Entah mengapa keadaan macam ni terjadi. Mungkin kah penyelewengan? mungkinkah sikap tamak haloba nak untung saja, kualiti tak jaga? mungkinkah kualiti tanah yang memang tak tahan mendap? memang banyak kemungkinan yang boleh dikaitkan dengan keadaaan jalan raya yang memang teruk di Sabah ini. Recently, dalam akbar New Sabah Times, penduduk di kawasan Bukit Padang (bukan orang gila kat hospital tu ya) sudah complain banyak kali mahu supaya jalan raya kat sana diperbaiki.
Jangan kata kat Bukit Padang, kat Tuaran ni lagi teruk la jalannya. Kalau nak merempit memang tak menjadi punya. Mungkin ini juga salah satu faktor kenapa kat Sabah ni bilangan Mat Rempit sangat sedikit. Kalau ada pun, yang eksyen je lebih tapi keberanian kurang. Motor bukan main berwarna warni macam lolipop. Ditambah pulak dengan topi keledar macam ultraman. Eee..jangan lah merempit.
Bukan apa, kita sebagai pengguna ni pun mau juga guna jalan yang baik, tak banyak bonggol, tak banyak lubang, smoooth aje untuk pergi ke tempat kerja kan. Kalau jalan berlubang, driver pun asyik nak mengelak lubang tu sampai makan jalan. Kalau malang tidak berbau, memang kemalangan senang saja berlaku. Macam kat depan rumah kami dulu, kemalangan berlaku sebab si driver van tu nak mengelak lubang kat depan sampai makan jalan sebelah hingga melanggar penunggang motosikal. Mati penunggang tu dengan pemboncengnya sekali digilis. Ngeri..memang ngeri.
Harap-harap lepas ni, pihak berwajib kena pandai-pandai lah pikir apa tindakan yang sepatutnya dibuat. Bukan sekadar pergi turap balik jalanraya tu dengan ashpalt yang tak berkualiti. Tunggu setahun je dah ada lubang besar balik. Kalau kita driving, rasa macam sedang memandu di kawasan kampung yang grable habis.
Nah..ini perlu penyelesaian segera. (Sumber: puisikabur.blogspot) |
6 ulasan:
mmg teruk jlnraya di sabah..kadang2 sya bosan suda.. entah la apa gov buat.
Aduhai, paling kesian klu ada orang kampung sakit tenat atau mau bersalin.... Sengsaranya.....
sudah lama tak singgah kesabah. ingatkan jln2nya sudah berubah..
Recently: Sharing Your Interest
Azu xpenah sampai Sabah.. tp nk bendar2 besar mmg jauh jalannya di sabah ye. Salam kenal!singgah2 ye
http://azumie.blogspot.com
Ada lagi yg teruk.Buat jalan x lengkap gara2 jalan tu lalu depan rumah orang yg bermusuh dgn kontraktor.-Kg Pirasan,Kota Belud.
Ada lagi yg lebih teruk.Kontraktor buat jalan x lengkap sbb jalan tu lalu depan rumah musuhnya.-Kota Belud,Sabah.
Catat Ulasan