Boros Di Aralom: Blogger
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

Ahad, 22 September 2013

Panduan asas dan cara buat blog

Hari ini saya nak kongsi panduan atau cara buat blog dengan menggunakan platform Blogger. Cara ini sangat sesuai dijadikan panduan paling asas kepada anda yang baru pertama kali nak buat blog. Dan kepada yang dah lama berblogging, anggaplah ini sebagai perkongsian untuk refresh balik ilmu blogging. Lagi pun sekarang dashboard blogger.com dah kena ubahsuai sikit.

Berikut adalah langkah-langkah asas cara buat blog: Sebelum tu, saya beranggapan yang anda sudah memiliki email google sendiri. Kalu belum ada email google, sila buat dulu.

Untuk buat blog, pergi ke Blogger.com dan masukkan email serta password anda. Disebabkan Blogger.com adalah milik Google, jadi anda gunalah alamat dan password email gmail anda. Ikuti langkah-langkah dalam gambar-gambar di bawah.

 Lepas anda masuk laman web Blogger.com, anda akan nampak dashboard macam kat bawah ini. Tekan "New Blog" untuk memulakan blog anda.

 Lepas tu, anda boleh pilih tajuk atau nama blog dan alamat blog anda. Saya sarankan agar anda menggunakan alamat blog yang sama dengan tajuk blog anda. Contohnya, jika anda buat tajuk "Kedai Baju Kurung Sofea", maka gunalah alamat "kedaibajukurungsofea.blogspot.com". 

 Dah buat tajuk dan alamat blog, pilih lah template yang anda suka. Template ini boleh diubah bila-bila masa anda suka kelak. Kemudian klik "Create blog!" untuk mula menulis entri. Klik "Start posting" untuk buat entri.


Dalam entri anda tu, kongsilah apa sahaja yang ada di kepala otak korang. Apa tajuk dan huraikannya. Lepas dah siap, anda klik "publish" untuk menerbitkan entri. Harus diingat, sekali anda tekan publish maka entri anda itu sudah boleh dibaca oleh orang lain. Jangan saja buat entri kontroversi, nanti kena saman macam Papa Gomo.

Selepas anda publish entri, anda kongsilah entri anda itu dengan kawan-kawan di Google Plus. Nak kongsi kat facebook dan twitter pun boleh.

Kalau anda nak tengok hasil tulisan entri anda tu, lihat sebelah kiri dan klik 'Posts' kemudian klik 'all' dan anda boleh lihat senarai tajuk entri anda. Klik 'view' di bawah tajuk entri untuk lihat entri penuh di blog anda.

 Tahniah..sekarang anda sudah ada blog sendiri. Kat bawah ini adalah rupa blog anda bila anda tekan 'view' tadi.

Jika anda mahu menambah entri baru dalam blog, masuk semula ke dashboard blogger.com dan klik "Create new post". Kemudian ulangi langkah 7 sampai 10. Senang je kan.




Demikian sahaja panduan asas buat blog yang boleh saya kongsi setakat ini. Saya harap panduan cara buat blog ini boleh membantu anda memahami dan memulakan blog anda sendiri. Ianya mudah dan hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit pun.


Entri berkaitan >> 10 Jenis blog pilihan

Jumaat, 21 Jun 2013

Khas untuk blogger yang bergelar ibu

Salam sejahtera dan salam 1blogger...ada tak blogger yang bergelar ibu kat sini?? Gua pasti, ramai di kalangan blogger alam maya ini yang merupakan seorang ibu.

Kenapa gua tanya? saja gua nak bagi tau kepada para ibu sekalian..bukan blogger saja..sekarang ni Jacobs sedang buat contest yang berkaitan dengan sifat keibuan, namanya Mums' Little Secrets..hehe..boleh menang sampai RM100 ribu tau..
Kontest Mums' Little Secrets dari Jacobs
Jadi apa yang mak mak semua perlu buat? senang saja, hanya perlu kongsikan rahsia anda sebagai ibu bagaimana anda memberi yang terbaik untuk anak-anak, untuk suami dan untuk seluruh keluarga amnya dan hantar kat laman Facebook Jacobs ni..

Oh ya..ni gua nak kongsi lah sikit sikit rahsia yang rasanya mak gua selalu amalkan dalam memberi yang terbaik untuk kami sekeluarga..hehe..satu rahsia je yang gua pasti iaitu DOA..

So, mak mak kat luar sana apa rahsia lain pulak? yang gua pasti, doa itu memang dah jadi amalan..selain doa, apa lagi ya??? sila lah kongsi-kongsi dengan kitaorang kat Jacobs..




Khamis, 20 Jun 2013

Siapakah Blogger paling cantik antara mereka ini? Anda pilih


Tadi masa belek-belek laman produk kecantikan Laneige, nampak pula para peserta ni. Mereka bertanding dalam cabaran Blogger Cantik oleh Laneige. Pemenang akan menjadi duta Leneige untuk Malaysia nanti.

Gua juga sudah vote mana satu yang menarik hati..hehe..kalau tengok, memang semuanya cantik pun..tapi gua tak kisah lah siapa yang menang. Sebab setiap hari kita boleh undi..satu undi satu hari..so, esok gua akan undi peserta yang lain pulak..baru adil dan saksama..Korang pun pergi lah undi dengan melayari laman Laneige Beautiful Blogger challenge ni.

Oh, ya..tempoh pengundian akan berlangsung sampai 26 Jun ini saja. Salah satu peserta yang sempat gua undi..Gwen Tang..esok gua undi Chloe Teo..lusa..eh, undi bukan rahsia ker?? huhu..kat bawah ini antara amoi-amoi peserta Laneige tu..

Chloe blog
Gwen blog

Kalau nak tengok senarai penuh peserta Blogger Cantik ini, boleh lah layari laman web Laneige sekarang.


Khamis, 28 Februari 2013

Edisi Blog Review - Nabila Biela

blog Nabila Biela
Salam sejahtera kepada semua pembaca dan salam 1Blogger kepada yang bergelar blogger. Hari ini rajin sikit nak review blog rakan kita nabila biela. Wah, dah upgrade ke 'dot com' sahabat kita ni. Kelmarin dulu guna sub domain saja iaitu comey-comeyblog.blogspot.com tapi kini dah upgrade ke www.nabilabiela.com.

Dari segi pemilihan template memang saya sendiri respect la. Comel dan tersusun. Gabungan warna cerah seperti pinky, light blue, dan light yellow juga melembutkan mata kita untuk navigate blog ini. Lagi satu, loading dia cepat dan ini adalah salah satu ciri blog yang mesra pembaca.

Mengenai blog Nabila Biela:
Follower: 1679
Admin: Nabila Biela - bakal menjadi kaunselor.. :)
*nak tanya sikit, biela ni berpegang pada teori apa ek? Gestalt, Adler, pcc, or teori si Freud tu?? hee..

Tak hairan lah yer kenapa nabila ni selalu post entri yang inspiring dan membuka minda. Sebab dia ni bakal jadi kaunselor. Nanti lepas dia habis belajar, boleh lah buat sesi kaunseling dengan dia. Apa yang penting, lesen 'KB' tu kena ada la dulu..hehe..semoga hasrat nabila tercapai yer..

So, kalau nak tahu lebih banyak mengenai blog nabila ni, jom terjah ramai-ramai. Nabila ni seorang yang mesra dengan pengunjung blognya tau..apa lagi kalau yang rajin komen.

Sekian saja perkongsian dari saya untuk sesi blog review kali ini. Kalau anda seorang blogger yang tak kisah blog anda direview, boleh lah jenguk kat page Nak Blog Anda Direview? dula yer.

Jumaat, 6 Julai 2012

Blogger kontroversi Uncle Seekers kena tahan

Siar artikel fitnah Sultan Johor dalam blog miliknya

Uncle Seeker dan teman wanita
Johor Bahru: Polis Johor menahan pengamal para normal, Syed Abdullah Syed Hussein, yang mengendalikan laman blog www.uncleseekers.blogspot.com berhubung kenyataannya yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan semalam berkata Syed Abdullah, 46, ditahan pada jam 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban. 
Kenyataan itu menyebut seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, turut ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya.

Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penyiaran artikel di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentral itu memohon pihak berkuasa menyiasat terhadap blog, www.uncleseekers.blogspot.com, yang dikatakan turut mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. - BERNAMA - Sumber: Berita Harian