakhir..senang citer..hehe..

Join kontes Darlie di Facebook
P/s: Siapa lah yang bertuah sangat tu yer...bila dah menang Fujifilm Instax Mini tu nanti...ambik lah gambar korang sedang berus gigi dengan Darlie...gambar korang akan terus keluar dari kamera tu nanti..instant punya kamera...teringin pulak ambik satu..Join Kontest Darlie di Facebook sekarang..

(EDISI PROMO GILA) Pergi melancong dengan Singapore Airlines

Baru lepas balik bercuti di Bandung...so, perasaan ini berkobar-kobar lagi nak pergi 'melancong' ke tempat lain pulak..nak rasa hidup kat tempat orang..terasa juga macam mana rasanya naik kapal Singapore Airlines..mungkin makanannya lagi sedap kot..huhu..tak sama dengan AirAsia agaknya..

Dan juga mungkin Singapore Airlines ini lagi selesa..boleh tidur nyenyak..tak terlalu goyang bila belanggar dengan sang awan nano..huhu..dan dan mungkin stewardess Singapore Airlines ini lagi cun kot... saya tak tau...belum pernah naik..gasak dengan Airasia jer..everyone can fly gituu..hehe..
Cewek model Singapore Airlines
Kononnya..sekarang ini Singapore Airlines sedang buat promosi tambang yang tersangat lah murah...murah untuk kategori ekonomi punya flight.. minimum RM898 jer gitu... oh mak kau!!! gila mahal siot...flight dari KL ke HK tu weii..naik AA baru sekitar RM700 jer pergi balik..kalau korang nak tau juga rates Singapore Airlines ini...pergi lah ke laman web mereka Singapore Airlines dot com...

P/s: Pilot dia pun mungkin hensem gila... :)


Selasa, 9 Julai 2013

(EDISI PROMOSI) Peluang menjadi model iklan kereta Ford?

Ini lagi satu berita baik dari Ford bagi mereka yang minat dengan dunia permotoran. Lagi menyeronokkan bila anda juga berpeluang untuk menjadi salah seorang bintang untuk model iklan Ford.

Paling best bila anda berpeluang bergandingan dengan kumpulan LINKIN PARK dalam iklan tersebut...hehe..siapa tak kenal band ini..lagu mereka yang gua tak pernah lupa ialah "Crawling in the Dark"...fuh! best buat lagu jamming..and of course LINKIN PARK akan datang ke Malaysia pada 19 Ogos ini..
Cantik tak Ford Fiesta ini? 
Last but not least, anda juga berpeluang untuk pandu uji kereta Ford Fiesta selama seminggu..pandu uji pulang rumah..boleh lah eksyen sekejap dengan kereta Ford Fiesta.

Untuk info lanjut..boleh layari laman Facebook Ford Fiesta ini yek..



Khamis, 4 Julai 2013

(EDISI PROMOSI) Khas untuk blogger makanan

Blogger makanan...errr..macam pelik je bunyinya kan..tapi itu lah singkatan yang paling singkat daripada yang tersingkat yang gua boleh pikir.

Blogger makanan yang gua maksudkan ini ialah para blogger yang suka buat entri mengenai makanan..mereka ambil gambar makanan tu..then buat entri sama ada makanan tu sedap ke tak..dan ada juga blogger yang memang dah kerja dia buat entri masakan beserta resipinya sekali..masuk dalam kategori blogger makanan la tu...hehe...macam tiffinbiru a.k.a DTS

Nah..ini satu berita gembira untuk anda dari Open Rice..sekarang ini tengah hangat dengan kontest Best Food Photographer dan Best Food Writer. Nah..peluang terbaik untuk menyerlahkan lagi bakat fotografi dan menulis..tak kira lah anda ini pro atau amatur. It's time to shows what you got..and here's your best shot! G la join kontest Open Rice tu..

Hadiah? iPhone 5, Samsung Galaxy S4...nak tak? So, try test cuba la..kat bawah ini salah satu gambar yang sempat gua rembat kat laman web kontest Open Rice.
Photo by nigellow for Open Rice
Gambar cantik dari nigellow...nama menu ini ialah..."Udang Dalam Semak"...eh!! silap...it's called "My Crustacean Cousin"...something that looks like a pasta...memang pun! hehe..

P/S: Gua tak berapa minat dengan fotografi ini...suka ambil gambar...editnya yang bikin gua pusing..hehe..apa pun, good luck for all OpenRice Contestants..



Isnin, 1 Julai 2013

(EDISI PROMOSI) Kalau anda dapat RM1000 percuma, apa yang anda akan buat?

Let's go straight to the point. If you dapat wang RM1000 sekarang, apa perkara pertama yang akan anda buat dengan duit itu??
Antara perisa King's Grand
Jawab....jangan tak jawab. Hantar jawapan anda kat King's Grand dan kalau bertuah, boleh dapat voucher RM1000 dari King's Grand.

Apa ker benda King's Grand ini? bagi yang suka makan aiskrim mesti tahu jenama ni kan..memang sedap aiskrim dari jenama King's Grand ni tau. Apa lagi kalau orang itu sangat 'godooot'..hehe

Oh ya, benda ini akan berlangsung selama 8 minggu dan setiap pemenang akan dipilih secara random setiap minggu. RM1000 akan diberi setiap minggu. Terjah saja laman rasmi Facebook King's Grand untuk menyertainya. 

Psst...ini ada satu tips..bila nak upload gambar korang kat King's Grand, upload lah gambar korang sambil pegang bekas aiskrim jenama King's Grand..