Biasalah artis punya statement..mula-mula katanya kawan rapat jer...macam lah korang tak tau kan..dah terang lagi nak bersuluh..ini semua mainan media hiburan jer...kena ada episod, barulah wartawan hiburan ni ada kerja nak buat..kan kan kan..
Shila dan Adam |
Awal tahun ini, Shila Amzah memberitahu MD yang dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Ertinya, di tahun 2014 penyanyi kesayangan ramai peminat di Malaysia mahupun di China ini mahu bersih dari sebarang gosip cinta.
Namun baru-baru ini nama Shila hangat diperkatakan ekoran kononnya pelantun 'Masih Aku Cinta' ini sedang bercinta dengan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013 iaitu Adam Tun Tuah.
Memetik kenyataan di sebuah portal, Shila telah memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki dipercayai Adam dengan wajah pemuda itu ditutup termasuk gambaran kata-kata pada kapsyen kononnya sedang bersahabat dengan individu itu. Identiti lelaki berkenaan mula tersebar apabila Adam turut memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya.
Gaya candid (Sumber: MD) |
Adam sebelum ini pernah menjadi lima peserta terbaik program The Malaysian AXE-tronaut yang akan mewakili negara ke Akademi Angkasa AXE Apollo yang berpangkalan di Orlando, Florida, Amerika Syarikat. Bagaimanapun dia tewas kepada peserta wanita, Roshini Muniam dalam misi pencarian bakal angkasawan itu.
Laporan portal berkenaan juga menyebut, kedua-dua mereka berkawan rapat dan pernah beberapa kali bertemu terutamanya semasa perjumpaan ahli kelab peminat Shila ketika wanita berkenaan pulang ke tanah air dari China.
Shila sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad sebelum dikaitkan berkawan rapat dengan Johan As'ari. - MD
Anyway, Shila Amzah pun wanita yang mempunyai hati dan perasaan..boleh juga jatuh cinta..dengan siapa? itu hak budi bicara dia nak tentukan..kalau dah jodoh, kita doakan yang terbaik untuk mereka...peace shilalas!
Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan