National University of Singapore (NUS) telah mengambil tindakan disiplin ke atas seorang pelajarnya dan pemegang biasiswa, Sun Xu. Pelajar tersebut menjadi tumpuan media dan orang ramai pada Februari lalu selepas membuat kenyataan yang menganggu sensitiviti masyarakat Singapura, seperti yang dilaporkan dalam Channel NewsAsia.
Sun, pemegang biasiswa Kementerian Pendidikan telah didenda S$3, 000 dan perlu melaksanakan tugas kemasyarakatan selama tiga bulan sebelum dibenarkan untuk bergraduat.
Laporan tersebut menyatakan bahawa pelajar akhir kejuruteraan mekanikal itu sepatutnya akan bergraduat pada Jun tahun ini tetapi sebagai sebahagian daripada dendanya, dia perlu mengambil satu semester tambahan dan sekarang akan bergraduat pada Februari tahun depan. Dia juga perlu membayar untuk semester tambahan tersebut.
Menurut laporan tersebut, faedah biasiswanya untuk semester akhir juga telah ditamatkan dan dia perlu membayar balik S$8,200 faedah biasiswa untuk semester terkini.
Sun telah membuat kenyataan di laman sosial berbahasa Cina "Ren Ren" bulan lalu dan telah menimbulkan kemarahan masyarakat tempatan setelah ianya menjadi viral. Dia menulis "there are more dogs than humans in Singapore". Dia kemudiannya telah meminta maaf.
Untuk laporan penuh, sila layari malaysiandigest.com.
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je
Tiada ulasan:
Catat Ulasan