Boros Di Aralom: Manchester United
Memaparkan catatan dengan label Manchester United. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manchester United. Papar semua catatan

Isnin, 11 Mac 2013

Geramnya, Manchester United Seri Lagi

Rooney menjaringkan gol ke dua United

Belum pun reda 'kekecewaan' kalah kepada Real Madrid dalam saingan Liga Juara beberapa hari lalu, peminat Manchester United pastinya masih tidak boleh duduk diam selepas United seri 2-2 dengan Chelsea dalam saingan Piala FA Inggeris tadi. Keputusan seri ini sekaligus membawa kedua pasukan ke perlawanan penentuan sekali lagi untuk melayakkan diri ke separuh akhir. Pemenang sama ada Manchester United atau Chelsea ini akan berentap dengan Manchester City di separuh akhir Piala FA pada 13 atau 14 April depan.

Memang geram la dengan Manchester United tadi. Dah mendahului 2-0 seawal minit ke-11 tapi gagal mempertahankan kelebihan. Dah lah bermain di tempat sendiri, Old Toilet Trafford...eh!

Tapi apapun yang terjadi, kalah menang seri, kad merah kad kuning dah jadi adat bola sepak  :)



Khamis, 7 Mac 2013

Manchester United Kalah, Peminat Telefon 999

Pemain Manchester United, Nani (Sumber: Daily Mail)
Berita kekalahan Manchester United dalam Liga Juara oleh Real Madrid ini masih lagi belum reda. Kad merah yang dilayangkan kepada Nani masih lagi dipertikaikan oleh banyak. Bagi peminat tegar Manchester United, kekalahan ini memang memeritkan sampai ada peminat United yang menelefon talian kecemasan 999. Menurut World of Sport, Eurosport, peminat tegar United dari Nottinghamshire ini menganggap pengadil perlawanan, Cuneyt Cakir, yang melayangkan kad merah ke atas Nani itu telah melakukan jenayah.

Waduh..sampai macam tu sekali. Namun demikian, akhirnya peminat tegar United itu memohon maaf kepada pihak polis. Amaran kepada semua ya, jangan main-main dengan panggilan kecemasan 999.

Rabu, 6 Mac 2013

Real Madrid Menang, Ferguson Terkedu

Mourinho menepuk belakang Nani beri semangat
Walaupun sekarang ini sedang hangat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu, tapi para peminat bola memang tidak boleh dipisahkan dengan sukan ini. Apa lagi dengan perlawanan penentuan ke suku akhir Liga Juara awal pagi tadi antara gergasi bola sepak dunia, Manchester United vs Real Madrid. Keputusan, Real Madrid menang 3-2 dalam kiraan agregat.

Pastinya keputusan ini sedikit sebanyak membuatkan fans Manchester United agak kecewa. Apa lagi selepas pemain United, Nani, dilayangkan kad merah. Layangan kad merah ini sekaligus mengubah corak permainan di mana Manchester United yang ketika itu sedang mendahului 1-0 ketinggalan terus 2-1 selepas beberapa minit sahaja perlawanan diteruskan.

Dan yang paling kecewa selepas perlawanan itu pastinya pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson. Beliau juga menolak untuk menghadiri sidang media selepas tamat perlawanan.

Namun demikian, pengurus Real Madrid, Jose Mourinho, mengakui bahawa Manchester United layak untuk menang perlawanan tersebut. "They deserve to win", katanya. Apa pun, semua ini adalah perkara biasa dalam bola sepak yang menjadikannya lebih menarik.

p/s: saya ni peminat tegar Real Madrid dan Manchester United. Mana-mana team yang menang pun saya sokong.

Selasa, 19 Februari 2013

Manchester United hebat sangat ke?


Photo: “I’m really satisfied with the quality of the game. We could have scored a lot of goals tonight” Sir Alex http://bit.ly/W6BnNTKemenangan 2-1 Manchester United ke atas Reading dalam saingan Piala FA awal pagi tadi sememangnya menggembirakan semua penyokong terutamanya penyokong tegar United. Thanks to Nani and Chicarito goals..
Hebat sangat ke Mancehter United ini? Sir Alex Ferguson pun ada cakap yang team dia sekarang ini lebih kuat berbanding dengan team dia yang menang treble pada tahun 1999 dulu.

