Edisi Blogger: Ogos 2014

Ahad, 24 Ogos 2014

Adira nekad berhijab semula selepas sekian lama

Kemunculan penyanyi Adira Suhaimi, 23, di Balai Berita, Selasa lalu, mencuri perhatian ramai. Sejak bila penyanyi cantik berkulit putih gebu ini bertudung?
Adira cantik gebu bertudung (imej via hmetro)
Itulah soalan pertama ketika menyambut kedatangan Adira. Dengan senyuman manis, anak jati Ranau, Sabah ini menjelaskan, dia baru berhijab dan sengaja tidak memaklumkan kerana mahu buat kejutan apabila bertemu. 
Kata Adira, hasrat bertudung sudah lama tersimpan, cuma baru kini benar-benar bersedia melaksanakan kewajiban itu. Nyata langkah dilakukannya membawa ketenangan di hati, malah sangat selesa dengan imej barunya. 

“Ahad lalu, saya tiba-tiba rasa mahu pakai tudung apabila bangun tidur. Saya tanya pada diri, bila lagi mahu melaksanakan kewajiban ini. Saya mengadap cermin dan terus pakai tudung. Seharian di rumah saya bertudung.

“Perubahan itu tentu menggembirakan keluarga saya, lebih-lebih lagi mak. Esoknya, saya pulang ke ibu kota dan terus berhijab sampai sekarang.

“Saya nekad berhijrah dan rasa sangat selesa dengan perubahan ini. Sikit pun tak rasa kekok kerana di bangku sekolah dulu pun memang bertudung,” katanya. - hmetro
Adira bertudung (imej via hmetro)

Nabila bakal jadi 'Saloma'

Beralih pada perkembangan karier lakonannya yang terbaharu, ibu kepada seorang anak ini bakal muncul dengan filem biografi Allahyarham Puan Sri Saloma berjudul ‘Saloma’ arahan Melissa Saila yang bakal menemui penonton menerusi saluran Astro First Eksklusif pada 28 Ogos ini.

Berkongsi cerita mengenai lakonannya, Nabila akui pada awalnya dia berasa takut untuk membawa tanggungjawab memegang watak Saloma kerana merasakan dirinya belum cukup layak.

“Sebelum terpilih untuk memegang watak Saloma, saya dipanggil untuk uji bakat. Tapi tidak sangka pula saya terpilih untuk pikul tanggungjawab membawa watak Saloma sendiri,” ujarnya.

Nabila memberitahu dia banyak melakukan kajian mengenai Saloma sebagai persediaannya membawa watak itu.

“Selain mencari dan memahami perjalanan hidup Saloma di internet, saya cuba dapatkan nasihat daripada ahli keluarganya bagi memastikan saya menterjemahkan watak itu dengan baik.

“Walaupun kurang yakin, tapi bila sudah bersiap sedia dengan solekan dan kostum, secara bersahaja saya dapat menjiwai watak itu dan merasakan Saloma begitu dekat dengan diri saya,” katanya.

Selain Nabila, filem yang bakal ditayang menerusi Astro First Eksklusif, 28 Ogos ini menampilkan Tony Eusoff sebagai Tan Sri P Ramlee, Azhan Rani (AR Tompel), Sazzy Falak (Mariani) dan Sharifah Amani (Siput Sarawak). - Sinarharian

Rabu, 13 Ogos 2014

Lelaki 50 tahun ini mati selepas memasukkan dan membiarkan objek seks di dalam dubur

Seorang lelaki berumur 50 tahun mati selepas memasukkan dan membiarkan objek seks di dalam duburnya. 
Vibrator (sekadar gambar hiasan)
Nigel Willis terpaksa menahan sakit selama lima hari selepas objek seks itu tersekat di dalam duburnya. Disebabkan malu, dia tidak berani untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Willis yang berlum berkhawin dan tinggal bersama ibunya di Forest Hill hanya mendapat bantuan kecemasan selepas rakannya melaporkan kepada pihak hospital apabila Willis mengadu sering penat, pening, lemah dan tidak dapat duduk dengan selesa selama lima hari. Baca laporan asal di Metro UK.

Selasa, 12 Ogos 2014

Pencari batu kristal ini sering mendapat gangguan mistik di gua-gua cantik

ALOR SETAR - Pencari batu kristal mampu menjana pendapatan lumayan sehingga ribuan ringgit apabila ada pihak sanggup membelanjakan wang mendapatkan batu bunga itu.

Namun, Mahadi Mat Akhir, 48, berkata, dia sendiri melalui pelbagai detik suka duka sepanjang 21 tahun mewarisi pekerjaan turun temurun keluarga di Gunung Keriang, dekat sini.
Mahadi menunjukkan ketulan batu kristal yang diperoleh ketika ditegur lembaga berkenaan.
Mahadi menunjukkan ketulan batu kristal yang diperoleh ketika ditegur lembaga berkenaan.“Keadaan dalam gua curam dan licin sememangnya memberi cabaran kepada pencari batu kristal seperti kami. Malah, adakalanya pencari batu kristal menerima gangguan mistik.

“Terbaru, saya mengalami sakit lutut selepas beberapa hari ditegur ‘sesuatu’ dalam gua sewaktu mencari batu kristal. Saya terdengar ada suara, namun tiada orang kelihatan,” katanya.

Menurutnya, dia pada mulanya menyangka ia suara pertapa, namun menyedari dirinya ditegur selepas dimaklumkan seorang tukang urut yang merawat lutut kanannya.

Mahadi berkata, gangguan dipercayai berlaku apabila ada pihak tertentu mengambil golok dan kapak yang digunakan untuk perubatan tradisional dalam gua berkenaan.

Menurutnya, keadaan lutut kanannya bertambah baik hanya setelah dia meletakkan seikat pisang emas di kawasan dia mencari batu kristal berkenaan.

Dia yang juga pemandu pelancong ekspedisi meneroka gua berkata, antara gangguan lain dialami dirinya sendiri mahupun pengunjung termasuklah rasukan, sesat dan sakit misteri.

“Jadi, sekiranya terlihat, terbau ataupun merasa bulu roma meremang secara tiba-tiba, diingatkan supaya tidak menegur. Sebaliknya, maklumkan kepada pemandu pelancong,” katanya.

Katanya, dia sendiri mematuhi pantang larang, antaranya membaca beberapa ayat suci al-Quran ketika ingin mencari batu kristal dalam gunung berkenaan.

Katanya, gunung sering menjadi tumpuan pengunjung yang berminat melihat kaedah mencari batu kristal dan meneroka keindahan gua seperti Gua Tirai, Gua Buaya serta Gua Kubur Panjang.

Mahadi berkata, dia menasihatkan pengunjung supaya tidak bermulut lancang ataupun berkelakuan kurang senonoh sewaktu meneroka gua di gunung berkenaan.

Menurutnya, pengunjung perlulah mendapatkan nasihat pemandu pelancong untuk meneroka gua.

Menurutnya, harga ditawarkan untuk meneroka gua sambil melihat sendiri proses mencari batu kristal hanya lebih kurang RM300 bergantung kepada jenis ekspedisi dan bilangan peserta. - sinarharian

Lelaki miskin ditinggalkan isteri sebab tak tahan hidup susah

Johor Bahru: Walaupun serba kekurangan, seorang lelaki lembam nekad menjaga dua anak tirinya dalam pondok usang di kawasan setinggan di Taman Sri Pandan di sini, sejak isterinya menghilangkan diri lima tahun lalu.
MANAYI (tengah) melawat rumah Rahmat (kiri), semalam.
Bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan, Rahmat Mori, 54, memikul tanggungjawab membesar dan menyekolahkan anak tirinya, Mohd Mawi, 13, dan Siti Nuhaliza Abdullah, 10. 

“Saya sudah tiga kali berkahwin, namun jodoh tidak panjang kerana isteri bosan hidup susah. Malah isteri ketiga yang juga seorang janda lari meninggalkan dua anaknya untuk saya jaga sejak lima tahun lalu,” katanya. Rahmat bagaimanapun bersyukur kerana kedua-dua anak tirinya tidak mengeluh dengan kehidupan serba kekurangan.

“Saya bukan tidak sayang isteri, namun hanya mampu bekerja sebagai tukang rumah dan pendapatan tidak pernah melebihi RM400 sebulan. - hmetro


Sabtu, 9 Ogos 2014

Mungkinkah peniaga nasi ayam ni dah cipta basikal masa depan?

Manjung: Canggih serta hebat. Demikian perkataan yang sesuai ditujukan kepada basikal alaf baru yang dinamakan Harmoni ciptaan seorang peniaga nasi ayam, Mohamad Akhiar Radli, 52.

Reka bentuknya yang unik seolah-olah mirip sebuah kereta, yang turut dilengkapi bumbung serta lampu isyarat membelok sebagaimana yang ada pada motosikal. 
MOHAMAD Akhiar bersama anaknya mengayuh basikal Harmoni
Malah, sistem gearnya yang canggih membolehkan basikal itu bergerak lebih laju serta sistem hendal yang diubah suai mirip stereng kereta memantapkan haluan pergerakan basikal beroda tujuh ketika beroperasi. Sistem gearnya yang lebih besar membolehkan pusingan tayar lebih pantas berbanding sistem gear yang digunakan secara normal.

Mohamad Akhiar berkata basikal yang dicipta daripada gabungan barang terpakai dan tiga basikal terpakai membabitkan modal sekitar RM10,000.

Katanya, basikal itu juga mampu membawa tujuh individu pada satu-satu masa. - hmetro


Jumaat, 8 Ogos 2014

Anda akan rasa lebih bijak dari orang Amerika bila tengok berita CNN ini

Walaupun CNN merupakan saluran berita terbesar di Amerika, namun ia juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dalam penyampaian beritanya. Tapi bila kesilapan sekecil ini berlaku, maka sudah pasti kredibiliti CNN sedikit sebanyak telah tercemar. Apa tidaknya...lokasi peta geografi Hong Kong pun tak tau kat mana..Tengok berita CNN buat silap di sini
Peta Hong Kong terletak di Amerika Latin ker??
Jangan risau kalau anda dapat gred C dalam Geografi...anda lebih bijak dari orang Amerika...hohoho.. :P

Anda mungkin tak nak makan udang kering lagi lepas baca berita ni

GEORGETOWN - Meloyakan - itulah cara pengendalian proses pembungkusan makanan laut kering yang dikesan di sebuah kilang berhampiran Pengkalan Weld, di sini.

Tindakan biadab meletakkan penyapu lidi atas longgokan sotong kering terbongkar ketika pemeriksaan dalam Ops Bersih ke-13 oleh jabatan kesihatan kelmarin.
Kebersihan tidak diutamakan


Penyapu lidi di sebelah udang kering...sampai bercampur

Tanpa sarung tangan

Timbalan Pengarah Kesihatan Pulau Pinang (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan), Ku Nafishah Ku Ariffin berkata, pengusaha kilang memproses makanan itu dikenakan didenda RM2,600 mengikut Perkara 32 dan 34 kerana melanggar Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Beliau berkata, kilang itu akan diperiksa sekali lagi dan jika mengulangi kesalahan sama akan diberi notis menutup premis dari beroperasi.

“Markah kebersihan amat rendah kerana keadaan lantai yang dikotori sisa makanan laut kering manakala pekerja yang membungkus makanan laut itu pula tidak memakai sarung tangan.

“Lebih-lebih lagi meletakkan penyapu lidi tepi sotong kering. Perbuatan itu tidak boleh diambil mudah kerana ia membabitkan aspek kebersihan penyediaan makanan,” katanya pada sidang media di Komtar, semalam.

Ketika ditanya alasan pengusaha itu meletakkan penyapu sebegitu rupa, dia mengaku penyapu lidi berkenaan digunakan untuk membersihkan lantai dan menyifatkan perkara itu sebagai tidak sengaja.

“Alasan tidak sengaja tidak boleh diterima kerana ini soal kebersihan makanan. Lagipun tentu penyapu lidi itu digunakan untuk menyapu lantai bukannya menyapu habuk sotong kering (kerana penyapu sotong saiznya lebih kecil),” katanya.

Ku Nafishah berkata, dalam operasi kali ini, penguat kuasa kesihatan mengeluarkan kompaun kepada peniaga yang masih degil meletakkan barangan makanan bersama cecair pencuci.

“Walaupun berulang kali memberi amaran supaya mengasingkan cecair atau serbuk pencuci dari barangan makanan, ramai peniaga masih tidak mengendahkannya.

“Ada peniaga yang bersikap endah tak endah tunggu sampai saat-saat akhir untuk penguat kuasa kesihatan mengenakan kompaun, lepas itu baru nak berubah.

“Namun, secara keseluruhan sepanjang Ops Bersih dari Januari hingga kini, ada sedikit peniaga memberi fokus kepada aspek kebersihan dalam penyediaan makanan dan pengendalian yang betul dan selamat,” katanya.

Menurutnya, sebuah kafe makanan kotor di Nibong Tebal diarah tutup selama 14 hari untuk membolehkan pemiliknya melakukan kerja pembersihan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 sebelum diperiksa sekali lagi.

“Kita mengeluarkan 13 notis saman kepada 12 premis berjumlah RM8,600 kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan dalam operasi kali ini,” katanya. - Sinarharian

Berhati-hati dengan sindiket penipuan kopek ikan bilis, nanti jadi macam makcik-makcik ni

LEDANG – Empat warga emas mendakwa mereka dipukau hingga menyerahkan hampir RM30,000 kepada dua wanita yang menawarkan kerja sambilan membersihkan ikan bilis di Kampung Parit Kassan dekat Bukit Gambir di sini, kelmarin.
Ditipu tawaran kopek ikan bilis
Kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu berlaku semasa mereka dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tangkak seperti yang dikehendaki sebagai memenuhi syarat pekerjaan yang ditetapkan suspek.

Saniah Senawi, 56, berkata, dua wanita itu menemuinya bersama tiga rakannya dan menawarkan pekerjaan tersebut kepada mereka selepas majlis marhaban sempena Aidilfitri dari rumah ke rumah.

“Mereka perkenalkan diri dan menawarkan pekerjaan kopek ikan bilis dengan upah RM10 bagi setiap kilogram (kg) dan jika kami setuju, kami akan dibekalkan 20kg setiap seorang. Kami juga boleh ambil upah bungkus rempah sup pada kadar 20 sen sepeket.

“Tawaran itu agak menarik. Jadi kira-kira 15 ahli kumpulan marhaban mendaftar untuk kerja itu. Dua wanita itu bagi tahu,  kami kena jalani pemeriksaan kesihatan dan buat x-ray sama ada di klinik atau hospital,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Saniah, dia dan dua rakan mulanya curiga dengan tawaran dua wanita itu, tetapi diyakinkan oleh seorang lagi rakan mereka, yang percaya mereka tidak ditipu.

Mereka dibawa oleh dua wanita itu ke Hospital Tangkak dengan kereta, dipandu seorang lelaki.

“Apabila tiba di hospital jam 6 petang, mereka arah kami menanggalkan barang kemas yang kami pakai. Mereka kata, kami tak boleh pakai barang kemas masa x-ray," katanya.

Menurutnya, semua barang kemas berserta dompet yang mengandungi wang dan dokumen penting dikumpulkan dalam beg tangan salah seorang daripada warga emas itu, iaitu Siti Morjanah Jemin, 66.

Selepas itu, katanya, tiga daripada mereka diarahkan ke kaunter pendaftaran, manakala Siti Morjanah, yang memegang beg berisi barang kemas itu, ditinggalkan dalam kereta bersama dua wanita dan lelaki itu.

“Ketika Siti Morjanah pergi ke tandas, wanita itu tak benarkan dia bawa beg itu. Selepas daftar di kaunter, saya jumpa Siti Morjanah yang baru keluar dari tandas. Apabila kami sama-sama pergi ke tempat letak kereta, dua-dua wanita, kereta dan lelaki itu sudah tiada di situ,”
katanya.

Menurutnya, selepas itu mereka sedar ditipu dan percaya dipukau kerana menuruti arahan dua wanita itu, termasuk menyerahkan barang-barang kemas.

Katanya, antara yang dilarikan dua wanita itu ialah cincin emas, rantai emas, gelang emas, wang tunai, telefon bimbit, serta dokumen-dokumen penting yang kesemuanya dianggarkan bernilai hampir RM30,000.

“Kami minta orang hospital hantar kami ke Balai Polis Tangkak untuk buat laporan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Mohd Salleh Razak berkata, polis sudah menerima laporan dan tiga individu tersebut diburu. - Sinarharian

Khamis, 7 Ogos 2014

Maruah Dirobek: Lelaki disamun, dibelasah dan dibogelkan sekumpulan lelaki

Kuala Lumpur: Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib malang yang menimpa seorang lelaki yang bukan saja disamun, dibelasah dan dibogelkan sekumpulan lelaki malah gambarnya dalam keadaan mengaibkan turut disebar di laman sosial.
RAN menunjukkan laporan polis 
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ran, 27, berkata dia berkenalan dengan salah seorang daripada lelaki berkenaan yang berusia 30-an menerusi laman Facebook dan dijanjikan pekerjaan lumayan di Johor Bahru (JB). 

“Ketika itu saya memang sedang dan terdesak untuk mencari pekerjaan. Saya segera menerima tawaran lelaki berkenaan sebelum menaiki bas ke JB untuk berjumpa dengannya. 

“Namun sebaik bertemu, baru saya tahu dia sebenarnya adalah seorang penipu yang cuba mengaut keuntungan mudah dengan memperdayakan orang yang terdesak untuk mencari kerja seperti saya,” katanya menceritakan kejadian yang berlaku awal tahun lalu.

Sebaik kembali ke ibu negara, Ran yang sakit hati memuat naik foto lelaki berkenaan sambil memberi amaran kepada rakan-rakannya agar berhati-hati dengan lelaki berkenaan.

Beberapa bulan selepas itu, lelaki itu menghubunginya dan berjanji untuk membayar ganti rugi dengan syarat mereka perlu berjumpa di sebuah hotel di ibu negara. 

Dia yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju berjumpa di sebuah bilik hotel seperti dijanjikan dan sebaik tiba di hotel berkenaan, dia diikat oleh beberapa rakan lelaki terbabit sebelum dibelasah dan dibogelkan. - hmetro





Rabu, 6 Ogos 2014

Si Gadis Kebaya ambil risiko demi demi #SupportGaza dan #MH17...kena bantai kat Facebook pulak..

BARU-baru ini, beberapa keping gambar seorang wanita berbaju kebaya dan lengkap bertudung yang dimuat naik ke laman Facebook telah menarik perhatian pengguna laman sosial.
Fatin Ilani
Wanita berkenaan, yang hanya dikenali sebagai Fatin Ilani membawa mesej Save Gaza, Justice For MH17 dan Pray For MH17 rela gambarnya diambil di sudut-sudut berbahaya di sebuah bangunan tinggi yang tidak diketahui lokasinya di Kuala Lumpur.

Bukan wanita biasa

Jurugambar yang mengambil gambar-gambar tersebut, Keow Wee Loong memberitahu bahawa beliau terkejut Fatin Ilani bersetuju untuk memanjat bangunan tersebut dengannya.

Untuk rekod, Wee Loong merupakan jurugambar 'Spiderman' yang didenda RM1,000  beberapa minggu lalu kerana memanjat bangunan setinggi 33 tingkat hanya untuk mengibar Jalur Gemilang.

Wee Loong merupakan jurugambar rasmi kepada ahli politik, Nurul Izzah Anwar. Menurutnya, beliau bertemu dengan Fatin Ilani sekitar tahun 2013 di sebuah acara Nurul Izzah.

"Untuk Wee Loong"

Menurut Fatin Ilani, beliau bersetuju untuk memanjat bangunan berkenaan kerana jurugambar berkenaan, dan tidak mungkin melakukannya jika ianya disebabkan orang lain.

"Saya masih tak percaya saya berjaya sampai ke puncak,"

Dengan berbaju kebaya, Fatin Ilani mengambil masa 45 minit untuk memanjat bangunan tersebut.

Untuk kesedaran

Menurut Fatin Ilani, tindakan beliau memanjat bangunan tinggi berkenaan adalah respon kepada tindakan kebanyakan anak-anak muda yang hanya mengambil 'selfie' ketika himpunan solidariti 'Save The Children Of Gaza' yang diadakan pada Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu.

"Mereka hanya mengambil 'selfie' bersama selebriti dan kemudian balik ke rumah," dipetik dari komen beliau di laman sosial Facebook. - Sinarharian


Respon Kurang Senang di Facebook

Walaupun tindakannya itu dilihat sebagai sesuatu yang unik dan berani namun banyak juga yang kurang senang dengan apa yang telah dilakukannya. Di Facebook, ramai yang meberi komen terhadap artikel ini dengan mengatakan bahawa tindakan si gadis kebaya itu adalah sesuatu yang membahayakan nyawa dan sia-sia. Malah ada yang pula kata tindakan Fatin Ilani itu hanya untuk menunjuk-nunjuk demi mendapatkan perhatian..





Anyway, walaupun tindakan Fatin ni sesuatu yang membahayakan..namun dia sudah melakukan something different in order to get attention untuk cause yang dia bawa iaitu #SupportGaza dan #MH17. Bukan setakat heboh kat Malaysia jer tau..negara luar pun dah femes si Fatin ni..Hasilnya, pelbagai tanggapan telah diberikan..ada yang menyokong dan ada yang sebaliknya...betul kata orang.."A picture speaks a thousand words"

Tapi jangan pulak lepas ni ada yang cuba-cuba untuk panjat KLCC pulak untuk berselfie yer.

Selasa, 5 Ogos 2014

Pijak bendera Isreal: Pengantin Malaysia jadi bualan hangat di Israel

SHAH ALAM - Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.

Berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul “Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day ".

Berita itu turut dikongsi oleh laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.

Ada di antaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat ‘bala bencana’ dek kerana perbuatan itu.

Patrick Gleen Hendry  yang dipetik sebagai berkata "semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan".

Terdahulu pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka  Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.

Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut. - Sinarharian

Sabtu, 2 Ogos 2014

Isu Zionis vs Hamas: Malaysia pulak kini jadi sasaran Israel?

SHAH ALAM - Pendirian tegas Malaysia dalam menyokong pejuang Palestin untuk mendapatkan semula hak mereka yang dirampas negara haram Israel nampaknya semakin membuatkan rejim Zionis itu tidak senang duduk.
Najib dengan Ismail 
Terbaharu, The Jerusalem Post, iaitu media Israel yang digunakan untuk menghebahkan propaganda kerajaan Zionis semalam mendakwa seorang tentera Hamas dari unit Al-Qassam bersama sembilan anggota lain menjalani latihan di Malaysia pada 2012 tentang cara melakukan serangan merentasi sempadan menggunakan payung terjun.

Pendedahan tersebut kononnya dibuat oleh seorang komander Hamas kepada agensi keselamatan Israel, Shin Bet dalam siri soal siasat selepas beliau ditahan di Khan Yunis, Gaza pada 21 Julai lalu.

Anggota Hamas itu didakwa mendedahkan bahawa beliau menerima latihan dalam serangan menggunakan payung terjun serta cara menculik askar sebagai sebahagian daripada persediaan untuk menentang serangan darat tentera Israel di Gaza.

"Suspek menyertai Hamas pada 2007 dan menjadi sebahagian daripada unit tentera Hamas, Al-Qassam.

"Beliau menjadi cekap dalam penggunaan senapang automatik Kalashnikov dalam pelbagai posisi menembak," menurut The Jerusalem Post.

Namun, laporan itu tidak menyebut pihak di Malaysia yang didakwa menyediakan latihan itu kepada anggota Hamas tersebut.

Sementara itu, laporan Astro Awani semalam menyebut, Hamas menafikan tuduhan Shin Bet itu.

Menurut pemimpin kanan Hamas, Dr Khaled Qadoumi, rejim Zionis mengolah propaganda itu untuk menutup kelemahan dan kekejaman di Gaza.

“Israel sedang mengalami kekalahan moral yang teruk dalam operasi ketenteraannya kali ini di Gaza dan mereka cuba menjejaskan sokongan sebuah negara Islam yang proaktif dan kuat terhadap warga Palestin,” kata Khaled seperti dilaporkan Astro Awani.

Hamas juga menyifatkan Malaysia menjadi sasaran penipuan Tel Aviv kerana peranan luar biasa kerajaan dan rakyat negara ini dalam memperjuangkan Palestin di pentas global.

“Israel adalah penipu besar. Kenapa tuduh Malaysia? Kerana Malaysia sebuah negara Islam yang bebas serta berani sentiasa berada di sisi rakyat Palestin di Gaza yang terus sengsara,” tegas Dr Khaled yang turut menyeru semua pihak di Malaysia tidak terpengaruh dengan penipuan dan permainan propaganda Israel.

Sokongan berterusan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza menjadi perhatian dunia terutamanya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke wilayah tertindas itu dan bertemu dengan pemimpin Hamas yang juga Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh pada Januari 2013.

Lawatan Najib itu mendapat perhatian luar biasa dan liputan meluas media terutama di Amerika Syarikat kerana beliau merupakan pemimpin dari luar negara Arab yang pertama melawat Gaza.

Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) menganggap lawatan itu sebagai langkah berani dan bersejarah oleh Najib.

"Malaysia sentiasa menerajui sokongan terhadap isu Palestin melalui pertubuhan badan bukan kerajaan (di negara ini). Kami menggesa semua kerajaan yang adil untuk menuruti langkah Malaysia," menurut PCOM semasa mengulas lawatan itu. - Sinarharian