Boros Di Aralom: Edisi Kontroversi
Memaparkan catatan dengan label Edisi Kontroversi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Kontroversi. Papar semua catatan

Jumaat, 4 September 2015

Gambar Alvin Tan dengan tatoo kalimah 'Allah' di peha

Gambar Alvin Tan dengan tatoo kalimah 'Allah' di pehanya menimbulkan banyak reaksi kurang senang di kalangan masyarakat Malaysia amnya.

Gambar tersebut dipercayai dimuatnaik olehnya sendiri menerusi page Facebook miliknya dengan kapsyen, " Tak byk org yg tau aku ni sebenarnya bertatu nama Tuhan yg Maha penyayang, Allah SWT, di belakang peha aku... Amin!"


Tindakan Alvin Tan ini dianggap sengaja menghina agama Islam dan mambangkitkan kemarahan orang ramai. Terkini, beberapa laporan polis telah dibuat berikutan gambar yang dimuatnaik tersebut.

Kita tengok la apa tindakan polis lepas ni....jangan lepas tangan, sudah!! 

Doakan si Alvin Tan ni supaya mendapat hidayah...who knows kn..

Sabtu, 14 Februari 2015

Ucapan takziah kurang cerdik dari Ibrahim Ali terhadap TGNA dicemuh

Tu pasal...lkekadang, diam itu lebih baik dari berkata-kata...dan bila berkata-kata, fikir dulu..terlajak perahu boleh undur, terlajak kata badan binasa..kenyataan dan ucapan takziah Ibrahim Ali terhadap pemergian TGNA..

Satu kenyataan di laman Facebook presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berhubung kematian Datuk Nik Abdul
Aziz Nik Mat menerima cemuhan para pengguna media sosial itu.

Tulisan tersebut menerima lebih 2,500 komen yang rata-rata mengutuk dan mengecam bekas MP Pasir Mas itu
kerana tidak sensitif.

Ibrahim dalam tulisan yang dimuatkan kira-kira tengah malam tadi antara lainnya menyebut bahawa pemergian
Nik Abdul Aziz pada malam taditidak mengejutkankeranasudah lama tidak sihat”.

Ibrahim juga mendakwa allahyarhamtidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri Kelantan”. Kalau ikut pada usianya, maka pemergiannya tidaklah mengejutkan dan sebelum ini sudah lama tidak sihat, umurnya juga panjang.

Rakyat Kelantan ramai menyanjung nya kerana beliau dikatakan ulamak dan di gelar tok guru, walaupun beliau tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri kelantan. Malah kemajuan Islam di Kelantan tidak kemana dan
hukum hudud gagal di laksanakan semasa hayat nya walaupun menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun,” tulisnya di laman tersebut.

Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan bahawa akaun Facebook yang memuatkan tulisan itu merupakan
akaunnya. Namun, beliau menjelaskan bahawa ia ditadbir oleh seorang individu lain, katanya yang kini berada di luar
negara.

Beliau juga menyarankan agar media tidak menyiarkan rakaman berkenaan, yang kini disebarkan meluas di Internet.
Semakan kira-kira jam 12.30 petang mendapati kenyataan berkenaan didapati dipadamkan.

Ia kemudiannya diganti dengan satu ucapan takziah yang ringkas dan juga satu gambar ungkapan doa dalam bahasa Arab.

“Ada pihak urus (akaun Facebook)... Tak payah guna kenyataan (awal) itu,” katanya melalui kiriman SMS.
Seorang pengguna Facebook antara lainnya menyifatkan Ibrahim bersikap "busuk hati" kerana sanggup
mengeluarkan kenyataan tersebut.
"Busuknya hati orang tua ini, moga bertaubat sebelum kau dijemput oleh pencipta," kata seorang pengulas
yang menggunakan nama Nor Azlyna.

Seorang lagi pengulas, Rabiyatul Adawiah Ghani berkata Ibrahim perlu merenung kembali tindakannya.
"Semua orang dah screen shoot dan save di memori otak kenyataan awak itu. Kami minta awak mengucap panjang, kaji semula apa yang awak tulis," katanya.
Tidak kurang juga yang mahu Ibrahim menjelaskan lagi tindakannya.

"Saya nak bertanya kenapa Datuk padam status ini," soal Muhamad Zaid Farhan.

Jenazah Nik Aziz selamat disemadikan pagi ini dengan diiringi puluhan ribu penyokong di Pulau Melaka, Kota
Bharu. - TMI

Khamis, 5 Februari 2015

Ceramah berbaur rasis? Ustaz Kazim dakwa dirinya difitnah

IPOH - “Saya difitnah,” Itu luahan penceramah terkemuka, Datuk Mohamad Kazim Elias yang menafikan sekeras-kerasnya tuduhan melulu daripada seorang lelaki di Kelantan yang mendakwa dirinya, telah mengaibkan masyarakat Cina hingga boleh menimbulkan ketegangan kaum.
Ustaz Kazim bersama para penyokongnya
Menurut Mohamad Kazim, dirinya juga tidak menyangka ceramahnya di Surau Al-Iman, Kemensah Heights pada November 2009 lalu itu dibongkar semula  dan seterusnya dijadikan isu oleh pihak tertentu.

Malah katanya, ceramah berkenaan sebenarnya tidak memiliki apa-apa isu pun melainkan mengenai kewajiban umat Islam untuk mempertahankan pemerintahan sebagai sesuatu yang disuruh di dalam Islam.

“Kita nafikan sepenuhnya tuduhan kerana ianya berbentuk fitnah tuduhan melulu tanpa melihat keseluruhan isi ceramah tersebut. Tak tahu kenapa dibongkar dan dijadikan isu.

“Saya kata, siapa sebenarnya tuan? Siapa sebenarnya hamba? Tak lama huraian, dua minit lebih tetapi tempoh itulah yang diambil dan dijadikan isu. 

Yang berkhidmat kepada negara adalah pihak polis yang kebanyakannya orang Melayu. Waktu orang lain sedang tidur, makan minum di kelab-kelab malam, yang berjaga askar Melayu, di tengah lautan, tengah sempadan. Keamanan ini datangnya daripada askar kita orang Melayu.

“Janganlah cakap ketuanan Melayu. Siapa Melayu, siapa yang tuan, kita dah duduk dalam negara yang boleh berkongsi tanah, berniaga malah dapat pingat dan pangkat. Kita tak pernah pertikai.

Kita cuma minta jangan timbul isu yang timbulkan ketegangan, tetapi saya pula dituduh menimbulkan ketegangan. Ini sebenarnya yang saya rasa pengadu ini tidak faham dengan apa yang saya cakap atau dia tengok hanya dua minit itu sahaja,” katanya lagi.

Mohamad Kazim berkata demikian pada sidang media sempena himpunan 22 badan bukan kerajaan (NGO) di dataran Pusat Pengajian Al-Barakah, hari ini.

Hadir sama, Ketua Penerangan Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak (Maap), Datuk Halim Ramli.

Tambah Mohamad Kazim, isu berkenaan mungkin ditimbulkan kerana ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk menutup isu-isu lain seperti isu hudud, pilihan raya majlis perbandaran dan sebagainya.

Oleh itu katanya, ada pihak yang cuba menggunakan populariti dirinya sebagai penceramah terkemuka tanah air pada ketika ini dengan mengaitkan isu-isu perkauman (rasis) dalam ceramah yang disampaikannya.

“Isu ini juga mungkin ditimbulkan sebagai satu usaha bagi menutup isu-isu lain yang sedang hangat dibincangkan pada hari ini seperti isu hudud, pilihan raya majlis perbandaran dan sebagainya.

“Pada ketika ini juga saya lihat ‘kebangkitan’ masyarakat untuk dengar ceramah sangat hebat. Mungkin juga ianya satu usaha untuk ‘peti sejuk’kan saya kerana bercakap isu rasis dan sebagainya,” katanya lagi.

Sementara itu, Mohamad Kazim berkata, pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan bagi menyatakan perkara yang sebenar kepada masyarakat.

Menurutnya, beliau juga turut menerima banyak mesej yang menyatakan sokongan kepadanya berhubung isu berkenaan. - SinarHarian



Selasa, 13 Januari 2015

#CharlieHebdo keluarkan karikartun terbaru Nabi Muhammad??

Selepas digemparkan dengan serangan di pejabat majalah Charlie Hebdo minggu lalu yang turut mengorbankan 12 nyawa, terbaru majalah itu telah menerbitkan satu lagu keluaran yang bakal mengundang satu lagi kontroversi dan kemarahan. Dalam keluaran terbaru itu memaparkan karikartun yang dikatakan sebagai Nabi Muhammad di bahagian muka depan. Dengan kapsyen "all is forgiven", karikartun itu turut memegang tanda bertulis "Jesuis Charlie".

Kebebasan bersuara lah kononnya..

Selasa, 28 Oktober 2014

WTF! Wanita ini mahu meniduri seorang lelaki di setiap kota yang dilawatinya

Ju Peng, 19, sedang mencari teman lelaki sementara yang mesti memenuhi syarat-syarat berikut: tampan, berumur di bawah 30, berketinggian lebih 1.75meter, dan mesti kaya.
Ju Peng menimbulkan kontroversi di China (Foto: Mirror UK)
Ju Peng sedang menjelajah seluruh China dan berharap agar jelajahnya itu dibiayai oleh lelaki yang dijumpainya di setiap kota. Dia telah membuat satu iklan di laman mikroblogging Weibo dengan menyatakan kemahuannya untuk mencari teman lelaki sementara yang memenuhi syarat-syarat tertentu.

Namun jelajah kontroversinya itu telah menjadi bualan hangat di media sosial sehingga ada yang mennuduhnya sebagai pelacur.

Ju berkata: "mereka akan membiayai kos pengangkutan dan segala perbelanjaan saya ke kota mereka dan mereka juga perlu sentiasa bermurah hati. Sebagai balasannya, mereka akan dapat bersama dengan saya sepanjang malam."

Ju mengatakan bahawa dia telah menjelajah ke seluruh Timur China dengan menggunakan langkah kontroversi tersebut dan mahu melawat pula ke seluruh negara itu, tetapi tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membiayai perjalanannya.

Disebabkan oleh kontroversi yang ditimbulkan oleh iklan tersebut, ramai yang mahu supaya iklan berunsur pelacuran itu dibuang dari laman Weibo.
Ju Peng 


Sabtu, 25 Oktober 2014

Penganjur program sentuh anjing tampil minta maaf atas kekecohan

Syed Azmi Alhabshi hari ini memohon maaf kerana menyebabkan kekecohan berikutan program anjurannya 'I Want to Touch a Dog' hari minggu yang lalu, mengatakan beliau tidak berniat pun menghina orang Islam.

Tujuannya semata-mata hendak mendidik masyarakat supaya tidak takut dengan anjing, katanya membaca dari satu kenyataan media, tiada langsung hasrat menyesatkan akidah orang Islam atau mengubah undang-undang Islam.

Bagaimanapun, aktivis sosial itu yang ditemani peguamnya Syahredzan Johan, meninggalkan sidang media itu dengan segera sebaik selesai membacakan kenyataan itu, mengatakan beliau bimbang keselamatan dirinya.

Syed Azmi menjelaskan dalam kenyataan itu, acara itu bukan diadakan bagi menggalakkan orang Islam membela anjing, dan ia berulang kali ditekankan semasa membuat publisiti acara itu dan juga di laman Facebook sejak 11 September.

Diugut dengan ancaman bunuh, Syed Azmi juga membuat dua laporan, dengan polis dan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada 22 Oktober.

Syahredzan berkata, pada satu ketika Syed Azmi menerima 2,000 pesanan di akaun WhatsApp telefon bimbitnya, juga ugutan menerusi panggilan telefon dan media sosial.

"Setengah daripada ancaman yang diterima mengatakan mereka mahu mematahkan tulangnya. Yang lain mengatakan mereka akan membunuhnya kalau melihatnya di jalanan, dan banyak lagi," katanya. - TMI

Selasa, 21 Oktober 2014

Kempen Sentuh Anjing: Nik Aziz kata penganjur ada 'ulat' dalam kepala, Mufti pula suruh taubat

Nik Aziz kata penganjur program khusus untuk menyentuh anjing  dilakukan seperti mereka ada ulat dalam kepala (Foto: TheMalaysianInsider)
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan penganjur program "I Want To Touch A Dog" yang mendapat sambutan luar biasa hujung minggu lalu di Selangor seperti mempunyai "ulat" di dalam kepala mereka.

Bekas menteri besar Kelantan itu berkata, sekarang timbul banyak aliran yang bersifat liberal dalam Islam yang menimbulkan idea-idea pelik dan boleh dianggap sebagai sesat.

“Menganjurkan program khusus bagi menjamah anjing hanya dilakukan mereka yang seumpama ada ulat dalam kepala.

"Ia bertentangan dengan mazhab Shafie,” katanya seperti dilaporkan Harakahdaily hari ini.

Ahad lepas, program "I Want To Touch A Dog" yang diadakan di Selangor itu mendapat sambutan di luar jangkaan apabila ramai umat Islam menghadirinya.

Bagaimanapun, program tersebut mendapat kritikan beberapa mufti dan orang ramai yang mempersoalkan motif penganjuran program tersebut.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad mahu penganjur dan umat Islam yang menyentuh anjing bertaubat kerana mempersendakan hukum Allah.

Sementara bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata penganjuran program berkenaan satu cubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang secara serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.

"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian semalam.

Dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sebelum ini, penganjur, Syed Azmi Alhabshi mengatakan beliau mendapat kelulusan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan polis untuk menganjurkan program tersebut.

Sementara bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata hukum menyentuh anjing tidak haram walaupun haiwan itu tergolong dalam najis berat.

Asri berkata ulama sepakat mengatakan anjing yang kering tidak najis, namun ‎najis boleh disentuh tetapi dengan syarat perlu dibasuh jika hendak beribadat atau pun berurusan dengan masyarakat.

"Mazhab Shafie agak tegas dalam hal ini. Namun, pendapat mazhab lain lebih luas dan mudah," katanya. - TMI 

Mufti suruh bertaubat

KOTA BHARU - Penganjur program 'I Want To Touch A Dog' dan umat Islam yang menyentuh haiwan itu di majlis tersebut kelmarin wajib bertaubat.
Mohamad Shukri
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana mereka secara jelas mempersendakan hukum ALLAH.   

Katanya, perbuatan sengaja menyentuh anjing adalah haram kerana ia najis mughalazoh (berat) dan bertentangan dengan mazhab Syafie.

“Jika dianjurkan oleh orang Islam, dia sebenarnya menghina hukum ALLAH dan boleh dianggap sebagai sindiran tajam terhadap kewibawaan umat Islam. Bertaubatlah," katanya.

“Memang sedih dengan gejala tidak sihat berlaku akhir-akhir ini. Lepas satu ada lagi yang lain ditimbulkan dengan sengaja dalam masyarakat kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohamad Shukri mengulas tentang program berkaitan sentuh anjing di taman rekreasi di Damansara, Selangor yang menunjukkan umat Islam membelai anjing. - SinarHarian

Selasa, 5 Ogos 2014

Pijak bendera Isreal: Pengantin Malaysia jadi bualan hangat di Israel

SHAH ALAM - Berita mengenai sepasang pengantin Malaysia yang mengabadikan kenangan majlis perkahwinan mereka dengan memijak dan membakar bendera Israel sebagai tanda protes kekejaman rejim itu terhadap rakyat Palestin mendapat liputan sehingga ke negara itu.

Berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul “Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day ".

Berita itu turut dikongsi oleh laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.

Ada di antaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat ‘bala bencana’ dek kerana perbuatan itu.

Patrick Gleen Hendry  yang dipetik sebagai berkata "semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan".

Terdahulu pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka  Norfadhilah Mohd Badroldin, 27, dan suami, Mohd Hilmi Muslim, 27, kedua-duanya yang bekerja sebagai arkitek bertindak melakukan perkara itu selepas berasa amat sedih melihat penderitaan umat Islam khususnya kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa serangan rejim Zionis.

Pasangan itu memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka.

Terdahulu, bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut. - Sinarharian

Jumaat, 11 Julai 2014

Gambar Messi Pegang Baju Sokong Israel. Asli Atau Palsu? Jawapanya..

Sebelum kongsikan sesuatu, pastikan sumber itu sahih dan boleh dipercayai. 

Walaupun pasukan Argentina sudah melayakkan diri ke final Piala Dunia FIFA edisi 2014 di Brazil, ayam tambatan pasukan itu Lionel Messi telah mendapat kecaman hebat dari jutaan penduduk dunia khususnya orang Islam. Ribuan orang mula mematikan sokongan ke atas pemain itu dan pasukannya Barcelona selepas tersebarnya gambar pasukan dari La Liga itu sebenarnya menyokong Israel dan rejim Zionis.

Gambar itu dipercayai telah diambil ketika FCB berkunjung ke bumi Palestin pada musim lalu. Ketika serangan Yahudi diperhebatkan ke atas Gaza, maka gambar berkenaan timbul kembali dan mengundang marah penyokong.

Persoalannya, Adakah Gambar Itu: (A) Asli Atau (B) Telah Di'photoshop' Oleh Pihak Yang Tidak Bertanggungjawab? 

Jawapannya ialah (B). Untuk makluman, gambar yang sebenar adalah seperti di bawah. Tetapi, jika dilihatkan pada kualiti gambar ini, masih ada keraguan tentang keasliannya. Betulkah gambar ini tidak diedit?

Ya, memang betul! Ini dia gambarnya. Messi sebenarnya memegang baju "Rosario 2019" yang merupakan tempat kelahirannya. Mereka dalam usaha membida untuk menganjurkan "Pan American Games" pada tahun 2019 kelak.

Selain "STAND WITH ISRAEL", baju tersebut turut diedit dengan tulisan "FREE PALESTINE" dan disertakan bersama bendera Palestin. Pasti Messi akan disanjung tinggi jika gambar ini disebarkan orang ramai.

Sebelum ni, Messi juga pernah dilihat memakai baju dalam dengan lambang Israel tertera pada baju tersebut dalam satu perlawanan bola sepak.

Bagaimanapun, kesahihan gambar berkenaan turut tidak dapat dikenal pasti apabila muncul pelbagai versi 'Editing' lain yang telah dilakukan pada gambar yang sama. Anda boleh lihat sendiri di sini:


Dan lagi...


Dan satu lagi...

Nasihat Kami, Pastikan Sesuatu Sumber Itu Sahih Sebelum Membuat Keputusan Untuk Sebarkan Ke Seluruh Dunia. Ternyata, Gambar Messi Dengan Baju Ini Sangat Mudah Untuk Diedit. Kami Pun Boleh Buat. Tak Sampai 10 Minit Kami Edit.

Sangat Menyedihkan Apabila Laman Sosial Kini Dijadikan Medan Untuk Menyebarkan Berita Palsu.

Sumber: Says

Jumaat, 4 Julai 2014

China Larang Umat Islam Di Xinjiang Berpuasa. Mengapa?

Sambutan bulan Ramadan di Xinjiang, China sangat berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia. China terus melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa pada tahun ini sama seperti sebelum ini, lapor beberapa media antarabangsa.

Menurut sumber AFP, Stesen radio Bozhou dan Universiti TV memberitahu bahawa larangan itu adalah berkuatkuasa dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah tersebut. Beberapa jabatan kerajaan menaikkan notis di laman sesawang masing-masing sejak beberapa hari lalu memaklumkan larangan berkenaan. Biro Hal Ehwal Perdagangan di Turfan berkata di laman sesawangnya Isnin lalu bahawa “kakitangan kerajaan dan pelajar tidak boleh berpuasa atau mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan lain.”

Biro Cuaca di wilayah Qaraqash di kawasan barat Xinjiang juga mengikut jejak sama dengan mengatakan tindakan larangan puasa dikuatkuasakan selaras dengan arahan pihak atasan.

Penduduk di Xinjiang mendakwa bahawa mereka diberi makanan percuma sebagai galakan untuk tidak berpuasa manakala pihak berkuasa juga membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tidak ada yang berpuasa.

Dalam satu kenyataan, jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit menyelar tindakan itu sebagai menyekat kebebasan beragama. "Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang. Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutamanya ketika Ramadan," tegasnya.

Manakala di Malaysia, PAS akan menuntut penjelasan daripada Kerajaan China berhubung perkara itu. Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata jika laporan itu benar, ianya adalah suatu tindakan yang melanggar hak beragama dan hak asasi manusia.

Xinjiang, yang juga dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan daripada pemerintah di Beijing. Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik. China menuduh etnik Uighur menggerakkan kempen keganasan untuk menuntut kemerdekaan. Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan dan dilihat oleh kumpulan yang bersimpati dengan Uighur sebagai helah untuk menghalalkan diskriminasi ke atas golongan minoriti itu.

Sumber: Says



Isnin, 9 Jun 2014

Blogger Blog Serius - 1Obefiend didakwa hina Agong

CYBERJAYA: Seorang pengguna Twitter bernama Effi Nazrel Saharudin, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Kuala Lumpur atas dua tuduhan menghantar komen-komen jelik yang menghina Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Pendakwaan tersebut dilakukan selepas siasatan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendapati, tertuduh melakukan perbuatan berkenaan secara sedar dan komen-komen yang dihantarnya mengundang reaksi yang negatif orang awam.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta kes tersebut dibicarakan.

Pihak mahkamah membenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 untuk kedua-dua pertuduhan itu dan menetapkan sebutan semula kes tersebut bagi penyerahan dokumen di bawah Sesyen 51A Kanun Tatacara Jenayah pada 2 Julai 2014.

Tertuduh didakwa menghantar komen jelik berikut: “@IzranSalleh @norfaiz they have a point.

Agong is just a puppet.

Down with monarchy.

A waste of rakyats money” dan “Soalan serius.

Rakyat bayar elaun dan istana agong.

Technically speaking he works for us.

So why do we put him on a tandu?” di laman https://twitter.com/1Obefiend/status/340669427567697921 dan https://twitter.com/1Obefiend/status/340669878656700418 pada 1 Jun 2013 lalu.

Effi Nazrel didakwa di bawah Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali. - hmetro
Blog Serius (Pic via faizalfredly)
P/s: Obefiend juga merupakan pemilik blog popular Blog Serius


Lagi Info menarik:

Sabtu, 24 Mei 2014

Tujuan sebenar kenapa panda Fu Wa dan Feng Yi dibawa masuk ke Malaysia

Sejak dua tiga hari ini, memang kecoh pasal panda Fu Wa dan Feng Yi sampai ada yang menjadikannya sebagai bahan berpolitik. Apatah lagi sekarang ni kempen PRK Bukit Gelogor dan PRK Teluk Intan sedang hangat dijalankan.



Kenapa panda Fu Wa dan Fe Yi ini begitu mendapat perhatia ramai? Kalau dilihat di laman sosial, rata-ratanya membidas dan mengkritik kerajaan kerana membazir jutaan ringgit wang rakyat untuk menampung kedatangan panda itu ke Malaysia. 
Panda gergasi Fu Wa dan Feng Yi
Gua pun pada mulanya memang tertanya-tanya kenapa sang panda ini begitu mendapat perhatian dan kenapa Najib sanggup berhabis puluhan juta untuk panda ini? Apakah tujuan sebenar panda Fu Wa dan Feng Yi dibawa masuk ke Malaysia?

Mungkin banyak yang dah tahu dan pasti juga banyak yang tak tahu hal sebenar di sebalik panda ini. Gua harap artikel yang dipetik dari Sinar Harian ini dapat memberi sedikit penjelasan kepada persoalan anda dan saya.
Fu Wa dan Feng Yi dalam sangkar (imej oleh Mccall.com)
Melobi

Justeru menjadi tanggung jawab kerajaan untuk memastikan hubungan baik dengan China berterusan. Panda adalah simbol diplomasi China sejak zaman Dinasti Tang lagi apabila Maharani Wu Zetian (625-705) menghadiahkan haiwan hitam putih itu kepada Maharaja Jepun.

Dan berbanding dengan negara lain yang terpaksa melobi untuk mendapatkan panda, Malaysia sebaliknya ditawarkan oleh Kerajaan China untuk menjaga dua daripada hanya lebih kurang seribu panda yang masih ada di dunia. Ini satu penghormatan!
  
Simbolik pada penghormatan ini adalah keyakinan China kepada negara yang diterima sebagai sahabat untuk menjaga aset dunia yang hampir pupus itu sebagaimana negara berkenaan menjaga hubungan mereka supaya generasi akan datang terus berpeluang hidup bersama panda.
  
Setakat ini, China hanya menghantar panda ke 17 zoo di 12 negara sahaja dan untuk mendapat peluang itu bukan mudah. Kanada menunggu selama 39 tahun sebelum Ershun dan Ji Li dihantar ke Zoo Toronto pada Februari 2012. Zoo Atlanta di AS pula terpaksa melobi selama 12 tahun dengan kos kempen RM16 juta untuk membuka hati pemimpin China membenarkan panda dihantar kepada mereka.
  
Lalu apabila China menawarkan Fu Wa dan Feng Yi kepada Malaysia, apakah tawaran itu patut ditolak sebagaimana pandangan para bijak pandai papan kekunci yang ghairah mengecam kerajaan berhubung isu ini?
  
Jika ditolak, apa pula implikasinya kepada hubungan bilateral yang sudah terjalin selama 40 tahun? Apa pula kesannya kepada ekonomi negara tanpa sumbangan China?
  
Kita juga maklum bahawa hubungan dengan China melalui episod suram sejak dua bulan lalu yang berpunca daripada MH370 dan diberatkan lagi dengan kes penculikan dua warga China di Sabah. Pada masa yang sama, ada desas-desus Kerajaan China hampir membatalkan penghantaran dua panda itu yang sekali gus merisaukan mereka yang memahami justifikasi perjanjian kerjasama konservasi haiwan itu kepada negara.
  
Apa lagi China dalam beberapa tahun akan datang menyediakan peluang pelaburan bernilai lebih RM257 bilion dan ini peluang lumayan untuk Malaysia.  Hubungan diplomatik yang sudah berusia 40 tahun amat perlu dipertahankan.

Justeru perlu difahami bahawa panda bukan semata-mata binatang zoo seperti singa Afrika atau harimau Bengal untuk kerajaan bawa dengan kos yang begitu besar sebagai tontonan. Nilainya jauh lebih mahal berbanding RM25 juta kos untuk membina sangkarnya.
  
China adalah pasaran terbesar dunia yang amat diperlukan untuk kelestarian ekonomi Malaysia. Kerana itu, dalam memahami isu ini, jangan terbawa-bawa dengan emosi konon kitalah orang yang paling ke hadapan dalam menentang pembaziran tanpa memahami apa yang sebenarnya kita tentang!
  
Saya yakin, kalau kerajaan kita semata-mata condong kepada AS, orang yang sama juga akan mengecam. Berpolitik dengan kuasa besar perlu kebijaksanaan. Sekurang-kurangnya apabila kita akrab dengan China, AS akan sedikit berhati-hati dan kita juga akan ada kuasa tawar-menawar. Tetapi untuk menjauh daripada AS begitu sahaja pun tidak boleh juga.
  
Ini kerana, ikut pada adat ekonomi kita tidak boleh hidup tanpa kuasa-kuasa ini. AS adalah negara yang ada peranan dan menguasai ekonomi hampir semua negara di dunia. Sebesar-besar Rusia pun, apabila dikenakan sekatan ekonomi oleh AS, berundur juga tentera mereka dari Ukraine.
  
Jadi sama-samalah kita renung, fahami sedalam mungkin sesuatu makna sebelum kita tentang. Saya bukan penyokong totok mana-mana pemimpin atau parti politik kerana bagi yang mengikuti tulisan saya di Sinar Harian, mereka akan sedar bahawa saya sering juga mengkritik pemimpin kerajaan. 

Sumber: Muhamad Mat Yakim (Sinar Harian)
Sangkar yang membawa Fu Wa dan Feng Yi (imej via MKini)
Dah faham? Panda itu adalah satu simbolik dalam memperkuatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-China especially dari segi kerjasama ekonomi dan politik. Panda ini bagaikan satu pelaburan ekonomi buat Malaysia agar dapat menuai hasil berlipat kali ganda pada masa hadapan. Inilah dia salah satu tujuan sebenar kenapa panda Fu Wa dan Feng Yi dibawa masuk ke Malaysia. Kalau korang nak tengok panda ni, boleh pergi ke zoo negara.

Lagi Info Menarik: