“Untuk Dijual..Bayi perempuan berusia 40 hari bernama Maria “.
Itulah caption yang digunakan oleh seorang lelaki yang juga merupakan ayah
kepada bayi tersebut di eBay, sebuah laman jual beli yang memang tidak asing
lagi di seluruh dunia. Lelaki tersebut bersama pasangannya merupakan pelarian
yang baru sahaja tiba di Jerman, didapati telah memuatnaik tawaran tersebut di
eBay dengan menawarkan harga sebanyak £4,500 atau sekitar RM25,000 seperti
yang dilaporkan oleh The Sun.
Posting tersebut telah mengejutkan ramai pengguna laman
tersebut sehingga menjadi viral dengan pantas. Oleh kerana ianya menggugat sensitivity
orang ramai, posting tersebut telah menerima banyak kritikan netizen. Posting
tersebut hanya berkekalan selama 30 minit sahaja sebelum dipadamkan serta merta
oleh pihak eBay ekoran daripada laporan bertalu-talu yang diterima dari para
pengguna. Ebay turut menyenarai hitam pengguna yang meletakkan listing
tersebut. Beberapa gambar bayi Maria sambil mengenakan pakaian-pakaian yang
berbeza turut disertakan. Sambil itu, pihak ebay juga sedang menilai sama ada
posting tersebut benar-benar asli atau hanya sekadar ‘hoax’ untuk menarik
perhatian netizen.
Maria dijual di ebay oleh bapanya sendiri |
Selepas menerima laporan, pihak polis tidak mengambil masa
yang lama untuk menahan suspek kerana lelaki itu sendiri bersama pasangannya telah
menyerah diri sambil membawa telefon bimbit miliknya yang dipercayai digunakan
untuk memposting iklan jual bayi tersebut di ebay. Lelaki itu mendakwa bahawa
tujuannya hanyalah untuk bergurau. Namun, pihak polis meragui keterangan yang
diberikan oleh suspek dan kini masih meneruskan siasatan lanjutan terhadap
keluarganya.
Maria |
Kini, bayi perempuan benama Maria ini berada di bawah jagaan
pihak berwajib dan berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Ibu bapa Maria pula sedang
dinilai akan kesesuaian mereka untuk menjaga bayi tersebut. Maria mungkin saja
boleh kembali semula ke pangkuan ibu bapanya tetapi sekiranya mereka didapati
gagal memenuhi beberapa syarat, Maria bakal diserahkan kepada keluarga angkat atau
ditempatkan di pusat jagaan.
Penjualan bayi disifatkan sebagai salah satu cabang dalam
jenayah pemedagangan manusia dan ianya harus dibanteras.
(sumber)
Lagi Info Menarik:
> Pedas sangatkah masakan Vietnam ni? Nampaknya kena pergi Vietnam juga untuk merasainya
> Pedas sangatkah masakan Vietnam ni? Nampaknya kena pergi Vietnam juga untuk merasainya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan