Gambar hiasan |
Masalah mati pucuk memang sangat ditakuti terutamanya di
kalangan lelaki. Ia bukan saja memberi kesan kepada si lelaki malah juga kepada
pasangannya. Masalah ini seringkali terjadi di kalangan lelaki yang berumur sekitar
50an ke atas. Tapi ia juga boleh berlaku kepada individu yang masih muda
remaja. Namun jika anda adalah seorang isteri yang sedang berhadapan dengan
suami yang mati pucuk, usah takut usah gentar. Ada penyelesaiannya. Jangan
terus membuat kesimpulan bahawa anda bakal tersisih dari segi kepuasan
batiniah.
Mati pucuk ialah kegagalan penis mencapai ereksi |
Berikut adalah 5 cara seorang isteri untuk membantu suami
yang sedang mengalami masalah kegagalan mencapai ereksi semasa berhubungan intim
atau lebih dikenali sebagai mati pucuk. Kalau dalam English, kita panggil ‘Erectile
Dysfunction’.
1. Teruskan memberi sokongan moral kepada suami anda. Jangan
biarkan si suami sentiasa berada dalam tekanan terutamanya ketika berhubungan
intim. Orang yang mengalami mati pucuk ini sentiasa risau dan rendah diri. Takut-takut
kalau pasangannya tidak mencapai kepuasan maksima dan kemudian risau si dia
bakal mencari orang lain semata-mata untuk mendapatkan kepuasan seksual. Dear
wives, tell your parner that you don’t need to rush things sexually.
2. Berjumpa dengan pakar terapi seks. Well, jangan fikir
yang bukan-bukan. Berjumpa dengan ahli terapi seks bukan bermaksud anda akan
diberi tunjuk anjar bagaimana melakukan hubungan seks secara live depan-depan.
Terapi seks sama konsep juga dengan sesi kaunseling di mana seorang pakar akan
membantu secara psikologikal. Anda boleh datang secara individu atau dengan
pasangan anda. Anda mungkin akan diberikan beberapa latihan dan kerja rumah
bersama pasangan anda. Ianya mungkin dalam bentuk sentuhan bukan berasaskan
seksualiti namun memberi kepuasan batin kepada pasangan itu sendiri.
3. Penggunaan ubatan moden atau tradisional. Sekarang ini
ada banyak jenis ubatan atau alatan moden yang dikatakan boleh membantu pesakit
ED ini untuk memuaskan pasangan. Contohnya yang paling popular ialah penggunaan
Viagra. Secara tradisional pula, ramai yang lebih memilih untuk berjumpa dengan
tok tok batin kat kampung. Ada pula yang cari tok dukun dan pak bomoh
semata-mata untuk menjadi gagah semula di ranjang. Tapi harus diingat juga
bahawa penggunaan ubatan moden mahupun tradisional ini akan ada kesan baik
buruknya. Berani ambil, beranilah tanggung ya.
4. Ajar pasangan dengan konsep VENIS berbanding ‘penis’
(kemaluan lelaki). VENIS adalah akronim kepada perkataan English iaitu ‘Very
Non-Insertive Sex’. Maksudnya ialah isteri mencapai kepuasan seksual tanpa si
suami memasukkan kemaluannya ke dalam faraj isteri. Si suami boleh saja
menggunakan cara lain seperti memasukkan jari atau menjilat kemaluan isteri.
Tapi korang kenalah beringat akan hukum hakam perbuatan seumpama ini ya.
5. Cari tempat yang sesuai untuk melakukan hubungan intim
dengan suami. Kadan-kadang walaupun mengalami masalah mati pucuk, seseorang
lelaki masih boleh mencapai tahap ereksi ketika berhubungan intim. Persekitaran
juga memainkan peranan penting. Bawalah suami anda bercuti di tempat-tempat
yang tenang tanpa ada banyak gangguan. Pastinya hanya anda yang akan menjadi focus
suami saat itu. Sedar tak sedar, korang dah ehem ehem..
So, kalau pasangan anda merupakan penghidap masalah mati
pucuk, usah risau kerana anda masih lagi boleh menikmati kehidupan suami isteri
dengan bahagia. Yang paling penting ialah persefahaman di antara kedua belah
pihak dan tidak hanya mementingkan diri sendiri. Jangan biarkan suami anda
sering berada dalam tekanan. Jaga juga makan minum dia. Jangan saja sampai jadi
obese. Nanti lagi teruk penyakitnya. Dah lah mati pucuk…nanti kena lagi
penyakit tiga serangkai…merana lah hidup!!
(sumber:independent.uk,
everydayhealth.com)
Lagi info menarik:
> Bawalah si suami korang tu bercuti kat Korea...kot-kot nanti boleh dapat baby baru selepas 9 bulan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan