LONDON: Kedudukan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris terus goyah apabila tewas 3-0 kepada New Castle awal pagi ini, iaitu kekalahan kedua berturut-turut.
United yang kalah dengan jaringan sama 3-0 di tangan Blackburn, Ahad lalu, kini semakin terancam kedudukan kedua liga yang bila-bila masa akan dipintas Tottenham Hotspur.
Malah penyandang juara itu ketinggalan tiga mata kepada pendahulu liga, Manchester City selepas jirannya itu menumbangkan Liverpool 3-0 semalam. Newcastle membuka jaringan menerusi Demba Ba pada minit ke-33, diikuti jaringan
Yohan Cabaye pada minit ke-47.
United terus menerima nasib malang apabila Phil Jones melakukan jaringan sendiri pada minit ke-90.
(Sumber: BH)
- Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang
- Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI
- Mari bertukar link untuk tingkatkan trafik blog/website LINK EXCHANGE SINI
- Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan