Panduan asas dan cara buat blog | Boros Di Aralom

Ahad, 22 September 2013

Panduan asas dan cara buat blog

Hari ini saya nak kongsi panduan atau cara buat blog dengan menggunakan platform Blogger. Cara ini sangat sesuai dijadikan panduan paling asas kepada anda yang baru pertama kali nak buat blog. Dan kepada yang dah lama berblogging, anggaplah ini sebagai perkongsian untuk refresh balik ilmu blogging. Lagi pun sekarang dashboard blogger.com dah kena ubahsuai sikit.

Berikut adalah langkah-langkah asas cara buat blog: Sebelum tu, saya beranggapan yang anda sudah memiliki email google sendiri. Kalu belum ada email google, sila buat dulu.

Untuk buat blog, pergi ke Blogger.com dan masukkan email serta password anda. Disebabkan Blogger.com adalah milik Google, jadi anda gunalah alamat dan password email gmail anda. Ikuti langkah-langkah dalam gambar-gambar di bawah.

 Lepas anda masuk laman web Blogger.com, anda akan nampak dashboard macam kat bawah ini. Tekan "New Blog" untuk memulakan blog anda.

 Lepas tu, anda boleh pilih tajuk atau nama blog dan alamat blog anda. Saya sarankan agar anda menggunakan alamat blog yang sama dengan tajuk blog anda. Contohnya, jika anda buat tajuk "Kedai Baju Kurung Sofea", maka gunalah alamat "kedaibajukurungsofea.blogspot.com". 

 Dah buat tajuk dan alamat blog, pilih lah template yang anda suka. Template ini boleh diubah bila-bila masa anda suka kelak. Kemudian klik "Create blog!" untuk mula menulis entri. Klik "Start posting" untuk buat entri.


Dalam entri anda tu, kongsilah apa sahaja yang ada di kepala otak korang. Apa tajuk dan huraikannya. Lepas dah siap, anda klik "publish" untuk menerbitkan entri. Harus diingat, sekali anda tekan publish maka entri anda itu sudah boleh dibaca oleh orang lain. Jangan saja buat entri kontroversi, nanti kena saman macam Papa Gomo.

Selepas anda publish entri, anda kongsilah entri anda itu dengan kawan-kawan di Google Plus. Nak kongsi kat facebook dan twitter pun boleh.

Kalau anda nak tengok hasil tulisan entri anda tu, lihat sebelah kiri dan klik 'Posts' kemudian klik 'all' dan anda boleh lihat senarai tajuk entri anda. Klik 'view' di bawah tajuk entri untuk lihat entri penuh di blog anda.

 Tahniah..sekarang anda sudah ada blog sendiri. Kat bawah ini adalah rupa blog anda bila anda tekan 'view' tadi.

Jika anda mahu menambah entri baru dalam blog, masuk semula ke dashboard blogger.com dan klik "Create new post". Kemudian ulangi langkah 7 sampai 10. Senang je kan.




Demikian sahaja panduan asas buat blog yang boleh saya kongsi setakat ini. Saya harap panduan cara buat blog ini boleh membantu anda memahami dan memulakan blog anda sendiri. Ianya mudah dan hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit pun.


Entri berkaitan >> 10 Jenis blog pilihan