Dalam EPL memang nampak lah mereka yang terbaik sekarang. Duduk dalam takhta liga dengan 12 mata beza dengan Manchester City di tempat kedua. Dalam Liga Juara pula setakat ini masih boleh bersaing. Rabu lalu seri dengan Real Madrid di Santiago Bernabeu 1-1. Semua peminat pastinya sedang menunggu perlawanan timbal balik kedua nanti di Old Trafford.

Kalau nak cakap Mancheter United ini hebat, memang hebat la berbanding mana-mana kelab di EPL yang macam yo-yo. Glory glory MU!!

Selasa, 18 Disember 2012

Van Persie sehebat Messi


Berikutan persembahan sensasi dalam setiap perlawanan sejak perpindahan pemain bernilai 22juta Euro itu daru Arsenal ke Manchester United, ada yang membandingan Robin Van Persie dengan Lionel Messi yang bermain untuk Barcelona.


Pengurus Blackburn, Martin O'Neill, ketika ditanya dalam akhbar The Sun, menggambarkan RVP sebagai 'Messi United'. Menurutnya, keadaan menjadi jauh lebih baik buat RVP berbanding ketika dia bersama pasukan lamanya, Arsenal. Kini RVP telah menjadi ayam tambatan United yang kini menghuni tangga teratas liga Perdana Inggeris. O'Neill juga mengatakan bahawa RVP kini mempunyai kelebihan seperti yang ada pada Barcelona, "dengan adanya pemain berkaliber seperti Van Persie di pihak anda, peluang untuk menang dalam setiap perlawanan sentiasa ada. Seperti juga dengan Barcelona yang memiliki permain terbaik, Messi, yang sentiasa menjaringkan gol. Barcelona adalah pasukan yang sangat baik tetapi tanpa Messi, kita tidak tahu kerana Messi adalah ayam tambatan mereka. Jujurnya, Van Persie boleh menjaringkan gol yang sedikit, tetapi dengan tiba-tiba dia telah menjarakkan diri sebagai penjaring" - manutd.com
Martin O'Neill
P/S: Rasanya, persembahan RVP ini juga dipengaruhi oleh 'teamwork' dalam pasukan Manchester United yang sangat baik. Gandingan RVP dan Rooney juga semakin menakjubkan.



Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Isnin, 3 September 2012

EPL: Van Persie marks Fergie milestone with hat-trick

Van Persie scored hat-trick against Southampton in last night EPL match.
SOUTHAMPTON, United Kingdom  - Robin van Persie struck twice in the dying moments to complete his first Manchester United hat-trick and ensure Sir Alex Ferguson's side marked the manager's 1,000th English league game with a 3-2 victory over Southampton on Sunday.

Ferguson appeared destined for disappointment on his landmark occasion when United trailed with three minutes of normal time remaining at St Mary's.

But van Persie -- who had earlier cancelled out Rickie Lambert's 16th minute opener and missed a penalty after Southampton had again gone ahead through Morgan Schneiderlin -- equalised from close range in the 87th minute after Rio Ferdinand's header had struck the post.

Then with the game in stoppage-time, the Holland international met Nani's corner with a near post header that brought the striker's 100th Premier League goal and secured a fortunate win for Ferguson's team.

Van Persie's late intervention was agonising for a Southampton side who had performed well and dominated periods of the game but are still looking for their first point of the season.

Ferguson provided a reminder of his ruthless streak before kick-off when he revealed goalkeeper David De Gea had been dropped as punishment for his error in the 3-2 victory over Fulham, with Anders Lindegaard recalled at the Spaniard's expense.

In front of Lindegaard, Ferdinand and Nemanja Vidic were reunited in central defence for the first time since last December.

But despite their combined wealth of experience, it quickly became clear Lambert was capable of troubling the United backline with Ferdinand in particular suffering a testing opening 45 minutes.

The visitors started brightly enough with van Persie producing two moments of quality, a neat backheel followed by an expert chest and volley, that suggested it could be a long afternoon for Nigel Adkins' side.

But having weathered United's confident opening spell, Southampton began to assert themselves.

A clever corner routine created an opening for Adam Lallana that the Saints captain fired wide moments before Lambert claimed his second league goal of the season with 16 minutes gone.

United were guilty of providing Southampton with the opportunity to build the forward move with Tom Cleverley's misplaced pass allowing Schneiderlin to steal possession and drive forward, moving the ball on to Steven Davis who found Jason Puncheon on the right.

Puncheon cut inside and sent a left foot cross towards Lambert at the far post and the forward was far too powerful for his marker Rafael da Silva, rising to head home past Lindegaard.

However, van Persie produced an outstanding finish for the 23rd minute equaliser, volleying home from a tight angle after being picked out by Antonio Valencia's deep cross and profiting from right back Nathaniel Clyne's slip.

Southampton refused to be intimidated and were rewarded for their adventure 11 minutes after the restart when Schneiderlin headed the home side into the lead for a second time.

This time Lambert turned provider, crossing for the midfielder who profited from yet another slip, this time by Patrice Evra, to send a free header well clear of Lindegaard.

With more composure, Southampton might have added a third but they conceded a penalty when Jos Hooiveld clattered through the back of van Persie in the 69th minute.

The United striker stepped up to take the spot-kick but appeared to be caught in two minds as he sent a poorly struck chip to Kelvin Davis's right and the keeper saved easily.

That brought redemption for Davis whose poor kick had gifted Nani possession immediately before van Persie was fouled.

But there would be further twists as van Persie went from zero to hero with a close-range equalizer and then a clinical stoppage-time header to steal the points. — Agence France Presse (Source: GMA News)


Selasa, 3 April 2012

Blackburn 0 - 2 Manchester United EPL 3 April 2012 | 5 Mata di depan

Antonio meraikan gol pertama di Ewood Park
Kepada para peminat pasukan Manchester United, kemenangan 2-0 ke atas Blakburn di tempat lawan sememangnya sesuatu yang menggembirakan.

Dua gol yang dijaringkan oleh Antonio Valencia dan Ashley Young pada saat-saat akhir perlawanan memberikan kemenangan dramatik untuk United yang kini menghuni tangga teratas liga perdana Inggeris dengan jarak 5 mata.
Kasino på nett

Rabu, 28 Mac 2012

Wayne Rooney 'patahkan' tangan seorang budak sekolah

Sepakan bola Wayne Rooney semasa sesi memanaskan badan yang meliar ke bangku penonton menyebabkan seorang budak sekolah patah pergelangan tangannya selepas terkena bola tersebut.
Jamie yang terpatah pergelangan tangan
Wayne Rooney bagaimanapun telah meminta maaf terhadap budak 9 tahun melalui laman twitternya. Rooney juga akan mengemukakan surat permohonan maaf beserta sehelai jersi yang ditandatanganinya.
Jamie Thomas yang berasal dari Wem di Shropshire ketika itu sedang duduk di bahagian bangku hadapan penonton semasa Manchester United mengunjungi Wolves dalam saingan liga. Walaupun berada dalam kesakitan, Jamie tetap terus menonton perlawanan itu sehingga tamat sebelum mendapatkan rawatan.



Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Ahad, 18 Mac 2012

Keputusan EPL 18 Mac 2012 | Wolves 0 - 5 Manchester United


Yaii...Manchester United menang besar 5-0 menewaskan Wolves. Ini memang satu keputusan yang memang menggembirakan semua penyokong MU..Go go go MU..
Kunjungi saja laman web www.premierleague.com untuk statistik perlawanan ini ya.
Sebab dah 'out' dalam saingan Liga Europa..sekarang satu-satunya target yang tinggal ialah kejuaraaan liga EPL. Harap-harap Chelsea akan mengalahkan pencabar terdekat MU iaitu Manchester City nanti...maka lebih cerah lah peluang untuk mempertahankan mahkota liga Inggeris.


Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Isnin, 27 Februari 2012

[GAMBAR] Giggs selamatkan Manchester United raih 3 mata penuh


Giggs meraihkan gol kemenangan United ke atas Norwich City dalam saingan EPL. (Sumber gambar: manutd.com)

LONDON: Ryan Giggs meraikan aksi ke-900 kariernya apabila menjaringkan gol kemenangan kritikal untuk Manchester United menewaskan Norwich City 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Carrow Road, sebentar tadi.

Giggs menguis masuk bola hantaran Ashley Young pada minit ke-92 bagi memastikan United pulang dengan tiga mata penuh.
United terlebih dulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Paul Scholes pada minit ke-7.
Namun Norwich menngandakan asakan pada separuh masa kedua dan berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi Grant Holt pada minit ke-83. sumber

"MAN UNITED 4EVER"




Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

Ahad, 29 Januari 2012

Liverpool Tewaskan Manchester United 2-1 dalam FA Cup


Jaringan Dirk Kuyt dua minit sebelum masa tamat memberikan kemenangan bermakna buat pasukan Liverpool ketika menentang Manchester United di Anfield. Dengan kemengan 2-1 ini, Liverpool layak ke pusingan ke-lima dalam saingan Piala FA Inggeris.
Kuyt merembat masuk gol kemenangan Liverpol 
Liverpool sebelum itu menguasai babak pertama dan berjaya menjaringkan gol awal menerusi Daniel Agger. Pemain sensasi Manchester United dari Korea Selatan, Park Ji Sung menyamakan kedudukan selepas itu. Namun jaringan Kuyt meranapkan impian Manchester United dalam saingan tersebut.

Dalam satu perlawanan yang lain, Chelsea berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas berjaya menewaskan pasukan milik Tony Fernandes, QPR, di tempat lawan. Jaringan tunggal Juan Mata sudah cukup memberi kemenangan berharga buat Chelsea.


Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Adakah anda seorang jurugambar yang hebat? Tunjukkan lah
Klik iklan ini kalau suka entri :)

Isnin, 9 Mei 2011

Keputusan EPL: Manchester United 2-1 Chelsea

Hanya satu mata lagi untuk pasukan Manchester United melakar sejarah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris untuk kali yang ke-19 selepas berjaya menewaskan Chelsea di Old Trafford, 2-1 semalam. Jaringan Javier Hernandez seawal minit pertama serta tandukan Nemanja Vidic pada minit ke-23 sudah cukup untuk United membawa 3 mata mata penuh. Chelsea bagaimanapun berjaya memperoleh jaringan menerusi Frank Lampard pada minit ke-68 namun tidak cukup untuk menumbangkan tuan rumah yang sememangnya bermain dengan sangat baik semalam. Kemenangan ini meletakkan United 6 mata di depan pencabar utama mereka itu.
Kapten kedua belah pasukan bersalam sebelum perlawanan dimulakan


Chicarito meraikan jaringannya yang ke-20 musim ini.
Vidic meraikan jaringan kedua pasukannya.

Berikut merupakan keputusan bagi perlawanan-perlawanan lain:

Carta EPL terkini:

Walaupun Chelsea masih berpeluang untuk menjuarai EPL namun dengan tahap kecergasan dan motivasi pemain-pemain Manchester United ketika ini, memang sukar digugat oleh mana-mana pasukan lain. 

Sumber: www.premierlueague.com

Khamis, 31 Mac 2011

United akan mengadakan 5 perlawanan pra-musim di Amerika

Julai ini, Manchester United akan mengadakan tour pra-musim mereka di Amerika pula. Mereka akan berhadapan dengan lima pasukan yang terdiri daripada tiga pasukan dalam Major League Soccer (MLS), MLS All-Star, serta satu perlawanan dengan gergasi Sepanyol, Barcaleno. Berikut merupakan jadual perlawanan persahabatan tersebut:-

13 July: Man United VS New England Revolution
Gillette Stadium, Boston

20 July: Man United VS Seattle Sounders
Qwest Field, Seattle

23 July: Man United VS Chicago Fire
Soldier Field, Chicago

27 July: Man United VS MLS All-Stars
Red Bull Arena, New Jersey

30 July: Man United VS Barcelona
FedExField, Washington DC

Boleh baca laporan penuh dalam laman web manutd.com


Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Isnin, 21 Mac 2011

Jaringan Berbatov sahkan 3 mata untuk Manchester United

Dengan perlawanan yang berbaki 3 minit lagi, Berbatov berjaya menjaringkan gol untuk menentukan 3 mata penuh dimiliki Manchester United ketika menerima kunjungan Bolton Wanderers di Old Trafford. Kemenangan ini sekaligus mencerahkan lagi peluang United untuk merampas kembali trofi Liga Perdana Inggeris pada musim ini. 
Bolton Wanderers' Gretar Steinsson and Manchester United's Nani in action
(pic from www.premierleague.com)
Mulanya, kemenanga tampak samar untuk United yang terpaksa bermain 10 orang apabila Johny Evans diberi kad merah selepas mengasari pemain Bolton, Stuart Holden pada separuh masa kedua. Bolton kemudiannya mendapat satu peluang cantik untuk mendahului perlawanan namun peluang itu disia-siakan oleh Matthew Taylor. Berbatov pula tidak mensia-siakan peluang di depan mata selepas penjaga gol Bolton, Jussi Jaaskelainen gagal untuk menampan kemas sepakan jarak jauh yang dilakukan oleh Nani. Keputusan penuh, Manchester United 1 - 0 Bolton Wanderers. United kini berada 5 mata di hadapan pencabar terdekat, Arsenal yang sekadar seri 2 - 2 dengan West Bromwich dalam saingan EPL pada Sabtu lalu. Keputusan perlawan lain di SINI. 



Sabtu, 19 Mac 2011

Manchester United dan Chelsea bertembung lagi Liga Juara-Juara

NYON (Switzerland): Dua seteru Liga Perdana Inggeris, Manchester United dan Chelsea bakal bertembung di suku akhir Liga Juara-Juara selepas majlis undian yang menyaksikan ulangan final 2008 kejohanan kelab elit Eropah itu, semalam.

Pendahulu EPL, United akan bertandang ke gelanggang penyandang juara itu bagi perlawanan suku akhir pertama 5 April ini sebelum melayani Blues di Old Trafford untuk timbal balik kedua pada 12 April.

United menewaskan Chelsea menerusi penentuan penalti pada final di Moscow, tiga tahun lalu. Chelsea tidak pernah memenangi Liga Juara-Juara dan terdesak untuk menampilkan aksi baik di pentas Eropah selepas kini sembilan mata di belakang United dalam saingan liga. 
(google image)

Gergasi Sepanyol, Real Madrid dan Barcelona pula dijangka bertembung di separuh akhir andai kedua-dua pasukan itu mara, selepas Barca, pilihan utama kejohanan diundi bertemu pendatang baru dari Ukraine, Shakhtar Donetsk manakala Real berdepan kelab Inggeris, Tottenham Hotspur yang menyingkirkan AC Milan di peringkat kalah mati.

Juara bertahan, Inter Milan pula diundi menentang Schalke 04 dan menjadi pilihan untuk menewaskan kelab Jerman itu selepas menyingkirkan Bayern Munich.
Perlawanan suku akhir akan berlangsung pada 5 dan 6 April manakala timbal balik kedua berlangsung 12 dan 13 April. - AFP 

(Sumber: Berita Harian)

Khamis, 17 Mac 2011

'Habuan' Alex Ferguson selepas mengkritik pengadil

(image from google)
LONDON: Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson digantung lima perlawanan kerana kritikannya terhadap pengadil Martin Atkinson, kata Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA), semalam. 

Ferguson berada dalam situasi kepanasan selepas mengecam mutu pengadilan Atkinson ketika Red Devils tewas 2-1 kepada Chelsea di Stamford Bridge, awal bulan ini.

Pengurus United itu tidak menghiraukan nasihat daripada bahagian perundangan kelab itu dan berikrar akan mempertahankan diri terhadap dakwaan salah laku, tetapi kini dia didenda dengan hukuman agak berat ketika pasukannya memasuki fasa kritikal musim ini.

Ferguson mempertikaikan kewibawaan Atkinson apabila mengeluarkan kenyataan dia mahukan seorang pengadil yang ‘adil’ untuk mengadili perlawanan menentang Chelsea. 

FA menganggap kritikan Ferguson itu keterlaluan dan mendenda penggantungan tiga perlawanan terhadap pengurus warga Scotland itu, yang akan menyaksikannya tidak akan berada di bangku pasukan apabila United berdepan Bolton, West Ham dan Fulham. 

Ferguson juga didenda 30,000 pound (RM150,000) dan hukumannya berkuat kuasa 22 Mac ini, kata FA dalam satu kenyataan. 

Bagaimanapun, kritikan terbaru Ferguson terhadap Atkinson itu bermakna hukuman penggantungan dua perlawanan yang dikenakan terhadapnya sebelum ini kerana mengkritik Alan Wiley juga akan dilaksanakan. 
Tambahan penggantungan dua perlawanan itu menyebabkan Ferguson juga tidak akan dibenarkan berada di tepi padang bagi perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Manchester City. – Agensi 

(sumber: Berita Harian)