Ini bukan omongan kosong tanpa fakta. Ini adalah berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan oleh sekumpulan saintis haiwan di Tanzania. Dalam laman web The Telegraph juga telah melaporkan mengenai fenomena ini. Singa didapati berkemungkinan besar akan menyerang dan memakan manusia selepas sahaja bulan penuh berlalu.
Singa pemangsa paling bahaya. (Sumber: The Telegraph) |
Menurut kajian, singa menjadi sangat lapar semasa bulan penuh dan akan mula mencari mangsa selepas ia berlalu. Ini kerana, kekurangan cahaya yang menyebabkan persekitaran gelap gelita akan memudahkan haiwan pemangsa ini mudah untuk menyerang mangsanya. Manusia merupakan salah satu mangsa buruan sang singa ini. Kajian terhadap 500 serangan singa ke atas penduduk di Tanzania antara tahun 1988 dan 2009 menunjukkan sebahagian besar jumlah serangan singa berlaku sekitar jam 10 malam selepas bulan penuh berlalu pada malam sebelumnya.
P/s: Semalam singa menang melawan harimau...huhu
2 ulasan:
eee...iye ke?
takutnyeee :(
mungkin ada kaitan kot kekalahan Malaysia to singapore..singa vs harimau? heheh
Catat Ulasan