Boros Di Aralom: April 2016

Ahad, 24 April 2016

5 Sebab kenapa saya tolak tawaran percutian ke Brazil ini

Fuh..bosan pula ni duduk petang-petang kat rumah. Tak tau nak buat apa, tiba-tiba terpikir nak update blog yang sudah lama terlantar kat ICU ni. Terlalu lama tak update. Huhu...kesian..

Kali ni saya tak nak cerita banyak. Cuma nak bagi pendapat separuh tiang jer pasal kontes 100plus yang bagi hadiah percutian ke Brazil tu. Jika diberi pilihan, mana satukah yang korang nak? Percutian seminggu ke Brazil atau duit tunai RM10,000?

Okay, simple choice. Saya tolak tawaran percutian ke Brazil dan Saya pilih duit RM10,000...kalau lah ada nasib yer. Kenapa? Ini sebabnya.

1. Saya tak der duit.
2. Saya tak suka melancong jauh-jauh kalau bajet tak cukup.
3. Saya nak buat modal meniaga.
4. Kalau dah ada untung meniaga nanti, jangankan Brazil, Argentina Chile Hawaii sekali aku pergi.
5. Saya malas melancong kalau banyak member yang ikut..rimass. Style backpacking lagi syok!
6. Brazil? Not in my bucket 'travel to' list.

Ini sekadar pendapat peribadi saja. Of course setiap orang ada pilihan tersendiri. Kan kan kan..lantak lah korang nak pilih mana satu. Yang penting, korang join kontest 100Plus tue.

Huh! Macam angan-angan Mat Jenin pula saya rasa ketika menulis entri ini. Hahaha..

K..bai. Selamat petang. Jangan lupa tengok si musang Leicester City malam ni yer.

Lagi info menarik:
~ Nah! Mereka pun ada merepek benda lain pasal Brazil dan duit RM10ribu ..tengoklah

Khamis, 14 April 2016

Wow! Gorilla ini boleh menari balet dengan gayanya

Whoa..anak gorilla ini memang berbakat besar! Siap menari tarian balet lagi tau.


Seorang pelancong bernama Helen Fairhead tidak melepaskan peluang untuk merakam seekor anak gorilla yang tanpa segan silu menggayakan tarian balet. Anak gorilla bernama Lope itu baru sahaja berumur tiga tahun.

Korang boleh tengok video anak gorilla menari tarian balet ini di SINI

Lagi Info menarik:

Rabu, 13 April 2016

Hadiah cuma RM30 untuk tempat pertama, Khairy Jamaluddin terus dikutuk

PETALING JAYA: Sebuah program pembangunan sukan berbasikal yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjadi bahan jenaka di laman sosial. Program tersebut yang telah berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) pada 9 April lalu diadakan bagi mencungkil bakat dan mencari pelumba basikal yang bakal menggantikan atlet-atlet negara dalam sukan berkenaan.
Hadiah tempat pertama bernilai RM30 disampaikan oleh KJ kepada pemenang. FMT
Peserta program berkenaan terdiri daripada kalangan remaja dan gambar-gambar yang tersebar turut dikongsi di Facebook, Saya sayang Tun Dr Mahathir Mohamad. Apa yang menarik perhatian netizen untuk berkongsikan gambar-gambar berkeaan ialah mengenai jumlah hadiah yang diberikan kepada pemenang dalam program itu.

Program itu menampilkan empat kategori iaitu lelaki bawah 15, 13, 11 dan 9 tahun. Menerusi replika cek yang disampaikan oleh Khairy, pemenang bagi kategori 15 tahun menerima medal dan wang tunai RM50, naib juara RM40 manakala tempat ketiga, RM30 berserta medal. Sementara untuk kategori 13 tahun pula, juara menerima medal dan wang tunai RM40, tempat kedua RM30 dan tempat ketiga serta keempat masing-masing mendapat RM20 berserta medal.

Bagi peserta ditempat kelima pula mereka hanya menerima hadiah sebuah botol air. Seorang pengguna Facebook, Hana Che Na memberikan komen;

“Tue balance dari RM100 juta. Tu je la yg tinggal…Sian kat bebudak tu. Duit raya tok nenek dia bagi lagi bnyk dari tu, Tak malu ke jadi menteri KBS bagi hadiah bnyk tu. Berenti la jadi menteri. Rasa trhina sngat tau,” tulisnya.

Zouls Zul pula menulis; “Mockup Check tu lagi mahal dari hadiah yg budak2 tu dapat. Memang jadam betul diorang ni, dia ingat ni zaman labu-labi ke budak2 tak tau nak pegang duit,” katanya.
Sementara Omar Rezza pula memberikan komen;

“Bagila RM200 ker..RM150..RM100…bukannya tak bersyukur, tp event rasmi kot…jgn nampak sgt kerajaan tak ada duit…,” tulisnya. - FMT

Lagi info menarik:

Ahad, 10 April 2016

Identiti Wanita Bercoli Hijau Mengamuk di Stesyen Komuter jadi tanda tanya

Semalam memang agak viral juga video wanita bercoli hijau mengamuk di sebuah stesen komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM Berhad). Kalau korang menonton video tersebut, memang pelbagai reaksi dan tanda tanya akan timbul. 
wanita bercoli hijau mengamuk di ktm
Video berdurasi 2.37 minit itu yang disiarkan di YouTube, menunjukkan wanita itu sedang membawa beg sandang dan membaling botol air dan juga kerusi plastik kepada lelaki itu, yang dikatakan kakitangan KTMB.

Selain dilihat melakukan provokasi terhadap lelaki itu, dia juga dilihat menendang lelaki berkenaan. Namun lelaki itu dilihat agak tenang ketika berhadapan dengan situasi tersebut.

Punca dan identitas wanita tersebut masih lagi menjadi tanda tanya kepada ramai pengguna laman sosial. Siapakah dia dan mengapa dia mengamuk? Ada juga yang cakap bahwa wanita tersebut adalah pondan yang tetiba naik angin sebab tak dibenarkan naik komuter tersebut..dan ada juga yang cakap wanita itu ada penyakit mental..entahlah..macam-macam andaian kita boleh buat. Tapi daripada terus menerus mengeluarkan kenyataan tak berasas, lebih baik kita berdiam diri dan muhasabah diri saja. Nanti kalau tersilap cakap..jadi fitnah pula. Tak pasal-pasal nanti kena saman sebab sebar berita palsu..

Selasa, 5 April 2016

(Video) Kencing di meja tempat berniaga! Hati-hati dengan peniaga apam balik ini

PETALING JAYA: Jijik dan pengotor! Itu yang boleh digambarkan mengenai sikap seorang peniaga yang menjual apam balik dan minuman bungkus apabila mengambil jalan mudah iaitu kencing sambil berdiri di tempatnya berniaga tanpa mempedulikan orang di sekeliling.
Peniaga apam balik kencing dalam plastik. (FMT)
Aksi lelaki terbabit yang berusia lingkungan 50 tahun telah dirakam oleh pengunjung Pasar Kota Jembal di Kota Bharu, Kelantan dan videonya yang dimuat naik di laman sosial menjadi viral.

Rakaman itu diambil pada Jumaat lepas dan pengguna alam maya yang telah menontonnya memberi kritikan terhadap perbuatan lelaki itu yang dianggap sangat menjijikkan.
Pengguna Facebook yang menggunakan nama Ckcm Prada Original yang memuatnaik visual tersebut telah menulis pada ruangan status;
Kuih Apam Balik (sekadar gambar hiasan)
“Berlaku di Pasar Kedai Lalat. Mohon berhai-hati bila membeli apam dan air segera..Perkara yang tak patut berlaku..Amat mendukacita, memalukan dan menjijikkan..Pihak berwajib seperti Jabatan Kesihatan Negeri pantau pasar-pasar di sekitar Kota Bharu,” tulisnya.

Pemerhatian terhadap visual mendapati, lelaki terbabit menadah air kencing di dalam plastik minuman yang digantung di meja tempatnya berniaga. -FMT

Video peniaga apam balik kencing dalam plastik ketika berniaga ada kat bawah ni. Aku cedok dari Youtube. 

Tuu diaa...rileks jer dia kencing kat tempatnya berniaga jual apam balik...macam dah biasa pula buat benda tu..

P/s: Jika benarlah peniaga itu kencing sambil berdiri di depan meja tempatnya berniaga apam balik, maka pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera...entah dah berapa kali peniaga ini buat benda jijik dan kotor itu. Kesian pula dengan para pembeli yang sudah terbeli dan termakan apam balik hasil buatan tangannya. Bukankah sepatutnya pihak berkuasa perlu menyediakan satu garis panduan khas kepada para peniaga makanan ini supaya lebih mengutamakan kebersihan diri dan kawasan tempat berniaga. Tak hairanlah kenapa kes keracunan makanan sering berlaku..sebab kebersihan sering diabaikan.   

Dulu masa pergi kat Korea Selatan..para penjaja makanan di pasar semuanya siap berpakaian kemas. Tangan kaki dan tubuh dilindungi plastik dan meja berniaga makanan pun bersih. Sangat berbeza dengan tempat kita Malaysia..huh!! 

Ahad, 3 April 2016

Wow, memang serupa! Lelaki ini bina robot menyerupai actress seksi Scarlett Johansson

Korang kenal tak dengan actress jelita Hollywood bernama Scarlette Johansson? Huh..kalau korang ni peminat filem aksi Avengers..memang pasti korang kenal. Bagi yang tak kenal..ni hang belanja gambar sebenar Scarlett Johansson.
Scarlett Johansson (sumber: mr google)
Mungkin disebabkan kecantikan dan populariti Scarlett ini, seorang lelaki dari Hong Kong sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit semata-mata untuk membina robot yang menyerupai pelakon jelita tersebut. Ricky Ma, 42, bukan sahaja berjaya menghasilkan robot yang persis menyerupai Scarlette malah turut berjaya membuatkan robot bernama Mark 1 itu berkata-kata.
Mark 1 menyerupai Scarlett (sumber)
Menurut sumber, Ricky Ma telah membelanjakan lebih $50,000 (sekitar RM200,000) untuk menghasilkan robot tersebut dalam tempoh setahun setengah. Dia menggunakan rangka yang dicetak dalam bentuk 3D sebelum membuat lapisan silikon yang berfungsi sebagai kulit luaran robot tersebut. Menurut Ricky, dia memang meminati dunia robotik sejak dari kecil dan kini dia berpuas hati apabila cita-citanya untuk menghasilkan robot tercapai.
Ricky dengan robot Scarlett
Jika diamati secara kasar, memang robot yang menyerupai Scarlett Johansson ini tidak jauh beza dari Scarlett yang sebenar. Ianya boleh bergerak seakan akan seperti manusia dan boleh pula berkata-kata. 
The real Scarlette
Wah...jangan saja tetiba ada yang masuk angin kat otak dan jatuh cinta dengan robot ini. Entah aktres mana pula yang bakal dibuatnya menjadi robot lepas ini yer?