Ahmad Said keluar UMNO! Apa sudah jadi dengan politik di Terengganu? | Boros Di Aralom

Selasa, 13 Mei 2014

Ahmad Said keluar UMNO! Apa sudah jadi dengan politik di Terengganu?

So..sekarang kerusi Adun Terengganu kembali kepada 50-50 antara PR dan BN selepas dua adun iaitu bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ajil Ghazali Taib mengisytiharkan diri keluar dari UMNO.

Apa dah jadi dengan politik Terengganu? mungkin ini satu lagi senario politik 'main tikam belakang'. Ahmad Said merajuk agaknya selepas ditendang sebagai Menteri Besar..

Kuala Terengganu: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada UMNO, malam tadi. Ghazali ketika dihubungi tadi mengesahkan perkara itu. 
Surat perletakan jawatan mereka berdua diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, malam tadi. Salinan surat peletakan jawatan itu turut dihantar kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu Mohd Zubir Embong dan juga dipercayai diedarkan kepada media. Mereka berdua juga mengisytiharkan menjadi ADUN bebas berkuat kuasa serta-merta.

Berikutan itu, Barisan Nasional kini tinggal 15 kerusi DUN daripada keseluruhan 32 kerusi iaitu sama dengan pembangkang. 
Difahamkan Ghazali dan Ahmad Said akan mengadakan sidang media siang nanti. - hmetro

Tunggu, lihat dan dengar apa yang akan mereka katakan dalam sidang media nanti.

Lagi Info Menarik:

Tiada ulasan: