Boros Di Aralom: Berita Bola Sepak
Memaparkan catatan dengan label Berita Bola Sepak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Bola Sepak. Papar semua catatan

Rabu, 28 Mac 2012

Wayne Rooney 'patahkan' tangan seorang budak sekolah

Sepakan bola Wayne Rooney semasa sesi memanaskan badan yang meliar ke bangku penonton menyebabkan seorang budak sekolah patah pergelangan tangannya selepas terkena bola tersebut.
Jamie yang terpatah pergelangan tangan
Wayne Rooney bagaimanapun telah meminta maaf terhadap budak 9 tahun melalui laman twitternya. Rooney juga akan mengemukakan surat permohonan maaf beserta sehelai jersi yang ditandatanganinya.
Jamie Thomas yang berasal dari Wem di Shropshire ketika itu sedang duduk di bahagian bangku hadapan penonton semasa Manchester United mengunjungi Wolves dalam saingan liga. Walaupun berada dalam kesakitan, Jamie tetap terus menonton perlawanan itu sehingga tamat sebelum mendapatkan rawatan.



Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Ahad, 18 Mac 2012

Keputusan EPL 18 Mac 2012 | Wolves 0 - 5 Manchester United


Yaii...Manchester United menang besar 5-0 menewaskan Wolves. Ini memang satu keputusan yang memang menggembirakan semua penyokong MU..Go go go MU..
Kunjungi saja laman web www.premierleague.com untuk statistik perlawanan ini ya.
Sebab dah 'out' dalam saingan Liga Europa..sekarang satu-satunya target yang tinggal ialah kejuaraaan liga EPL. Harap-harap Chelsea akan mengalahkan pencabar terdekat MU iaitu Manchester City nanti...maka lebih cerah lah peluang untuk mempertahankan mahkota liga Inggeris.


Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Selasa, 6 Mac 2012

Park Ji Sung penyebab kenapa katak semakin pupus di Korea?


Agak terkejut juga bila terbaca artikel ini tadi di Yahoo Sports. Dikatakan bahawa bekas kapten pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan yang juga pemain tengah kelab ternama England, Manchester United iaitu Park Ji Sung menjadi penyebab kepada kepupusan katak di Korea. 
Pada tahun 2006, Park telah menulis di autobiografinya bahawa bapanya sering menghidangkan jus katak kepadanya untuk meningkatkan stamina di padang. Sekarang ini, pemburuan katak semakin meluas hanya kerana jusnya. Perkara ini membawa kepada tindakan kumpulan yang dikenali sebagai Frogs Friends untuk meminta Park menarik balik penulisan tersebut dalam autobiografinya.
Berikut merupakan isi autobiografi Park yang membawa kontroversi katak:-
"I do not know if it is just coincidence but after it was revealed… that Park eats frogs as a means to boost his strength, the number of cases of illegal poaching of frogs and toads residing in mountains has increased," campaign organiser Park Wan-hee was quoted as saying by Yonhap News Agency on Monday.
Since its establishment in 2007, Frog's Friends has been campaigning to stop Koreans killing amphibians for perceived health properties.

Mungkin lepas ini katak juga akan masuk dalam senarai haiwan dilindungi.


Khamis, 1 Mac 2012

What!! Pasukan bola sepak Asia Tenggara pasukan belasahan?

Di manakah level pasukan Asia Tenggara dalam sukan bola sepak ini? Jangan cakap World Cup, nak ke Olimpik dan Asia Cup pun masih tercungap-cungap. Semalam, pasukan Singapura kalah teruk 7-1 oleh Iraq manakala Indonesia pula dibelasah dan dimalukan 10-0 oleh Bahrain dalam kelayakan Piala Dunia. Ayoyo...apa nak jadi dengan sukan bola sepak di rantau ini. Malaysia pula?.....hmmmm...seketul mata pun tak dapat dalam kempen kelayakan Olimpik.

Memang tidak dinafikan lagi bahawa Malaysia sudah membuktikan Harimau Malaya sebagai kuasa bola sepak di rantau Asia Tenggara. Tapi cukupkah setakat itu? padahal jumlah wang yang telah dilaburkan dalam memajukan sukan ini sudah beratus juta. Nampaknya matlamat asal untuk layak ke Piala Dunia atau Olimpik masih jauh untuk dicapai. 
Apapun, bak kata Ong Kim Swee, kita harus optimistik jika berhadapan dengan pasukan-pasukan hebat yang lebih jauh levelnya dari kita. Mungkin tahun ini level kita masih belum mencukupi untuk mencabar pasukan-pasukan seperti Jepun, Bahrain, dan Syria. Itu baru pasukan Asia, agaknya kalau lawan dengan England, kalah teruk kot. 

Sebagai peminat sukan bola sepak di negara Malaysia ini, memang sangat teringin melihat mereka bermain di pentas Olimpik atau World Cup. Entah bila..tapi yang penting usaha perlu dikekalkan dan dilipatgandakan. Tertanya-tanya pula bagaimana pasukan dari negara bergolak seperti Iraq boleh menjadi antara pasukan terbaik di Asia. Pernah menang Asia Cup pula tu. Mungkin sebab kemampuan fizikal dan mental mereka yang menjadi kelebihan.

Harap lepas ini pasukan Malaysia dan rantau Asia Tenggara dapat meningkatkan lagi tahap mereka dalam sukan bola sepak. Dan sebagai peminat tegar bola sepak, perlu sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan kita. Jika anda peminat bola sepak, renungkan kata-kata hikmat dari ULTRAS MALAYA ini, "Jika tidak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang"



Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

Isnin, 27 Februari 2012

Gambar sekitar kemenangan Liverpool dalam final Carling Cup



Tahniah kepada pasukan Liverpool yang baru sahaja dinobatkan sebagai juara Carling Cup semalam selepas menewaskan Cardiff City melalui sepakan penalti selepas seri 2-2 sehingga tamat masa tambahan. Piala ini juga merupakan tropi pertama mereka selepas 6 tahun tanpa sebarang kejuaraaan. Lihat gambar-gambar sekitar perlawanan Liverpool dan Cardiff City.








(sumber gambar: liverpoolfc.tv)


Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

[GAMBAR] Giggs selamatkan Manchester United raih 3 mata penuh


Giggs meraihkan gol kemenangan United ke atas Norwich City dalam saingan EPL. (Sumber gambar: manutd.com)

LONDON: Ryan Giggs meraikan aksi ke-900 kariernya apabila menjaringkan gol kemenangan kritikal untuk Manchester United menewaskan Norwich City 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Carrow Road, sebentar tadi.

Giggs menguis masuk bola hantaran Ashley Young pada minit ke-92 bagi memastikan United pulang dengan tiga mata penuh.
United terlebih dulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Paul Scholes pada minit ke-7.
Namun Norwich menngandakan asakan pada separuh masa kedua dan berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi Grant Holt pada minit ke-83. sumber

"MAN UNITED 4EVER"




Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

Ahad, 29 Januari 2012

Liverpool Tewaskan Manchester United 2-1 dalam FA Cup


Jaringan Dirk Kuyt dua minit sebelum masa tamat memberikan kemenangan bermakna buat pasukan Liverpool ketika menentang Manchester United di Anfield. Dengan kemengan 2-1 ini, Liverpool layak ke pusingan ke-lima dalam saingan Piala FA Inggeris.
Kuyt merembat masuk gol kemenangan Liverpol 
Liverpool sebelum itu menguasai babak pertama dan berjaya menjaringkan gol awal menerusi Daniel Agger. Pemain sensasi Manchester United dari Korea Selatan, Park Ji Sung menyamakan kedudukan selepas itu. Namun jaringan Kuyt meranapkan impian Manchester United dalam saingan tersebut.

Dalam satu perlawanan yang lain, Chelsea berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas berjaya menewaskan pasukan milik Tony Fernandes, QPR, di tempat lawan. Jaringan tunggal Juan Mata sudah cukup memberi kemenangan berharga buat Chelsea.


Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Adakah anda seorang jurugambar yang hebat? Tunjukkan lah
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Rabu, 18 Januari 2012

Seorang pemain bola sepak utama pasukan Perlis ditahan | Tiada lesen motosikal

JITRA: Seorang pemain bola sepak Perlis ditahan akibat memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis selepas disaman kerana tidak memiliki lesen menunggang motosikal dalam sekatan jalan raya di Jalan Jenan-Kepala Batas, di sini, semalam.

Pemain penyerang berusia 26 tahun itu yang menunggang motosikal Honda EX-5 berwarna hitam ditahan ketika melalui sekatan dilakukan Bahagian Trafik dan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, kira-kira jam 12.30 tengah hari. 
Difahamkan, pemain terbabit kini beraksi bersama kesebelasan utama pasukan Liga Perdana Perlis untuk musim kedua berturut-turut. 

Menurut sumber, ketika pemeriksaan dia didapati tidak memiliki lesen menunggang motosikal dan polis mengeluarkan saman kerana kesalahan itu.

Menurutnya, selepas menerima surat saman, pemain berasal dari Bandar Darulaman, di sini, menyuarakan rasa tidak puas hati, namun tidak diendahkan polis yang tegas melaksanakan tugas mereka.

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Selasa, 17 Januari 2012

Liga Malaysia musim baru dilanda gejala rasuah | SPRM bertindak

LIGA M musim ini baru memasuki tiga perlawanan tapi gejala rasuah sudah dikesan menyelinap dalam dunia bola sepak tempatan apabila seorang pemain Perlis dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan terhadap dakwaan menjual perlawanan membabitkan pasukan negeri itu.

Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) memberitahu pemain muda berusia 20-an, ditawarkan kontrak beraksi bagi musim ini, dipanggil memberikan keterangan Sabtu lalu, selepas didakwa mempunyai maklumat mengenai perlawanan yang menyaksikan skuad Singa Utara tumpas 2-7 kepada Majlis Perbandaran (MP) Muar dalam saingan pertama Liga Perdana, Isnin lalu.

Dipercayai, setakat ini, hanya pemain itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan sekali gus menjadi pemain pertama dikaitkan dengan dakwaan rasuah untuk musim ini.

“Pemain itu kemudian dibenar pulang pada hari sama selepas selesai memberi keterangan dan tidak ditahan SPRM,” kata sumber itu yang enggan dinamakan sambil memberitahu pengurusan PFA memang tidak menafikan kemungkinan wujudnya elemen negatif itu.

Penolong Pengurus, Hamunir Hamzah bagaimanapun berkata, setakat ini pengurusan pasukan negeri tidak mempunyai cukup bukti untuk menuduh atau mengaitkan mana-mana pihak dengan kewujudan gejala negatif yang menyaksikan kekalahan ‘memalukan’ skuad Singa Utara itu.

  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Khamis, 12 Januari 2012

Manchester City kalah lagi di tempat sendiri | Carling Cup: Manchester City 0-1 Liverpool

Gerard menjaringkan gol untuk Liverpool (Sumber: fotball365)

Akibat kekurangan beberapa tonggak utama dalam pasukan, Manchester City terpaksa akur selepas tewas kepada Liverpool di halaman sendiri untuk kali kedua berturut-turut. Kali ini dalam saingan separuh akhir Piala Carling. Ketiadaan kapten pasukan, Vincent Kompany yang digantung empat perlawanan dan Kolo Toure yang sedang mewakili negaranya, Ivory Coast dalam Piala Negara Afrika, City semakin kurang berbisa.

Walaupun tewas, City tetap juga mempunyai peluang untuk ke final Piala Carling sekiranya dapat menewaskan pasukan Liverpool dalam perlawanan timbal balik di Anfield dengan jaringan gol yang lebih banyak.

Dalam perlawanan semalam, kapten pasukan Liverpool, Steven Gerard, berjaya menyempurnakan sepakan percuma yang cantik. - fotball365



  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Ahad, 8 Januari 2012

Keputusan FA Cup Manchester City vs Manchester United

Berikut merupakan keputusan FA Cup pusingan ketiga, 8 Januari 2012, antara Manchester City vs Manchester United.
 
Manchester City 2 - 3 Manchester United

Jaringan: 
Man City (Kolarov '47, Aguero '64), 
Man United (Rooney '9, Welbeck '35, Rooney '39)

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Jumaat, 6 Januari 2012

Tak sabar tengok aksi Brendan Gan dalam Liga Super | Pemain dari Australian berdarah Malaysia

Pemain kelahiran Malaysia-Australia, Brendan Gan (24) yang pernah meniti dibibir peminat bola sepak negara ketika Piala AFF 2010 kini sah akan bermain untuk pasukan Sabah musim 2012. Brendan Gan yang sebelum ini bermain untuk kelab divisyen satu liga A di Australia iaitu Sydney FC telah pun menandatangani kontrak bersama seorang lagi pemain import iaitu Michael Baird.
Brendan sah menjadi pemin Sabah
Brendan sebelum ini disebut-sebut oleh peminat bola sepak negara selepas menyaksikan Indonesia memanggil ramai pemain mereka yang mempunyai berkelahiran Indonesia untuk beraksi untuk negara mereka seperti Irfan Badchim. Brendan Gan dikatakan ada melahirkan rasa teruja selepas menyaksikan skuad Harimau Malaya di kejohanan Piala AFF yang lalu dan teringin beraksi untuk Malaysia. Namun sehingga kini, tiada perkembangan mengenai perkara ini.

Dan terkini, Sabah akhirnya berjaya membawa kembali pemain ini ke Malaysia dimana keluarganya berasal iaitu berasal dari Negeri Sembilan, biarpun dilahirkan dan dibesarkan di Australia. Brendan yang kini berusia 24 tahun akan beraksi bersama rakannya juga dari Australia iaitu Michael Baird dalam pasukan Sabah.

Brendan Gan masih belum memiliki sebarang caps antarabangsa untuk bermain dengan pasukan kebangsaan samada Malaysia atau Australia. Mengikut peraturan, beliau boleh bermain untuk skuad negara Australia berdasarkan tempat kelahiran dan beliau dibesarkan. Beliau juga boleh bermain untuk Malaysia berdasarkan faktor asal keluarganya.

Dengan situasi ini, diharapkan F.A.M dapat melakukan sesuatu untuk pemain ini, yang menyatakan minatnya bermain untuk negara. Kerana jika dilihat dari persaingan pemain di Australia agak terlalu sukar. Jadi ini mungkin peluang untuk menawarkan Brendan Gan caps antarabangsa pertamanya bersama pasukan nasional.

Full Name:Brendan Gan
Date of birth: 3 June 1988 (Age 23)
Place of birth: Sutherland Shire, Australia
Height: 1.78 m (5 ft 10 in)
Playing position: Attacking Midfielder

Current club: Sabah F.A
Years
2008 Sutherland Sharks
2008–2011 Sydney FC
2011– 2012 Bonnyrigg White Eagles
2012– Sabah FA

International Caps – non (tiada lagi ni)
(Sumber: portalsukan.com)

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Khamis, 5 Januari 2012

Khairul Fahmi Che Mat akan berkhawin tahun ini


KOTA BHARU: Tanpa menyebut siapa bakal permaisuri hidupnya, penjaga gol skuad Harimau Malaya, Khairul Fahmi Che Mat, 22, mengakui dia kini bersedia menamatkan zaman bujangnya seawal-awalnya pada tahun ini.

Jika tidak berkahwin pada tahun ini, Khairul yang lebih mesra dengan panggilan Apek berkata, dia mungkin mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Menurutnya, hasrat itu bakal menjadi kenyataan jika dia bertemu wanita pilihan hatinya, namun tumpuannya kini hanya mahu memajukan lagi kariernya sebagai pemain bola sepak.

“Kalau ada rezeki (ada jodoh), insya-Allah kahwin tahun ini atau tahun depan,” katanya tanpa mahu menyebut siapa wanita yang berjaya mencuri hatinya.

Tahniah KFCM. (sumber gambar: blog pakatan)
Khairul Fahmi yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-23 pada 7 Januari ini ditemui selepas menerima kunci banglo daripada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai hadiah kerajaan negeri di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, semalam.


Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim; Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md Noor serta ibu bapa Khairul Fahmi, Che Mat Hussin, 60, dan Bidah Ibrahim, 56.


Banglo dianggarkan bernilai RM200,000 itu dibina syarikat Binaraya Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan dihadiahkan kerajaan negeri selepas Khairul Fahmi berjaya membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki pada 2010. Terdahulu, Nik Abdul Aziz ketika berucap pada majlis berkenaan berharap Khairul Fahmi segera mendirikan rumah tangga kerana itu lebih sempurna kehidupan dan terhindar daripada perkara tidak diingini.
(Sumber: hmetro)

**Jangan tunggu lama-lama..nanti lama-lama..dia diambil orang**

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Manchester United tewas lagi


LONDON: Kedudukan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris terus goyah apabila tewas 3-0 kepada New Castle awal pagi ini, iaitu kekalahan kedua berturut-turut. 

United yang kalah dengan jaringan sama 3-0 di tangan Blackburn, Ahad lalu, kini semakin terancam kedudukan kedua liga yang bila-bila masa akan dipintas Tottenham Hotspur.

Malah penyandang juara itu ketinggalan tiga mata kepada pendahulu liga, Manchester City selepas jirannya itu menumbangkan Liverpool 3-0 semalam. Newcastle membuka jaringan menerusi Demba Ba pada minit ke-33, diikuti jaringan 
Yohan Cabaye pada minit ke-47.

United terus menerima nasib malang apabila Phil Jones melakukan jaringan sendiri pada minit ke-90.
(Sumber: BH)

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Rabu, 4 Januari 2012

Gambar John Terry pada kotak rokok | Syarikat rokok mungkin akan disaman

Gambar 'bayang-bayang'  pada kotak rokok seperti John Terry? (Sumber gambar: The telegraph)
NEW DELHI: Peguam kapten bola sepak England, John Terry mungkin mengambil tindakan undang-undang selepas imej pemain itu digunakan dalam amaran pada kotak rokok di India.

Gambar samar-samar itu yang menunjukkan kepala dan bahu seorang lelaki menyerupai Terry muncul pada kotak rokok Gold Flake dan jenama lain dengan gambar paru-paru yang sudah hitam berserta amaran berbunyi ‘Merokok Membunuh.’ “Ia gambar yang menyerupai dia dan Terry tidak pernah bergambar seperti itu,” kata Keith Cousins dari Agensi Pengurusan Elit yang berpejabat di Britain, menerusi telefon, semalam.

“Kami tidak pasti dari mana imej itu diambil tetapi Terry tidak pernah memberi kebenaran untuk itu.

“Kami sudah berunding dengan peguam di London dan India untuk menyiasat hal berkenaan dan mengambil tindakan wajar,” katanya.

Cousins juga berkata, Terry, bukan seorang perokok walaupun pernah menjadi tajuk berita sebelum ini kerana tabiatnya suka minum arak. Akhbar Indian Express melaporkan, Direktorat Publisiti Visual menghasilkan amaran kesihatan itu yang digunakan pada bungkusan 20 batang.

Terry, 31, yang berdepan dengan tuduhan jenayah kerana dakwaan salah laku perkauman terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand, mewakili England sebanyak 72 kali.

Dia juga adalah ketua pasukan Chelsea. - Reuters

*Tak pasti pula sama ada gambar John Terry pada kotak rokok itu betul atau tak. 

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Sabtu, 31 Disember 2011

KLFA kempunan | Bayaran khidmat Liverpool terlalu mahal

Dah tau Liverpool ini kelab ternama di dunia, sidah tentu lah bayaran untuk mendapatkan khidmatnya dalam membangunkan bola sepak mahal. Apa pun, masih banyak kelab bola sepak yang berkualiti dari segi kejurulatihan yang boleh dipertimbangkan.

Menurit hmetro.com hari ini, PERSATUAN Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terpaksa mencari alternatif lain selepas hajat untuk mendapatkan 'sentuhan' kelab gergasi Inggeris, Liverpool dalam membangunkan Akademi Bola Sepak KLFA tahun depan tidak menjadi kenyataan.

Presidennya, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, perjanjian kerjasama itu menemui jalan buntu akibat kekangan kewangan berikutan Liverpool meletakkan bayaran di luar kemampuan KLFA.

“Rancangan kerjasama dengan Liverpool tak jadi sebab masalah kewangan. Bayaran yang diminta kelab itu agak tinggi jadi kami terpaksa mencari pendekatan lain dalam membangunkan akademi bola sepak KLFA.

“Berbanding kelab lain di England seperti Chelsea, Everton dan Arsenal, Liverpool belum pernah membuat projek seperti ini di luar, jadi mereka meletakkan syarat agak ketat yang menyukarkan kami untuk mendapatkan penajaan syarikat luar,” katanya sambil enggan mendedahkan jumlah bayaran diminta Liverpool.

Sebelum ini, pihak KLFA mengadakan rundingan bagi draf perjanjian kerjasama dengan kelab dari Merseyside yang dijangka selesai November lalu.

Jika perjanjian itu dipersetujui kedua-dua belah pihak, Liverpool akan menghantar seorang pengarah akademi bagi mentadbir Akademi KLFA yang terletak di Desa Melawati untuk beroperasi bermula awal bulan depan.

Selepas usaha itu tidak berhasil, Astaman kini mula mengatur strategi lain bagi memastikan projek Akademi KLFA akan tetap diteruskan biarpun terpaksa menunggu masa lebih lama.

“Mesyuarat Exco KLFA baru-baru ini sudah bermesyuarat dan kami bersetuju dengan cadangan untuk mengendalikan akademi ini menerusi pelan jangka masa panjang tiga hingga 10 tahun. “Kami tidak perlu tergesa-gesa kerana kami tidak menanggung apa-apa kos memandangkan bangunan akademi sudah siap itu hak milik kami jadi tidak ada sebarang bayaran,” katanya.

*Bola sepak sekarang ini terutamanya dalam liga Inggeris sememangnya menjadi lubuk duit kepada billionaire. Sebab itu kos perkhidmatan mana-mana pasukan kelab sangat tinggi. Mungkin KLFA boleh mintak tolong dengan Datuk Tony Fernandes kot. "Now Everyone Can Play Football at Europe" huhu..atau mintak tolong dengan pemilik Cardiff City. Dua-dua orang Malaysia. Tapi sekarang ni pun belum ada kerjasama sah dengan pasukan kebangsaan, ini kan pulak pasukan negeri. Harap-harap ada 'sesuatu' tindakan kelak  yang berguna kepada perkembangan bola sepak tanah air.

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 

Khamis, 29 Disember 2011

Liverpool's record signing striker, Andy Carrol, backed by Dalglish despite his poor goal return

Kenny Dalglish insists Liverpool's record signing Andy Carroll is not struggling for confidence, despite his poor goal return.

The £35million forward has failed to find his best form since his arrival from Newcastle in January.

Carroll has scored three goals in 19 appearances this season and just five in 28 in a Reds shirt.

He made his first start in four matches in Boxing Day's 1-1 draw with Blackburn during which he would have scored had it not been for two good saves by Mark Bunn.

Dalglish has always backed the striker, who could face his former club on Friday, and continues to do so.

"I don't think self-belief is a problem for Andy Carroll, I don't see why it should be," said the Scot.

"There's nothing to say he's short of belief and there is no evidence he should be.

"One game he played (started) in, we went down to nine men (the defeat at Tottenham) and another (the loss at Fulham), we had another sent off.

"I think yourselves (the media) have a bigger problem with Andy than anyone else.

"This week is understandable because it is against Newcastle but I don't understand the rest of the stuff."

Dalglish also said the club were still awaiting the arrival of the written verdict from Luis Suarez's disciplinary commission which banned the striker for eight-matches for using offensive words, including a reference to skin colour, towards Manchester United's Patrice Evra.

"We'll tell you when they arrive - I think they'll come on the (FA) website first," said the Reds boss, who added they had not received any news on a date for Suarez's misconduct hearing for allegedly making an offensive gesture to Fulham fans earlier this month. (Source: www.footbal365.com)

*Geezz..Liverpool is on the brink of 'deterioration'.. :(
  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda berjaya dalam perniagaan online! Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Dapatkan ebook (Bahasa Melayu) mengenai fakta, sejarah, dan cara-cara yang mudah dan meyakinkan dalam pelaburan Emas $$SINI$$
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Ahad, 18 Disember 2011

Tiada cuti Krismas untuk pemain Tottenham : Redknapp

Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp dikatakan telah menyekat para pemainnya daripada menyambut parti krismas sebagai satu pengornan terhadap kelab.
Harry kertika menjadi Scrooge.
Dua tahun lalu, para pemain pasukan tersebut telah mengadakan parti secara rahsia tanpa pengetahun Redknapp di Dublin. Dia berpendapat bahawa kehidupan sosial pasukan hanyak akan membawa impak negatif kepada pasukannya. 

"Tidak ada lagi parti Krismas. Kami sangat sibuk bermain bola, kami mempunyai banyak perlawanan yang bakal dilalui dan para pemain kena fokus bermain dan mendapatkan kemenangan" kata Redknapp.
Tambahnya lagi, "jika mereka tidak boleh beradab terhadai diri sendiri dan tidak dapat menahan diri daripada berparti maka memang ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka . Tuah semakin menyebelahi mereka. Mereka juga mempunyai karier yang hebat dan kehidupan yang baik. Jangan saja buat masalah ketika Krismas. Saya tidak mahu mereka keluar berparti. Ini kerana banyak pihak terutamanya media yang sedang menunggu untuk menangkap gambar mereka berparti. Ketika saja mereka tidak sedar dan melakukan perkara tidak baik maka di situlah mereka akan terkena".

Tottenham mempunyai 11 perlawanan tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris sebelum dikalahkan oleh Stoke hujung minggu lalu. Tetapi Redknapp masih optimis tentang peluang pasukannya untuk memenangi gelaran liga. (Sumber:www.football365.com)


Khas untuk anda:-
  • Pergi test-drive kereta volkswagon dan anda mungkin dapat iPhone percuma! Cekidaout!

Jumaat, 16 Disember 2011

Keputusan penuh Barcelona vs Al-Sadd | Club World Cup semifinal

Keputusan penuh: Barcelona 4 - 0 Al-Sadd
Gol-gol Barcelona dijaringkan oleh Adriano pada minit ke 24' dan ke 42', Seidou Keita pada minit ke 68', dan Maxwell menjaringkan gol keempat pada minit ke 58'. Kemenangan pada perlawanan peringkat semifinal ini membawa Barcelona ke peringkat akhir dan akan bertemu dengan pasukan Santos dari Brazil.
Adriano melakukan cubaan ke gawang Al-Sadd
Walaupun menang dalam perlawanan ini, Barcelona juga dilanda sedikit kerisauan apabila salah seorang penyerangnya, David Villa, mengalami kecederaan parah di kaki setelah dikasari oleh pertahanan Al-Sadd.
Messi dikawal ketat pemain-pemain Al-Sadd
Congrats Barcalena. The best football team for this century!

  • Pergi test-drive kereta volkswagon dan anda mungkin dapat iPhone percuma! Cekidaout!
  • Nak pergi Jerman tak? Dapat free RM10k lagi tau! Check sekarang

Sabtu, 10 Disember 2011

Senarai pemain dan biodata skuad Olimpik | Pasukan Harimau Muda Malaysia

Berikut merupakan senarai terkini pemain bola sepak skuad Harimau Muda Malaya | Skuad Olimpik negara.
Skuad Harimu Muda Malaysia