Tiada cuti Krismas untuk pemain Tottenham : Redknapp | Boros Di Aralom

Ahad, 18 Disember 2011

Tiada cuti Krismas untuk pemain Tottenham : Redknapp

Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp dikatakan telah menyekat para pemainnya daripada menyambut parti krismas sebagai satu pengornan terhadap kelab.
Harry kertika menjadi Scrooge.
Dua tahun lalu, para pemain pasukan tersebut telah mengadakan parti secara rahsia tanpa pengetahun Redknapp di Dublin. Dia berpendapat bahawa kehidupan sosial pasukan hanyak akan membawa impak negatif kepada pasukannya. 

"Tidak ada lagi parti Krismas. Kami sangat sibuk bermain bola, kami mempunyai banyak perlawanan yang bakal dilalui dan para pemain kena fokus bermain dan mendapatkan kemenangan" kata Redknapp.
Tambahnya lagi, "jika mereka tidak boleh beradab terhadai diri sendiri dan tidak dapat menahan diri daripada berparti maka memang ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka . Tuah semakin menyebelahi mereka. Mereka juga mempunyai karier yang hebat dan kehidupan yang baik. Jangan saja buat masalah ketika Krismas. Saya tidak mahu mereka keluar berparti. Ini kerana banyak pihak terutamanya media yang sedang menunggu untuk menangkap gambar mereka berparti. Ketika saja mereka tidak sedar dan melakukan perkara tidak baik maka di situlah mereka akan terkena".

Tottenham mempunyai 11 perlawanan tanpa kalah dalam Liga Perdana Inggeris sebelum dikalahkan oleh Stoke hujung minggu lalu. Tetapi Redknapp masih optimis tentang peluang pasukannya untuk memenangi gelaran liga. (Sumber:www.football365.com)


Khas untuk anda:-
  • Pergi test-drive kereta volkswagon dan anda mungkin dapat iPhone percuma! Cekidaout!

Tiada ulasan: