Beberapa hari lalu, sebuah video yang menunjukkan seorang
guru Matematik hot dan berskirt pendek yang sedang mengajar di kelas menjadi
viral di laman sosial. Ekoran daripada video viral tersebut, seorang remaja
seksi dari Belarus bernama Oksana Neveselaya telah menjadi tumpuan dunia dalam
masa yang singkat kerana disangka dia adalah wanita dalam video itu. Oksana
turut menerima gelaran ‘guru matematik paling cantik di dunia’.
Tapi malangnya, menerusi laporan Express UK, Oksana bukanlah
wanita dalam video tersebut seperti yang digembar gemburkan oleh banyak pihak
sebelum ini. Remaja berusia 17 tahun itu mendapat begitu banyak perhatian dan
mungkin saja popularity yang diperolehinya ini bisa membantu dia menjadi jutawan
segera. Akaun Instagram miliknya secara-tiba-tiba meledak dengan jumlah
follower sehingga 550,000. Oksana juga dikatakan sudah jemu untuk menjelaskan
perkara sebenar bahawa dia bukanlah wanita dalam video tersebut. Namun masih
juga ramai yang duk skodeng. Biasalah kalau cantik dan seksi…ramai lelaki suka.
Oksana disalah anggap sebagai guru matematik paling hot |
Di sebalik populariti yang diperolehinya itu dalam masa yang
begitu singkat, ada juga individu kurang bertanggungjawab yang menangguk di air
yang keruh. Secara tiba-tiba, terdapat banyak akaun palsu baru yang menggunakan
nama Oksana demi untuk meraih keuntungan atas angin. Selain itu, dia turut
menerima gangguan-gangguan lain yang kurang menyenangkan. Namun Oksana sungguh
bertuah kerana teman lelakinya sentiasa ada di sisi untuk memberikan sokongan..sorry guys, dia dah ada yang punya.
Pada masa yang sama, guru matematik dalam video viral tersebut pula masih
belum diketahui identitinya yang sebenar. Walaupun bukan Oksana, guru
matematik itu pun memang cun melecun juga orangnya. Tapi siapakah dia?
Lagi Info Menarik:
> Pedas sangatkah masakan Vietnam ni? Nampaknya kena pergi Vietnam juga untuk merasainya
> Pedas sangatkah masakan Vietnam ni? Nampaknya kena pergi Vietnam juga untuk merasainya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan