Sepakan bola Wayne Rooney semasa sesi memanaskan badan yang meliar ke bangku penonton menyebabkan seorang budak sekolah patah pergelangan tangannya selepas terkena bola tersebut.
Jamie yang terpatah pergelangan tangan |
Wayne Rooney bagaimanapun telah meminta maaf terhadap budak 9 tahun melalui laman twitternya. Rooney juga akan mengemukakan surat permohonan maaf beserta sehelai jersi yang ditandatanganinya.
Jamie Thomas yang berasal dari Wem di Shropshire ketika itu sedang duduk di bahagian bangku hadapan penonton semasa Manchester United mengunjungi Wolves dalam saingan liga. Walaupun berada dalam kesakitan, Jamie tetap terus menonton perlawanan itu sehingga tamat sebelum mendapatkan rawatan.
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je
Tiada ulasan:
Catat Ulasan