Adakah perlu kita siarkan komen negatif di blog? | Boros Di Aralom

Isnin, 23 September 2013

Adakah perlu kita siarkan komen negatif di blog?

Jika anda seorang blogger yang tidak pernah mendapat komen negatif di blog maka ada sesuatu yang tidak kena. Sudah menjadi resam hidup bahawa kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Sedang kan kita sendiri pun selalu tidak puas hati dengan diri kita. Jadi jangan kecil hati, marah, melenting, atau sentap balik bila ada orang yang bagi komen negatif di blog kita.

Saya memang pernah mendapat komen negatif di blog. Terutamanya dari Anonymous. Masa tu saya baru berblog sekitar tiga empat bulan. Memang pada awalnya, komen negatif buat saya kecil hati dan terfikir nak tutup blog. Tapi disebabkan minat, sampai sekarang saya masih terus berblog. Agaknya dah hampir lima tahun kot. Sama ada pembaca setuju atau tidak dengan apa yang saya kongsikan, itu belakang cerita. Kalau guna kata kesat, cakap jer "Hoi, ini blog saya, suka hati saya lah nak tulis apa! kalau kau tak suka, ada aku kesah!".....nah, tapi tak baik juga mengamuk macam tu dalam blog. Nanti pembaca pula yang kecil hati dan tak mau datang balik jenguk blog kita.

Jadi, persoalan di sini, adakah perlu kita siarkan komen negatif di blog? Komen negatif ini ada dua jenis. Satu, komen negatif yang tiada tapisan ayat serta tidak bermanfaat. Contohnya, mungkin ada blog yang pernah dapat komen negatif seperti berikut:

"Blog ini sampah", "bodoh...penulis bodoh", "hoi, tutup saja blog kau ni...entri sampah, tak berkualiti langsung"..dan sebagainya. Kita dah penat-penat perah idea tulis entri dan kemudian menerima komen macam ni, apa perasaan korang sebagai penulis?

Jenis komen negatif yang kedua ialah komen negatif yang membina. Pembaca yang memberi komen seperti ini biasanya kurang bersetuju dengan entri kita tetapi pada masa yang sama memberi pendapat yang boleh membantu kita memperbaiki kualiti penulisan blog.

Para blogger mempunyai pendapat yang berbeza dalam hal ini. Bagi saya, saya akan siarkan komen negatif yang membina sahaja. Mungkin komen itu datang dari mereka yang lebih mahir dan arif dalam entri saya tu dan mereka ada pendapat mereka yang lebih matang dan boleh dijadikan panduan bukan sahaja untuk saya sebagai pemilik blog malah juga untuk pembaca.

Jadi untuk memastikan komen negatif yang tidak membina ini tidak tersiar dalam blog, sila moderate semua komen yang masuk. Bagi pengguna blogger.com, anda boleh masuk dashboard blogger, pergi ke settings, pergi ke posts and comments, dan anda tick Always di bahagian Comment Moderation. Masukkan email anda untuk mendapat pemberitahuan apabila ada komen di blog. Untuk pengguna Intense Debate, anda boleh tick bahagian Moderete all comments di bahagian setting.


Tapi cara ini memang payah bagi blogger yang menerima ratusan komen setiap hari. Tak kan nak tapis satu persatu komen tu. Mungkin bagi yang menerima komen banyak macam ini, anda boleh tetapkan hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen di blog. Dengan ini anda boleh track semula komen itu dari siapa.

Saya harap perkongsian ini dapat membuka minda sesama kita untuk menjawab persoalan adakah perlu kita siarkan komen negatif di blog.

"Blog umpama rumah kita, siapa kah tetamu yang anda undang? adakah si bodoh yang berfikiran sempit dan hanya tahu mengata? atau si pakar fesyen yang suka mengomen tentang kekemasan rumah anda"

Dengan blog, anda boleh buat duit sampingan. Sertai Churp-churp untuk mempromosi iklan mereka di blog, Facebook, dan Twitter.