Lebih baik senyum sahaja | Boros Di Aralom

Sabtu, 14 Mei 2011

Lebih baik senyum sahaja

Senyum la senyum la wahai cik mek molek..ya, entri kali ini pasal senyum. Bukan apa, tadi masa saya dan seorang kawan pergi kat pejabat sekolah, kami lalu di jalan yang sedang dibaiki. Kat sana banyak sangat mamat-mamat buruh bangunan yang sedang giat menjalankan tugas. Masa kami jalan, tetiba dengar banyak sangat suara 'kicauan' yang merdu-merdu belaka. Korang faham-faham je la. 'peeeewitt'..kira-kira macam tu la suara kicauan tersebut. Saya tau kicauan tu bukan untuk saya tapi untuk si kawan yang sorang ni. Dia lagi cun melecun daripada gua. haha.

Mulanya, kami rileks je la jalan. Ada sikit takot juga sebab kami dua je perempuan yang lalu kat sana dan dikelilingi oleh pekerja buruh 1Malaysia+Indonesia+Filipina+PTI. Tapi buat macam biasa je jalan sambil borak-borak cover malu. pew!! Lepas tu kan, kat penghujung jalan tu ada satu lori yang sedang membawa pekerja buruh. Kemudian tetiba salah sorang daripada mereka cakap "Hai, boleh saya mengorat kah". Aik, mamat sorang ni tidak berkicau langsung tapi terus straight to the point. Bukan sekadar satu dua kali tapi berkali-kali. Saya dengan kawan saya sorang ni pun tengok ja perangai dia. Entah kenapa tetiba saya jawab, "dengan dia (sambil tunjuk kat kawan gua) boleh kot". Hahaha..kami pun tersenyum terketawa sama-sama. 

Lepas tu korang tau apa lelaki tu cakap. Dia cakap ni "kamu buat saya gembira..kamu senyum dengan saya. Kamu tau tak tadi semua perempuan yang saya tegur langsung tidak senyum pun. Tegur apa lagi..bah kamu jalan la". Ayoyo, mamat ni memang expressive feeling betul la. Mamat tu adalah dalam lingkungan 35++tahun gitu. Saya rasa lucu juga, mungkin perempuan2 sebelum kami tu takut kot dengan dia. Tu pasal mereka tak tegur. Atau pun jual mahal..Biasa lah pompuan.

Bila saya fikir kembali, memang benar senyuman itu punya satu nilai yang indah. Bila kita senyum dengan orang lain, orang itu akan merasa happy. Begitu juga bila orang lain senyum dengan kita. Kita pun rasa happy kan. So, jangan segan, jangan malu untuk memberikan senyuman. Senyum dengan diri sendiri pun boleh. Senyum depan cermin. Tadaa!

p/s: entri ni sepatutnya saya postkan kelmarin. Tapi blogger maintenance punya pasal maka terpaksalah tangguh ke hari ni. 

5 ulasan:

suria lekatlekit berkata...

betul tu.. tp kdg2 takut juga nak senyum bila ada operasi mengorat tepian jalan.. kang senyum dia makin galak pulak dr kicau burung, lepas tu tegur lepas tu ikut bontot.. tp apapun memang senyuman tu satu sedekah. kdg2 kita senyum sbb taknak sakitkan hati org risau kalau di apa2.. salah tafsir dr org sekeliling tu memang akan ada
TERKINI : HARUS MENGUMPAT KALAU..
TERKINI : MUDA TAK SEMESTINYA BUJANG
TERKINI : JANGAN DI KAIT ORANG YANG TELAH TIADA

Aisyah Hasanah berkata...

like..betul tue, kadang2 perempuan nie tidak terkecuali saya takut untuk senyum takut dorunk perasan pulak atau buat benda yang tak baek. apa2 pun, kite kena percaya senyum dan tak perlu kata apa2...Senyum itu kan seindah suria..tapi jgn terlebih dos plak..

Shafiq berkata...

Senyum seindah suria.. :-)

Bunga berkata...

betul..sbb tu senyum itu sedekah..

Kak Imun berkata...

Hello, nancy. Betul tu, nancy. Tidak apa senyum sikit2 kan. Mau ketawa pulak kak baca cerita ni, terbayang2, hihi......:D