Sultan Perak mangkat, PRK Teluk Intan tetap diteruskan | Boros Di Aralom

Rabu, 28 Mei 2014

Sultan Perak mangkat, PRK Teluk Intan tetap diteruskan

PRK Teluk Intan Mei 2014
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan diteruskan mengikut tarikh yang diwartakan iaitu pada 31 Mei ini.

Keputusan itu adalah selaras dengan kehendak undang-undang SPR, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kemangkatan Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah pada 1.30 tengah hari tadi. 

Almarhum berusia 86 tahun dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.
Sultan Perak

Abdul Ghani menasihatkan semua yang terlibat dalam PRK Teluk Intan terutamanya parti-parti politik yang bertanding supaya menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku semasa berkempen.

“Adalah disarankan semua pihak agar berkempen mengikut kehendak undang-undang, peraturan-peraturan dan tata etika pilihan raya tanpa menimbulkan isu-isu yang sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak,” katanya. - Bernama 


P/s: Al-Fatihah kepada Almarhum Sultan Azlan Shah

Lagi Info Menarik:

Tiada ulasan: