Kalau nak buat duit online, kena ada akaun Paypal. Selain paypal, sekarang ramai yang menggunakan online banking untuk membuat transaksi. Tapi jika anda mahu buat transaksi pantas dari seluruh dunia, saya sarankan agar anda membuka dulu akaun Paypal terutamannya jika anda seorang blogger yang buat bisnes.
Paypal ini apa? saya lebih suka menggelarnya sebagai 'Bank alam maya' di mana anda boleh menerima bayaran dari mana-mana sahaja di dunia ini dan dalam apa juga jenis matawang. Anda kemudiannya boleh withdraw duit di Paypal itu terus ke akaun bank tempatan seperti Maybank, RHB, CIMB, dan sebagainya.
Berikut adalah panduan langkah demi langkah bagaimana buat akaun Paypal. Sebelum tu, pergi dulu ke laman web Paypal.
1. Klik "Get started now"
2. Pilih jenis akaun. Setiap jenis akaun mempunyai kadar pengaktifan yang berbeza. Saya sarankan anda untuk pilih akaun Premier. Supaya nanti kalau nak berniaga kat eBay atau berniaga kat blog, senang terima payment dari pembeli.
3. Isikan maklumat peribadi anda. Pastikan ianya tepat dan bukan identiti palsu. Dah siap isi, klik "Agree and Create Account". Ada baiknya jika anda baca dulu User Agreement mereka.
4. Lengkapkan kod sekuriti yang diberi dan klik "Continue"
5. Siap. Sekarang anda dah ada akaun Paypal. Tapi anda perlu aktifkan dulu emel akaun anda. Buka email anda dan periksa email dari Paypal. Sementara tunggu emel tu sampai, anda boleh teruskan dengan memilih cara pembayaran anda kelak. Kalau anda ada akaun di RHB, gunakan akaun itu. Kalau tiada, gunakan kad kredit atau debit.
6. Jika anda menggunakak kad kredit, anda akan dibawa ke halaman seperti kat bawah. Anda diminta melengkapkan maklumat kad kredit di sini. Dah siap, tekan "Continue". Kalau anda belum bersedia untuk mengisi maklumat perbankan dan kad kredit, buatlah kemudian. Pastikan dulu akaun Paypal anda itu aktif.
7. Untuk pengaktifan akaun melalui emel, sila periksa emel anda dulu. Kemudian buka emel dari Paypal.
8. Klik pada "Confirm Email" dan anda akan dibawa ke halaman seperti kat bawah. Masukkan password yang anda guna masa mendaftar tadi.
9. Anda kemudian akan dibawa ke halaman bawah ini. Sila lengkapkan soalan keselamatan akaun Paypal anda. Pastikan anda ingat akan jawapan soalan yang anda pilih tadi. Ia penting untuk mengembalikan password sekiranya anda lupa password Paypal anda kelak. Kemudian hantar.
10. Tahniah, sekarang akaun Paypal anda dah aktif. Tapi anda masih perlu sahkan dulu akaun Paypal anda dengan menggunakan RHB atau kad kredit kalau nak buang had pembelian dan had pengeluaran.Kalau anda nak tengok dashboard akaun Paypal, klik saja pada logo "Paypal" tu dan anda akan lihat halaman seperti kat bawah ni.
O ya, untuk mengesahkan akaun, Paypal akan mengenakan bayaran dan akan ditolak dari akaun RHB atau kad kredit. Tapi jangan risau, tak banyak pun yang mereka potong, hanya RM10 dan ianya akan dimasukkan ke balance akaun Paypal anda.
Sekian untuk perkongsian tentang panduan langkah demi langkah membuat akaun Paypal. Kalau anda nak buat duit dengan Paypal, tempeklah iklan PopAds dalam blog. Bayaran dalam USD dan minimum witdrawal hanya $5. Kalau nak tau cara mudah buat duit dengan Paypal, baca lah entri 2 Cara paling mudah buat duit Paypal.