Cara aktifkan 3G Celcom pada Samsung Galaxy S | Boros Di Aralom

Ahad, 16 Disember 2012

Cara aktifkan 3G Celcom pada Samsung Galaxy S

Kelmarin, Samsung Galaxy S yang dibeli secara online kat luar negara baru sampai dan seperti biasalah, dia punya setting masih belum sentuh apa-apa. Masih factory setting gitu. Ini first time dapat pegang telefon pintar walaupun tak memilikinya..huhu..ini Samsung Galaxy kakak punya la..dia mintak tolong beli. Pernah cakap kat dia, kalau nak beli, alang-alang beli yang Samsung Galaxy S III. Tapi dia cakap, nak cuba yang biasa-biasa saja dulu. Lagipun harga Galaxy S ni dah murah sikit. Sekitar RM600 saja. 
Bila sampai kat rumah, terkebil-kebil juga jari sentuh sana sini gara-gara nak cari setting untuk activate 3G Celcom..pasal nak download applikasi Android konon..tapi sebab tak tau guna punya pasal, 3G tak juga dapat-dapat. Data Celcom dah upgrade tapi tak juga dapat surf internet. Entah apa masalah. Maka selepas kering idea, teringat pula dengan mr.google. Akhirnya selepas search sana-sini maka terjumpa juga dengan blog soleheen.com yang memberi tutorial ringkas mengenai cara aktifkan 3G Celcom connection ini. 

"untuk lihat 3g connection korang bermasalah atau tidak pastikan korang dah tick enable pada “Data Enable”….pergi ke setting pilih wireless and network>mobile network>tick “data enable” “national data roaming” international data roaming”…jika tiada tanda-tanda 3g dan korang x boleh surf guna mobile data itu bermaksud memang wujud masalah.

cara ni memerlukan korang untuk set APN secara manual…tapi sebelum korang cuba cara ni aku galakkan korang setting menggunakan cara menghantar mesej setting 3G celcom dengan menaip “SET” dan hantar ke 20999 jika x berkesan korang oleh cuba cara ni.

untuk set APN secara manual pergi ke setting > wireless and network > mobile network > Access Point Names dan tekan menu > new APN …untuk 3G setting dalam ruang yang tersedia isi kan perkara di bawah :

Celcom 3G setting :

Name : celcom 
APN : celcom3g
PROXY : 10.128.1.242
PORT : 8080
MCC : 502
MNC : 19

dan untuk celcom mms setting korang create another new APN…dan isi dengan butiran dekat bawah ni…

Celcom 3g MMS setting :
Name : celcom MMS
APN : celcom3g
MMSC : http://mms.celcom.net.my
MMS proxy : 010.128.001.242
MMS port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN type : mms

bila da setel save dan pilih APN yang korang perlu..."

Wah, bila ikut cara itu, akhirkan dah boleh connect internet dan download aplikasi Android. Walaupun tutorial tersebut lebih menjurus kepada handphone jenis Xperia X8 tapi cara aktifkan 3G Celcom connection ini juga boleh diaplikasikan pada Samsung Galaxy S. Mungkin sebab dia punya OS adalah Android..sebab tu boleh apply cara yang agak sama. Tapi APN tu saya buat satu saja:

Name : celcom 
APN : celcom3g
PROXY : 10.128.1.242
PORT : 8080
MCC : 502
MNC : 19

MMSC : http://mms.celcom.net.my
MMS proxy : 010.128.001.242
MMS port : 8080
MCC : 502
MNC : 19
APN type : mms + internet

Ok..dah set. Selepas setting ini dah siap maka boleh lah mula surf internet dengan menggunakan Celcom 3G. Tapi lebih baik guna wifi je sebab lagi laju..

P/S: Kan bagus kalau handphone Samsung Galaxy tu saya yang punya..agaknya nak beli Samsung Galaxy S III online kat Shashinki.com la..ada offer sekarang. Itu pun kalau bajet cukup..huhu


Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Tiada ulasan: