Ais krim! Siapa yang tak suka ais krim terutama kanak-kanak? Memang menjadi salah satu makanan pencuci mulut paling digemari semua orang tak kira tempat. Tapi dalam syok syok kita makan ais krim, banyak benda mengenai aiskrim yang kita tidak tahu sebenarnya. Jadi hari ini saya nak kongsi 5 fakta menarik tentang aiskrim yang kita tak tahu.
1. Kewujudan aiskrim bermula sekitar tahun 618 - 907 dan bermula di zaman dinasti Shang. Aiskrim menjadi hidangan khas untuk raja yang memerintah ketika itu iaitu raja T'ang. Baginda mempunyai 94 pekerja khas untuk membuat aiskrim di istananya. (link)
2. Vanilla adalah perisa aiskrim paling digemari. Sekitar 30% jualan aiskrim adalah berperisa vanilla manakala perisa coklat di tempat yang kedua.
3. Kon aiskrim yang paling besar berukuran 2.81m tinggi bersamaan 9kaki 2.63inci. Kon aiskrim ini diperbuat dari wafer dan dipenuhi dengan 700kg coklat putih serta dihias dengan 2000 biskut wafer bulat. Rekod ini termasuk dalam buku rekod Guiness (link)
4. Bulan Jun adalah bulan di mana aiskrim paling banyak dihasilkan. Terutamanya di negara yang memiliki 4 musim.
5. Di Amerika, rakyatnya secara keseluruhan memakan sebanyak 1.53 bilion gallon aiskrim dan produk beku pada tahun 2011. (link)
Tambahan: Di Malaysia, rakyatnya kini sedang 'dihujani' dengan aiskrim coklat Magnum Mini yang dikatakan memberi seribu satu nikmat kegembiraan. Walaupun subsidi gula sudah dimansuhkan namun Syarikat Magnum tidak akan manaikkan harga aiskrim tersebut. Mereka hanya mengecilkan saiznya sahaja :) Layari Magnum sekarang...
Magnum Mini Pleasure Seeker |
P/s: Hehehe...yummy!