Akhirnya, 3 tahun pengajian dah berakhir. Kini hanya tinggal satu hurdle lagi untuk berkonvo iaitu praktikum. Fuh! macam sekejap saja 3 tahun itu berlalu. Rasa macam baru kelmarin saya melangkah masuk U. Esok pula adalah hari yang penuh debaran. Saya dah start praktikum. Kenapa cepat sangat ya? saya nak juga rasa cuti seminggu dulu sebelum start praktikum selama 3 bulan ni. Final exam pun baru saja melabuhkan tirai pada hari jumaat yang lalu. Otak ni pun rasa macam masih berat. Adoi!!
Berdebar? memang saya berdebar nak pergi kat organisasi tempat saya praktikum tu. Walaupun sebelum ni pernah pergi sana tapi tak tahu kenapa masih rasa berdebar. Banyak persoalan yang timbul. Nasib baik ada manual praktikal. Kalau tiada memang nahas la gua. Entah macam mana rasanya bila berada di sebuah institusi sebagai sabagai seorang staff. Saya ni pun bukannya ada pengalaman bekerja pun. Adoi..nerves..nerves..
Tapi tak pe. Itu adalah perasaan yang dilalui oleh kebanyakkan pelajar yang menghadiri praktikum. Dah lah course saya ni kena wajib pergi praktikum. Tak macam course kengkawan yang lain. Mereka boleh buat tesis saja dan tak perlu praktikum. Ceh! jeles pulak saya. Apa-apa pun, perkara ini adalah lumrah hidup dan kena hadapinya dengan tawakal, sabar, kuat, dan terbuka.
Lagi satu yang menambahkan kegentaran gua ialah esok gua first time bawa kreta pergi kat sana. Oleh yang demikian, maka terpaksalah saya bangun seawal jam5 pagi untuk bersiap awal dan bertolak awal dari rumah semata-mata untuk megelak trafik jam. Saya ni tak biasa sangat bawa kreta lagi. So untuk permulaan ini, saya bawa kreta auto dulu. Bila dah biasa sikit, nanti bawa kreta manual pulak. Bukan kreta gua tau!
Dah jam11 malam ni. Saya nak berusaha untuk tidur dulu. Saya ni kalau nerves memang lambat tertidur. Entah kenapa, mungkin sebab banyak sangat fikir benda-benda pasal praktikum ni kot. Before that, gua nak layan dulu video2 klip Super Junior menari ni. Hilang sikit nerves. Pas tu boleh tidur dengan aman. Tadaa!
p/s: Kepada rakan-rakan seangkatan saya yang mengambil kursus Psikologi Kaunseling, UMS, saya mengucapkan selamat berpraktikal bermula hari ini (untuk mereka yang menjalankan praktikul di bahagian Utara Semenanjung, dan yang bermula esok (bagi kengkawan yang berpraktikal di Sabah, Sarawak, dan Selatan Semenanjung)..tapi gua dengar2, ada yang start hari Rabu sebab Selasa kan Hari Wesak, So mereka cuti esok dan selasa..syoknya korang..Sabah tak da Wesak Day pon. huhu..nite!!
1 ulasan:
good luck..tapi hati2 bawa kete tu..
Catat Ulasan