Van Persie sehebat Messi | Boros Di Aralom

Selasa, 18 Disember 2012

Van Persie sehebat Messi


Berikutan persembahan sensasi dalam setiap perlawanan sejak perpindahan pemain bernilai 22juta Euro itu daru Arsenal ke Manchester United, ada yang membandingan Robin Van Persie dengan Lionel Messi yang bermain untuk Barcelona.


Pengurus Blackburn, Martin O'Neill, ketika ditanya dalam akhbar The Sun, menggambarkan RVP sebagai 'Messi United'. Menurutnya, keadaan menjadi jauh lebih baik buat RVP berbanding ketika dia bersama pasukan lamanya, Arsenal. Kini RVP telah menjadi ayam tambatan United yang kini menghuni tangga teratas liga Perdana Inggeris. O'Neill juga mengatakan bahawa RVP kini mempunyai kelebihan seperti yang ada pada Barcelona, "dengan adanya pemain berkaliber seperti Van Persie di pihak anda, peluang untuk menang dalam setiap perlawanan sentiasa ada. Seperti juga dengan Barcelona yang memiliki permain terbaik, Messi, yang sentiasa menjaringkan gol. Barcelona adalah pasukan yang sangat baik tetapi tanpa Messi, kita tidak tahu kerana Messi adalah ayam tambatan mereka. Jujurnya, Van Persie boleh menjaringkan gol yang sedikit, tetapi dengan tiba-tiba dia telah menjarakkan diri sebagai penjaring" - manutd.com
Martin O'Neill
P/S: Rasanya, persembahan RVP ini juga dipengaruhi oleh 'teamwork' dalam pasukan Manchester United yang sangat baik. Gandingan RVP dan Rooney juga semakin menakjubkan.



Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Tiada ulasan: