Isnin, 29 Ogos 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada 1Malaysia
1 Syawal di pagi hari
Muslimin dan Muslimat dah nak beraya
Selepas sebulan berpuasa
Kini tiba Aidilfitri
Makan ketupat makan lemang
Itu juadah wajib dihidang
Makan biar satu satu
Jangan sampai tercekik lalu
Wahai kawan wahai saudara
Sudah lama tidak ketemu
Kalau ada rumah terbuka
Kita datang untuk bertemu
1Malaysia katanya menteri
1Malaysia katanya rakyat
Kita hidup aman berseri
Di Hari Raya kita berkongsi berkat
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia especially to all my Muslim friends and relatives. Ada rumah terbuka kami datang serbu.. :)
Jumaat, 26 Ogos 2011
Perlukah aku menjawab komen di blog?
Oh kenapa,
ada jari menaip
katanya...kena jawab komen
kalau..nak trafik naik
katanya..kena jawab komen
kalau...nak tambahkan folower
katanya..kena jawab komen
kalau...nak folower setia
katanya lagi...itu dan ini
Oh betulkah ini,
kalau tak jawab komen...folower lari
kalau tak jawab komen...pembaca kecik hati
kalau tak jawab komen...dikata kita sombong diri
kalau tak jawab komen lagi..dikata itu dan ini
Oh pernahkah,
Si penatap berfikir bak geliga
Ada komen yang tak perlukan jawapan
Ada komen sekadar renungan
Ada komen untuk memperbaiki diri
Ada komen mengundang amarah
Ada komen yang menjawab
Ada komen udang di sebalik batu
Oh sahabat,
Bila komen tak dijawab...seribu maknanya
Tersirat dan tersurat
Jangan marah jangan sedih lagi ambil hati
Biar komen diberi kerana niat untuk berkongsi
Untuk memperbaiki sesama sendiri
Untuk ramah sesama insani
Banyak ketika komen berbalas
Walau hanya bersua di dunia maya
Biar realiti menjadi tunjangnya
*p/s: maaflah, sekarang tak dpt balas komen sebab berada nun jauh di kampung bercuti panjang selepas praktikal. Ada line internet tapi sekadar GPRS..masak megi baru dapat buka satu page..huhu..buat entri ni pun sambil main gitar..lalala..anyway, love you all.
ada jari menaip
katanya...kena jawab komen
kalau..nak trafik naik
katanya..kena jawab komen
kalau...nak tambahkan folower
katanya..kena jawab komen
kalau...nak folower setia
katanya lagi...itu dan ini
Oh betulkah ini,
kalau tak jawab komen...folower lari
kalau tak jawab komen...pembaca kecik hati
kalau tak jawab komen...dikata kita sombong diri
kalau tak jawab komen lagi..dikata itu dan ini
Oh pernahkah,
Si penatap berfikir bak geliga
Ada komen yang tak perlukan jawapan
Ada komen sekadar renungan
Ada komen untuk memperbaiki diri
Ada komen mengundang amarah
Ada komen yang menjawab
Ada komen udang di sebalik batu
Oh sahabat,
Bila komen tak dijawab...seribu maknanya
Tersirat dan tersurat
Jangan marah jangan sedih lagi ambil hati
Biar komen diberi kerana niat untuk berkongsi
Untuk memperbaiki sesama sendiri
Untuk ramah sesama insani
Banyak ketika komen berbalas
Walau hanya bersua di dunia maya
Biar realiti menjadi tunjangnya
*p/s: maaflah, sekarang tak dpt balas komen sebab berada nun jauh di kampung bercuti panjang selepas praktikal. Ada line internet tapi sekadar GPRS..masak megi baru dapat buka satu page..huhu..buat entri ni pun sambil main gitar..lalala..anyway, love you all.
Sabtu, 20 Ogos 2011
Wanita ini makan 20,000 kalori sehari dalam usaha untuk menjadi wanita paling gemuk
Seorang ibu bertungkus-lumus untuk menjadi wanita paling berat di dunia dengan memakan 20,000 kalori makanan dalam sehari. Susanne Eman, 32, bertekad untuk mencapai 115st apabila umurnya mencecah 40an dengan memakan makanan yang cukup untuk memenuhi enam saiz troli supermaket setiap minggu. Walaupun tubuhnya itu kini ditumbuhi ketulan-ketulan lemak namun Eman yang berasal dari Casa Grande, Arizona, US, mengatakan bahawa dia merasa dirinya menarik dan sihat dengan keadaan tubuh sedemikian.
Eman mengatakan dalam satu website supersize, "Semakin saya besar, saya rasa semakin baik. Saya merasa yakin dan seksi". "Dua tahun lalu saya sebesar 35st dan melihat bahawa saya sudah mula membuatkan lebih ramai lelaki tertarik. Ianya menggembirakan saya". Kata Eman lagi, "Matlamat saya ialah untuk menjadi 57st pada penghujung tahun. Saya sepatutnnya akan mencecah 115st apabila berumur 41 atau 42. Kenapa tidak untuk melihat sejauh mana saya gemuk? saya hendak memecahkan stigma bahawa menjadi gemuk itu merupakan sesuatu yang buruk. Saya teringin sangat untuk melihat jika adakah mungkin untuk mencapai berat satu tan untuk seoran manusia".
Eman mengunjungi supermaket sekali dalam sebulan bersama dengan anak-anaknya Gabriel, 16, dan Brendin, 12, dan mengambil masa lapan jam untuk memenuhkan enam troli. Ibu yang tidak mempunyai pekerjaan ini bagaimanapun mendakwa bahawa dia juga tetap bergerak aktif dengan melakukan senaman-senaman mudah dan membuat pemeriksaan kesihatan secara teratur.
Walaupun mendapat amaran daripada doktor bahawa tindakannya itu sangat membahayakan nyawa, Eman tetap bersemangat untuk mencapai saiz sasarannya.
(Sumber: The Telegraph)
Isnin, 15 Ogos 2011
Bukti fosil menunjukkan dinosour dibunuh oleh meteorite
Ini merupakan bukti terbaru kepada punca kematian dinosour di planet bumi ini menurut The Telegraph.
Laporan itu mengatakan, "The 45cm-long fossilised browhorn belonged to a family of plant-eating dinosaurs that included the famous three-horned Triceratops. It was found at a geological site known as the Hell Creek Formation in the bleak badlands of south-east Montana, US, where many other dinosaur fossils have been unearthed.
What made this one special was its location, just 13cm below the rock layer that marks the Cretaceous-Tertiary or "K-T" boundary – the point in the fossil record where the dinosaurs died. This suggests dinosaurs were around right up to the time all traces of their existence vanished. In other words, they disappeared suddenly, as the result of an abrupt global disaster rather than a slow extinction. A huge asteroid or comet smashing into the Earth off the coast of Mexico at the end of the Cretaceous Period 65 million years ago is widely believed to have killed off the dinosaurs.
But some sceptics point to an absence of dinosaur fossils for three million years leading up to the impact as evidence that the creatures may have already gone when the meteor struck. The "three million gap" has helped drive controversy over what happened to the dinosaurs, some of which evolved into birds. However, the horn fossil appears to close the gap, according to scientists writing in the Royal Society journal Biology Letters.
The team, led by Dr Tyler Lyson, from Yale University in New Haven, US, wrote: "The in situ specimen demonstrates that a gap devoid of non-avian (bird) dinosaur fossils does not exist and is inconsistent with the hypothesis that non-avian dinosaurs were extinct prior to the K-T boundary impact event." The scientists pointed out that a 125cm section of rock strata laid down after the impact was completely devoid of fossils."
(Sumber: The Telegraph)
Jumaat, 12 Ogos 2011
Ini report bukan asignment
Report report report dah nak tua kerepot
Report report report bukan reporter
Report report report sampai nak kentot
Report report report kau buat ku merepot
Buat report memang penat
Sampai aku naik pening berdengkur
Bukan semalam tak tidur
Tiga malam berselimutkan report
Report yang di sana
Dengar sepatah macam tiada
Ini bukan report biasa
Ini report berjela ratus muka
Wahai report yang dah terbaring
Jangan pulak kau buat hal
Dah ku layan kau melebihi asignmen
Sebab kau itu secebis markah terakhir
Tiga bulan ku melakar engkau
Tiga bulan jelaanmu bercerita
Tiga bulan kau bermain di fikiran
Tiga bulan kau buat ku menderita
Tapi hari ini aku lega
Sebab kau pulak yang akan bekerja untuk aku
Biar jelaanmu itu yang berkata-kata
Kepada si dia yang bersemuka dengamu
Report report report bukan reporter
Report report report sampai nak kentot
Report report report kau buat ku merepot
Buat report memang penat
Sampai aku naik pening berdengkur
Bukan semalam tak tidur
Tiga malam berselimutkan report
Report yang di sana
Dengar sepatah macam tiada
Ini bukan report biasa
Ini report berjela ratus muka
Wahai report yang dah terbaring
Jangan pulak kau buat hal
Dah ku layan kau melebihi asignmen
Sebab kau itu secebis markah terakhir
Tiga bulan ku melakar engkau
Tiga bulan jelaanmu bercerita
Tiga bulan kau bermain di fikiran
Tiga bulan kau buat ku menderita
Tapi hari ini aku lega
Sebab kau pulak yang akan bekerja untuk aku
Biar jelaanmu itu yang berkata-kata
Kepada si dia yang bersemuka dengamu
Khamis, 11 Ogos 2011
Keluarga dibenarkan mengambil telur dari ovari anak mereka yang maut dalam kemalangan
Sebuah mahkamah di Israel dipercayai telah memberikan kebenaran kepada satu keluarga untuk mengeluarkan telur dalam ovari anak mereka yang telah meninggal dunia akibat kemalangan.
Mendiang Ayash. (Sumber: The Telegraph) |
Keluarga kepada Chen Aida Ayash, gadis 17 tahun yang maut selepas dilanggar kereta pada minggu lalu, diberi petisyen untuk memiliki dan membekukan telur anak mereka. Dikatakan juga dalam laman web The Telegraph bahawa pengeluaran telur dari ovari itu dilakukan bersama-sama dengan pengeluaran organ-organ penting dalam tubuh Ayash untuk didermakan.
Kedaan seumpama ini biasanya akan mendapat tentangan daripada para pejuang kemanusiaan yang menghalang pengambilan telur ovari atau sperma tanpa mendapatkan kesetujuan bersama daripada pemilik asal atau menyalahi hak asasi manusia.
(Sumber: The Telegraph)
Read more at http://www.nancypoh.com
Rabu, 10 Ogos 2011
Dah sakit nak beranak masa exam tapi tetap bertekad untuk selesaikan jawapan peperiksaan
Ini lah yang berlaku kepada seorang wanita berumur 29 tahun yang bertekad tinggi untuk menyelesaikan soalan exam walaupun perutnya sudah sakit mahu beranak. Elana Nightingale Dawsan dikatakan telah bersusah payah untuk mengharungi peperiksaan tersebut secepat yang boleh kerana baginya jika dia tidak menyelesaikan soalan jawapan tersebut, maka ia tidak sah. Menurut laman web Metro.uk, Elena telah mengalami kontraksi setiap 30 minit dalam waktu peperiksaan tersebut.
Sesudah tamat menjawab, Elena telah dikejarkan ke hospital yang berdekatan di mana dia telah berjaya melahirkan bayi lelakinya, Wilson, dua jam kemudian.
Keputusan peperiksaan tersebut akan diketahui pada awal bulan Oktober sama ada Elena lulus atau tidak.
*Hmmm..tinggi risikonya untuk menahan sakit ketika hendak bersalin. Nasib baik Elena dan anaknya selamat. Fuh!!
Read more at http://www.nancypoh.com
Isnin, 8 Ogos 2011
Tidur di landasan keretapi untuk menyihatkan tubuh
Agak pelik tapi ianya memang benar berlaku dan diamalkan di Indonesia. Mereka berbaring di sepanjang landasan keretapi dan percaya bahawa aliran elektrik bervoltan rendah di landasan itu boleh membantu menyembuhkan tubuh mereka.
Kepercayaan mereka ini telah disangkal oleh kerajaan di Jakarta, Indonesia, yang telah menggunakan pelbagai cara untuk menghentikan amalan tersebut. Pihak berwajib syarikat keretapi di pusat tersebut juga telah mengeluarkan amaran mengenai bahaya tindakan tersebut. Mereka yang degil akan dikenakan denda tiga bulan penjara atau £1,200.
Namun demikian, amaran dan denda tersebut tidak diendahkan oleh masyarakat yang masih mengamalkan amalan tersebut, amalan yang dimulakan oleh seorang lelaki Cina yang kononnya telah disembuhkan melalui terapi landasan keretapi.
(Sumber: The Telegraph)
Read more at http://www.nancypoh.com
Khamis, 4 Ogos 2011
Skuad olimpik bola sepak Malaysia lagi kuat!
Rasanya kalau nak dibandingkan antara skuad piala dunia dan skuad olimpik Malaysia, mana satu yang lebih menyerlah? Bila melihat kepada perlawanan antara skuad piala dunia, mereka kalah teruk 4-1 kepada Arsenal dan 6-3 kepada Liverpool. Lepas tu kalah lagi kepada Singapura dalam perlawanan kelayakan piala dunia. Sebaliknya pula berlaku kepada skuad olimpik yang sedang gigih berlatih di Slovakia, adakah kecemerlangan skuad olimpik negara ini mampu memberikan sinar harapan kepada negara untuk beraksi di sukan olimpik nanti?
Kita baca laporan prestasi cemerlang skuad olimpik negara di Slovakia yang dipetik dari myMetro ini.
(Sumber gambar: wanfakhrul.blogspot.com) |
PERSIAPAN skuad Olimpik negara untuk menghadapi saingan sengit peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik 2012 zon Asia berada dalam landasan tepat.
Anak-anak buah jurulatih Ong Kim Swee yang kini berada di Slovakia terus mempamerkan persembahan membanggakan apabila mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut dalam aksi persahabatan menentang kelab tempatan di sana.
Terbaru barisan pemain Olimpik negara menjadikan kelab Liptovsky Mikulas sebagai mangsa dengan mencatatkan kemenangan 2-1 hasil jaringan Ahmad Hazwan Bakri dan Mohd Irfan Fazail pada setiap babak.
“Saya harap rentak kemenangan ini dapat diteruskan oleh pemain dan lebih penting objektif latihan di Slovakia dapat tercapai terutamanya dalam meningkatkan lagi mutu persembahan dan kerjasama sepasukan,” kata pengurus skuad Olimpik negara, Datuk Afandi Hamzah ketika dihubungi semalam. Tambahnya pemain perlu menggunakan peluang dan kesempatan yang ada untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi cabaran yang lebih getir dengan gergasi Asia, Jepun menanti pada 21 September ini diikuti Syria dan Bahrain.
“Semua pemain akan diberikan peluang untuk mempamerkan kebolehan termasuk beberapa pemain yang baru diserapkan agar masalah keserasian tidak timbul sekiranya mereka terpilih menggalas cabaran negara nanti,” katanya yang juga naib presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Skuad Olimpik negara sebelum ini menewaskan Bodva Moldava hasil jaringan tunggal Wan Zack Haikal Wan Nor diikuti kemenangan 2-1 ke atas Topvar Topolcany menerusi jaringan Ferris Danial Mat Nasir dan Fandi Othman.
Senarai 23 pemain bertambah 30 apabila tujuh pemain skuad senior menyertai kem latihan itu semalam termasuk ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat serta tiga tonggak pertahanan diketuai Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas dan Mahali Jasuli.
Kehadiran mereka dijangka menguatkan lagi cabaran skuad Olimpik negara yang dijadualkan menentang kelab Hungary yang berpangkalan di Budapest pada Selasa ini.
Read more at http://www.nancypoh.com
Rabu, 3 Ogos 2011
Diludah kekasih gelap suami
Buruknya perangai. Dah la rampas laki orang, sanggup dia meludah si isteri lagi. Makin menjadi-jadi perempuan sekarang ni. Adei. Bacalah apa yang berlaku dalam berita yang dipetik dari Mymetro ini.
SHAH ALAM: Ramadan kali ini tidak bermakna bagi seorang ibu beranak empat berusia 39 tahun apabila dia bukan saja diceraikan suami sebaliknya dia cedera selepas dibelasah lelaki itu di rumah sewa kekasih lelaki itu di Banting, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan mangsa dibelasah suaminya berusia 40-an itu disebabkan wanita terbabit melarang suspek bersekedudukan dengan kekasihnya yang juga warga Indonesia di rumah sewa berkenaan. Lebih mengaibkan apabila warga Indonesia itu bertindak keji dengan meludah muka mangsa di hadapan suaminya itu ketika pasangan terbabit bertengkar. Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa cedera di leher dan badan selepas ditampar dan ditumbuk suaminya. Mangsa membuat laporan di Balai Polis Banting, di sini, menuntut tindakan tegas terhadap suaminya itu. Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Intan, berkata dia dan anak lelakinya berusia 16 tahun pergi ke rumah sewa wanita terbabit bagi merayu suaminya pulang.
“Sebaik tiba di rumah berkenaan, saya meminta suami pulang ke rumah, namun tindakan saya itu menyebabkan dia berang sebelum memarahi saya.
“Malah, suami saya yang bagaikan dirasuk syaitan memukul saya di hadapan wanita terbabit,” katanya.
Menurut Intan, penderitaannya tidak berakhir di situ apabila suaminya menceraikannya dengan talak satu manakala wanita terbabit meludah mukanya.
“Suami mengarahkan saya dan anak meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya, semalam.
Intan berkata, dia syak suaminya disihir wanita itu kerana lelaki terbabit tidak boleh berada di rumah mereka terutama sebelah malam sejak lima bulan lalu. Intan berkata, dia sanggup memaafkan suaminya itu dan kembali bersamanya semula demi masa depan mereka sekeluarga. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Read more at http://www.nancypoh.com
Selasa, 2 Ogos 2011
Jual anak untuk membiayai permainan game online
Gila ke apa orang ni. Disebabkan oleh ketagihan melampau terhadap permainan dalam talian, sepasang kekasih di China telah didakwa atas kesalahan menjual tiga anak mereka untuk membiayai permainan online mereka.
Ramai orang sudah ketagih dengan permainan dalam talian |
Pasangan yang bernama Li Lin dan Li Juan ini dikatakan mempunyai minat yang sama terhadap permainan dalam talian dan telah bertemu di sebuah kafe internet pada tahun 2007 ketika mereka masih lagi berumur di bawah 21 tahun. Pasangan ini mula menjual anak selepas kelahiran anak kedua, bayi perempuan, yang dijual dengan harga $500 pada tahun 2009 untuk membiayai ketagihan pasangan tersebut. Melihat kepada kejayaan mereka menjual anak perempuan tersebut, mereka kemudiannya menjual anak pertama, anak lelaki, pada harga yang jauh lebih mahal iaitu $4600.
Anak lelaki ketiga mereka juga dijual pada harga yang sama iaitu $4600. Tindakan pasangan ini akhirnya diketahui oleh ibu Li Lin. Walaubagaimanapun, pasangan ini dilaporkan mengatakan bahawa mereka tidak melanggar mana-mana undang-undang.
Apabila ditanya adakah mereka merindui anak-anak mereka, pasangan ini selamba mengatakan, "kami tidak mahu membesarkan mereka, kami hanya mahu menjual mereka untuk mendapatkan wang".
(Sumber)
Read more at http://www.nancypoh.com
Isnin, 1 Ogos 2011
Pertandingan Ratu Gemuk "Miss Fat Women"
Ya, pertandingan ratu gemuk ini memang benar-benar ada. Dan ya, memang pemenangnya adalah wanita gemuk. Jika tak percaya, lihat gambar di bawah.
Peserta sedang menonjolkan diri masing-masing. (sumber: huffingtonpost.com) |
Betul kata orang bahawa kecantikan diukur dari pelbagai sudut. Cantik itu sendiri juga membawa maksud yang subjektif kepada setiap individu. Bagi saya cantik itu mungkin bermakna hidung yang mancung, badan yang ramping, jari yang panjang..haha..tapi bagi orang lain, cantik itu mungkin bermaksud punya badan yang berisi, punya rambut pendek dan sebagainya.
Baru-baru ini satu pertandingan yang dikhaskan untuk wanita gemuk telah dijalankan di Itali. Pertandingan yang dipanggil Miss Cicciona punya konsep yang sama dengan pertandingan ratu cantik yang biasa. Para peserta diuji dari segi bakat dan personaliti. Edisi ratu gemuk yang ke 22 ini telah dimenangi oleh peserta bernama Ornella Chiapperini dari Naples yang mempunyai berat 324.7 paun.
Miss Fat Women. (sumber: huffingtonpost.com) |
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pertandingan ini boleh baca di laman web huffingtonpost.com. Saya ni pun sebenarnya masuk dalam kategori chubby gak..huhu..anyway, tahniah kepada para pemenang. Jangan luaran saja cantik ya, hati pun kena cantik juga. Kalau dua-dua part itu cantik, memang naik mendadak la saham. :)
Langgan:
Catatan (Atom)