Bagaimana Membuat Bajet yang Berkesan | Boros Di Aralom

Sabtu, 15 Disember 2012

Bagaimana Membuat Bajet yang Berkesan


Bajet yang berkesan akan membantu anda mencapai matlamat kewangan dan mengurus wang anda dengan bijak. Dengan mengambil kira perbelanjaan tetap seperti bayaran pinjaman rumah, kereta dan bil telefon, anda akan dapat mengawal dengan lebih baik jumlah perbelanjaan terhadap perbelanjaan tidak tetap yang lain seperti ketika anda pergi menonton wayang, makan di restoran dan mengunjungi pusat mebeli belah. Untuk menghasilkan bajet yang berkesan, terlebih dahulu anda hendaklah menjejaki perbelanjaan anda dalam masa sebulan. Jejaki semua wang yang anda belanjakan secara tunai, cek dan kad kredit supuya anda tahu tentang bentuk aliran perbelanjaan dan seterusnya membuat pengubahsuaian yang perlu. Berikut merupakan beberapa langkah asas yang boleh dipertimbangkan.

1. Jejaki Perbelanjaan dalam sebulan
Jika anda tidak suka menyimpan resit pembelian atau barangan itu tidak mempunyai resit, sekurang-kurangnya anda menulis transaksi tersebut di dalam sehelai kertas. Semasa merekod perbelanjaan, tuliskan juga tarikh, sedikit deskripsi tentang pembelian, jumlah pembelian, dan bentuk pembayaran (tunai, kad kredit).
2. Pecahkan Perbelanjaan ke dalam Kategori
Gunakan kategori-kategori perbelanjaan seperti makanan, pakaian, rumah, penjagaan kesihatan, kenderaan, penjagaan diri, penjagaan haiwan peliharaan (jika ada), pendidikan, pelancongan, hadiah, peralatan pejabat, simpanan, cukai, dan hiburan. Jika anda mahukan yang lebih terperinci, pecahkan lagi kategori itu kepada sub kategori seperti utiliti, runcit, pinjaman pengajian, bil kad kredit, insuran automobil, keahlian kelab, minyak petrol, yuran bank, bayaran kesihatan, belajar muzik, dan sebagainya yang difikirkan munasabah.
Contoh spreadsheet bajet sebagai rujukan
3. Rekodkan jumlah yang dibelanjakan di setiap kategori
Pada masa hadapan, anda perlu terus menerus merekodkan jumlah yang anda belanjakan di setiap kategori secara bulanan atau secara mingguan untuk memastikan anda sentiasa berada di landasan yang betul.

4. Buat indikasi terhadap perbelanjaan tetap anda dengan meletakkan anak panah atau bullet point di sebelah kategori yang bersesuaian. Perbelanjaan tetap adalah tidak berubah seperti bayaran insuran dan sewa rumah. Untuk perbelanjaan bulanan yang sedikit berbeza nilainya seperti bil utiliti dan barangan runcit, buatlah nota tentang berapa banyak wang yang anda peruntukkan terhadap kos-kos tersebut.

5. Tambahkan semua jumlah perbelanjaan anda. Kemudian, potong jumlah perbelanjaan anda dari gaji bulanan. Jawapannya adalah baki wang masih anda miliki.

6. Kemudian barulah anda tentukan bajet yang bersesuaian. Contohnya, jika anda ingin mempunyai baki wang yang lebih banyak pada hujung bulan, lihat dulu perbelanjaan yang tidak diperlukan seperti kos hiburan dan rekreasi, serta tentukan mana item kategori yang memang anda tidak boleh hidup tanpanya. Tetapkan had perbelanjaan ke atas pembelian benda kurang penting seperti pakaian atau wayang.

Membuat bajet dan membahagikan wang saku terhadap matlamat masa depan boleh membantu anda membina akaun simpanan, membayar balik pinjaman kad kredit atau membayar tunai pembelian barangan yang bernilai tinggi kelak.

P/S: Biasanya, orang yang suka buat bajet ini akan disalah tafsir sebagai tamak..pada hal orang itu lebih suka simpan duit untuk kegunaan masa depan berbanding berjoli sakan di masa muda.



Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Tiada ulasan: