Bila pendapatan Nuffnang tak seberapa... | Boros Di Aralom

Rabu, 12 Disember 2012

Bila pendapatan Nuffnang tak seberapa...


Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia..bila sebut pasal Nuffnang, banyak blogger yang akan terbayang frasa-frasa seperti 'wang masyukk', 'trafik mencanak', 'gilatekreti gliteratti', buffered earning, dan macam-macam lagi la. Memang tak disangkal lagi bahawa ramai blogger yang mempunyai pendapatan lumayan hanya dengan berblogging. Tapi kalau nak dianggarkan kadar blogger berpendapatan tinggi dan blogger berpendapatan rendah ini memang sangat rendah. Mungkin sekitar 1:10000 kot. Tapi harus diingat juga bahawa bukan semua blogger itu ada pendapatan maya. Terdapat juga segelintir yang memang tidak mengejar atau memang sengaja tak mahu letak iklan-iklan dalam blog mereka. Mungkin sebab dah kaya...atau tak suka ada benda mengacau di blog...atau dah privatekan blog...atau memang tak de hati dengan Nuffnang/Advertlets/Innity/..biasanya mereka ini hanya berblog kerana hobi dan tak kisah pasal pasif income.

Ada juga yang berblog sakan dari pagi ke malam semata-mata nak femeskan blog. Tujuannya..nak trafik tinggi le tew..bila trafik mencanak-canak mendongak ke langit, memang boleh dapat banyak income. Apa lagi kalau status Nuffnang tu 'gilatakreti Gliteratti'..tapi kalau tak der 'buffered earning' pula, memang free-free je trafik blog tu...huhu..
Boleh buat pasif income juga dengan Nuffnang ni..walaupun tak seberapa..
Bila pendapatan Nuffnang tu tak seberapa, memang banyak yang mengeluh terutama yang berblog semata-mata untuk mengejar income Nuffnang. Berblog pun macam 'hangat-hangat tahi ayam' je. Faham-faham la apa maksudnya. Tapi bukan semua yang 'hangat-hangat tahi ayam' itu bersikap sedemikian. Mungkin disebabkan perubahan persekitaran maka blogger itu kurang update blog. Saya dulu mula blogging masa blajar kat U. Tapi bila dah grad dan gaya hidup pun berubah, wifi pun dah tiada, laptop pun dah uzur, nak update blog pun hanya pada masa-masa tertentu sahaja..huhu..kesian..

Tapi, saya pasti kebanyakkan blogger kat luar sana adalah golongan blogger yang berblog kerana hobi, minat, dan as a place to express kita punya feeling. Nuffnang sebagai side income je. Kalau dapat sekitar 100-200 sebulan tu dah kira oklah. Kalau kurang pun okay juga. Bukan nya kena bayar pun untuk pasang kat blog. FOC gitu. Tengok iklan menari-nari kat blog pun seronok mata memandang. Apa lagi kalau itu iklan BE..huhu..jangan saja mintak orang 'tembak' iklan korang..Nuffnang boleh detect tu. Apa lagi kalau klik iklan sendiri..fuh..tak berkat.

So far, my experience dengan Nuffnang memang ada ups and downs nya. Dulu masa kat U memang agak mesra alam juga dengan mereka..hampir tiap minggu hantar tiket mintak chek status 'gilatakreti' tu..skejap ada, skejap tak da..tapi sekarang dah faham sikit dengan dorang punya sistem. Pernah juga 'curang' dengan Nuffnang tapi kejap saja. Itu pun sebab website dorang kena hack...tapi sekarang dah okay. Kena upgrade lagi..kalau pasal income dengan Nuffnang tu..agaknya gua ni termasuk dalam golongan miskin tegar..hahaha..apa yang penting, gua suka berblog. Tak kisah lah terletak kat golongan mana pun..

Anyway, happy blogging to all bloggers out there.


p/s: TQ Nuffnang. Selepas 3 bulan cashout, cek korang selamat sampai...huhu..boleh bayar brodband tuk bulan depan.


Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Tiada ulasan: