Di manakah level pasukan Asia Tenggara dalam sukan bola sepak ini? Jangan cakap World Cup, nak ke Olimpik dan Asia Cup pun masih tercungap-cungap. Semalam, pasukan Singapura kalah teruk 7-1 oleh Iraq manakala Indonesia pula dibelasah dan dimalukan 10-0 oleh Bahrain dalam kelayakan Piala Dunia. Ayoyo...apa nak jadi dengan sukan bola sepak di rantau ini. Malaysia pula?.....hmmmm...seketul mata pun tak dapat dalam kempen kelayakan Olimpik.
Memang tidak dinafikan lagi bahawa Malaysia sudah membuktikan Harimau Malaya sebagai kuasa bola sepak di rantau Asia Tenggara. Tapi cukupkah setakat itu? padahal jumlah wang yang telah dilaburkan dalam memajukan sukan ini sudah beratus juta. Nampaknya matlamat asal untuk layak ke Piala Dunia atau Olimpik masih jauh untuk dicapai.
Apapun, bak kata Ong Kim Swee, kita harus optimistik jika berhadapan dengan pasukan-pasukan hebat yang lebih jauh levelnya dari kita. Mungkin tahun ini level kita masih belum mencukupi untuk mencabar pasukan-pasukan seperti Jepun, Bahrain, dan Syria. Itu baru pasukan Asia, agaknya kalau lawan dengan England, kalah teruk kot.
Sebagai peminat sukan bola sepak di negara Malaysia ini, memang sangat teringin melihat mereka bermain di pentas Olimpik atau World Cup. Entah bila..tapi yang penting usaha perlu dikekalkan dan dilipatgandakan. Tertanya-tanya pula bagaimana pasukan dari negara bergolak seperti Iraq boleh menjadi antara pasukan terbaik di Asia. Pernah menang Asia Cup pula tu. Mungkin sebab kemampuan fizikal dan mental mereka yang menjadi kelebihan.
Harap lepas ini pasukan Malaysia dan rantau Asia Tenggara dapat meningkatkan lagi tahap mereka dalam sukan bola sepak. Dan sebagai peminat tegar bola sepak, perlu sentiasa memberikan sokongan padu kepada pasukan kita. Jika anda peminat bola sepak, renungkan kata-kata hikmat dari ULTRAS MALAYA ini, "Jika tidak mampu menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang"
Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com
3 ulasan:
what?? ^^ betul tu.. jgn menyokong tika menang jek.. --' hehehe.. apa2 pun smga bjya laa.. ^^
masalah penyokong gak.. bile menang dalam fb, blog, twitter.. sume rebut2 nak cite.. bile kalah.. wat tak reti je..
haha...betul tu
Catat Ulasan