Tujuan sebenar kenapa panda Fu Wa dan Feng Yi dibawa masuk ke Malaysia | Boros Di Aralom

Sabtu, 24 Mei 2014

Tujuan sebenar kenapa panda Fu Wa dan Feng Yi dibawa masuk ke Malaysia

Sejak dua tiga hari ini, memang kecoh pasal panda Fu Wa dan Feng Yi sampai ada yang menjadikannya sebagai bahan berpolitik. Apatah lagi sekarang ni kempen PRK Bukit Gelogor dan PRK Teluk Intan sedang hangat dijalankan.



Kenapa panda Fu Wa dan Fe Yi ini begitu mendapat perhatia ramai? Kalau dilihat di laman sosial, rata-ratanya membidas dan mengkritik kerajaan kerana membazir jutaan ringgit wang rakyat untuk menampung kedatangan panda itu ke Malaysia. 
Panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi
Gua pun pada mulanya memang tertanya-tanya kenapa sang panda ini begitu mendapat perhatian dan kenapa Najib sanggup berhabis puluhan juta untuk panda ini? Apakah tujuan sebenar panda Fu Wa dan Feng Yi dibawa masuk ke Malaysia?

Mungkin banyak yang dah tahu dan pasti juga banyak yang tak tahu hal sebenar di sebalik panda ini. Gua harap artikel yang dipetik dari Sinar Harian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada persoalan anda dan saya.
Fu Wa dan Feng Yi dalam sangkar (imej oleh Mccall.com)
Melobi

Justeru menjadi tanggung jawab kerajaan untuk memastikan hubungan baik dengan China berterusan. Panda adalah simbol diplomasi China sejak zaman Dinasti Tang lagi apabila Maharani Wu Zetian (625-705) menghadiahkan haiwan hitam putih itu kepada Maharaja Jepun.

Dan berbanding dengan negara lain yang terpaksa melobi untuk mendapatkan panda, Malaysia sebaliknya ditawarkan oleh Kerajaan China untuk menjaga dua daripada hanya lebih kurang seribu panda yang masih ada di dunia. Ini satu penghormatan!
  
Simbolik pada penghormatan ini adalah keyakinan China kepada negara yang diterima sebagai sahabat untuk menjaga aset dunia yang hampir pupus itu sebagaimana negara berkenaan menjaga hubungan mereka supaya generasi akan datang terus berpeluang hidup bersama panda.
  
Setakat ini, China hanya menghantar panda ke 17 zoo di 12 negara sahaja dan untuk mendapat peluang itu bukan mudah. Kanada menunggu selama 39 tahun sebelum Ershun dan Ji Li dihantar ke Zoo Toronto pada Februari 2012. Zoo Atlanta di AS pula terpaksa melobi selama 12 tahun dengan kos kempen RM16 juta untuk membuka hati pemimpin China membenarkan panda dihantar kepada mereka.
  
Lalu apabila China menawarkan Fu Wa dan Feng Yi kepada Malaysia, apakah tawaran itu patut ditolak sebagaimana pandangan para bijak pandai papan kekunci yang ghairah mengecam kerajaan berhubung isu ini?
  
Jika ditolak, apa pula implikasinya kepada hubungan bilateral yang sudah terjalin selama 40 tahun? Apa pula kesannya kepada ekonomi negara tanpa sumbangan China?
  
Kita juga maklum bahawa hubungan dengan China melalui episod suram sejak dua bulan lalu yang berpunca daripada MH370 dan diberatkan lagi dengan kes penculikan dua warga China di Sabah. Pada masa yang sama, ada desas-desus Kerajaan China hampir membatalkan penghantaran dua panda itu yang sekali gus merisaukan mereka yang memahami justifikasi perjanjian kerjasama konservasi haiwan itu kepada negara.
  
Apa lagi China dalam beberapa tahun akan datang menyediakan peluang pelaburan bernilai lebih RM257 bilion dan ini peluang lumayan untuk Malaysia.  Hubungan diplomatik yang sudah berusia 40 tahun amat perlu dipertahankan.

Justeru perlu difahami bahawa panda bukan semata-mata binatang zoo seperti singa Afrika atau harimau Bengal untuk kerajaan bawa dengan kos yang begitu besar sebagai tontonan. Nilainya jauh lebih mahal berbanding RM25 juta kos untuk membina sangkarnya.
  
China adalah pasaran terbesar dunia yang amat diperlukan untuk kelestarian ekonomi Malaysia. Kerana itu, dalam memahami isu ini, jangan terbawa-bawa dengan emosi konon kitalah orang yang paling ke hadapan dalam menentang pembaziran tanpa memahami apa yang sebenarnya kita tentang!
  
Saya yakin, kalau kerajaan kita semata-mata condong kepada AS, orang yang sama juga akan mengecam. Berpolitik dengan kuasa besar perlu kebijaksanaan. Sekurang-kurangnya apabila kita akrab dengan China, AS akan sedikit berhati-hati dan kita juga akan ada kuasa tawar-menawar. Tetapi untuk menjauh daripada AS begitu sahaja pun tidak boleh juga.
  
Ini kerana, ikut pada adat ekonomi kita tidak boleh hidup tanpa kuasa-kuasa ini. AS adalah negara yang ada peranan dan menguasai ekonomi hampir semua negara di dunia. Sebesar-besar Rusia pun, apabila dikenakan sekatan ekonomi oleh AS, berundur juga tentera mereka dari Ukraine.
  
Jadi sama-samalah kita renung, fahami sedalam mungkin sesuatu makna sebelum kita tentang. Saya bukan penyokong totok mana-mana pemimpin atau parti politik kerana bagi yang mengikuti tulisan saya di Sinar Harian, mereka akan sedar bahawa saya sering juga mengkritik pemimpin kerajaan. 

Sumber: Muhamad Mat Yakim (Sinar Harian)
Sangkar yang membawa Fu Wa dan Feng Yi (imej via MKini)
Dah faham? Panda itu adalah satu simbolik dalam memperkuatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-China especially dari segi kerjasama ekonomi dan politik. Panda ini bagaikan satu pelaburan ekonomi buat Malaysia agar dapat menuai hasil berlipat kali ganda pada masa hadapan. Inilah dia salah satu tujuan sebenar kenapa panda Fu Wa dan Feng Yi dibawa masuk ke Malaysia. Kalau korang nak tengok panda ni, boleh pergi ke zoo negara.

Lagi Info Menarik:

Tiada ulasan: