Anda tidak akan sesat lagi kalau pakai kasut ini | Boros Di Aralom

Isnin, 14 April 2014

Anda tidak akan sesat lagi kalau pakai kasut ini

Kalau anda pakai kasut ini, anda tidak akan sesat lagi. Kasut 'Satnav' yang menggunakan teknologi Blutooth yang bertindakbalas dengan sistem pelan di dalam telefon pintar ini akan memberi getaran kepada kaki si pemakai tentang arah yang perlu dituju sama ada nak belok kiri atau ke kanan.
Kasut Lechal
Kasut yang menggunakan teknologi yang dipanggil Lechal ini boleh dibeli pada harga £100 atau sekitar RM400. Pengguna boleh membeli kasut siap merah Ferrari atau beli 'insole' sahaja yang kemudiannya akan dimasukkan ke dalam mana-mana kasut lain. Kasut Lechal ini boleh bertahan selama tiga hari dan pengguna perlu mengecas semula selepas itu. 

Selain berfungsi sebagai penunjuk arah, kasut ini juga boleh membantu menjaga kesihatan dan berat badan. Setkan saja berapa kalori yang anda nak bakar, kasut ini secara automatik akan memberi isyarat getar kepada anda untuk berlari dalam satu jarak tertentu.

Sumber: Telegraph (Edited by Edisi Blogger)

Tiada ulasan: