Manchester City kalah lagi di tempat sendiri | Carling Cup: Manchester City 0-1 Liverpool | Boros Di Aralom

Khamis, 12 Januari 2012

Manchester City kalah lagi di tempat sendiri | Carling Cup: Manchester City 0-1 Liverpool

Gerard menjaringkan gol untuk Liverpool (Sumber: fotball365)

Akibat kekurangan beberapa tonggak utama dalam pasukan, Manchester City terpaksa akur selepas tewas kepada Liverpool di halaman sendiri untuk kali kedua berturut-turut. Kali ini dalam saingan separuh akhir Piala Carling. Ketiadaan kapten pasukan, Vincent Kompany yang digantung empat perlawanan dan Kolo Toure yang sedang mewakili negaranya, Ivory Coast dalam Piala Negara Afrika, City semakin kurang berbisa.

Walaupun tewas, City tetap juga mempunyai peluang untuk ke final Piala Carling sekiranya dapat menewaskan pasukan Liverpool dalam perlawanan timbal balik di Anfield dengan jaringan gol yang lebih banyak.

Dalam perlawanan semalam, kapten pasukan Liverpool, Steven Gerard, berjaya menyempurnakan sepakan percuma yang cantik. - fotball365



  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Tiada ulasan: