Bagi kebanyakkan orang, makanan tanpa ada perasa pedas
memang tidak lazat dimakan. Tapi kalau sudah keterlaluan, makanan pedas
sememangnya akan menyebabkan kecederaan dalaman kepada si pemakannya.
Baru-baru ini di UK, seorang lelaki telah mengikuti sebuah
pertandingan untuk memakan sebiji burger yang dipenuhi cili bhut jolokia yang juga merupakan cili
paling pedas di dunia. Akibatnya, dia muntah-muntah sambil mendakwa mengalami
sakit perut yang melampau. Apabila diperiksa oleh doctor, lelaki berusia 47
tahun tersebut didapati mengalami lecur sebesar 2CM di sepanjang saluran
esofagusnya sehingga berlubang dan terpaksa dibedah untuk menyelamatkan
nyawanya.
Maka dengan itu, kalau nak makan cili, haruslah
berpada-pada. Kerana, siapa yang makan cili, dialah yang akan terasa pedasnya.
Memang sangat enjoy kalau makan makanan pedas ini. Apa lagi kalau dijadikan
sambal untuk dicecah bersama ikan bakar dan ikan bilis…pergh!!! Meleleh…
TAPI…akan ada perkara yang paling mengerikan iaitu apabila
kita nak ke tandas untuk buang air besar…huhu…sakitnya tu di sana…
(sumber)
Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan