Kalau menurut pakar-pakar fengshui, angka 12.12.12 dikatakan sebagai tarikh bertuah. Tak hairan lah ramai yang ambil kesempatan untuk melaksanakan upacara-upacara penting pada tarikh tersebut seperti perkhawinan, aniversary dan yang paling hebat lagi bila ada yang menyambut hari jadi pada tarikh keramat ini.
Kiam Moriya (Sumber: The Telegraph) |
Seorang kanak-kanak di Amerika bernama Kiam Moriya telah menyambut hari jadinya yang ke-12 pada 12.12.12 dan pada jam 12.12pm. Kiam yang berasal dari Birmingham Alabama ini lahir pada 12 Disember 2000 dan pada jam12.12pm di Bronxville, New York. Kiam berkata kepada AL.com, "ia seperti satu minit dalam seumur hidup, kesemuanya 12".
Kelahiran Kiam sepatutnya dijadualkan pada penghujung bulan January tetapi dia lahir secara pramatang tujuh minggu lebih awal. Keadaan ini menjadikan sambutan harijadinya yang ke-12 ini lebih bermakna.
Menurut statistik, terdapat sekitar empat juta kelahiran direkodkan pada tahun 2000 di Amerika dengan kadar 11,000 kelahiran sehari atau 8 kelahiran seminit. - The Telegraph
P/S: Comel juga si Kiam Moriya ni..
Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan