KLFA kempunan | Bayaran khidmat Liverpool terlalu mahal | Boros Di Aralom

Sabtu, 31 Disember 2011

KLFA kempunan | Bayaran khidmat Liverpool terlalu mahal

Dah tau Liverpool ini kelab ternama di dunia, sidah tentu lah bayaran untuk mendapatkan khidmatnya dalam membangunkan bola sepak mahal. Apa pun, masih banyak kelab bola sepak yang berkualiti dari segi kejurulatihan yang boleh dipertimbangkan.

Menurit hmetro.com hari ini, PERSATUAN Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terpaksa mencari alternatif lain selepas hajat untuk mendapatkan 'sentuhan' kelab gergasi Inggeris, Liverpool dalam membangunkan Akademi Bola Sepak KLFA tahun depan tidak menjadi kenyataan.

Presidennya, Datuk Astaman Abdul Aziz berkata, perjanjian kerjasama itu menemui jalan buntu akibat kekangan kewangan berikutan Liverpool meletakkan bayaran di luar kemampuan KLFA.

“Rancangan kerjasama dengan Liverpool tak jadi sebab masalah kewangan. Bayaran yang diminta kelab itu agak tinggi jadi kami terpaksa mencari pendekatan lain dalam membangunkan akademi bola sepak KLFA.

“Berbanding kelab lain di England seperti Chelsea, Everton dan Arsenal, Liverpool belum pernah membuat projek seperti ini di luar, jadi mereka meletakkan syarat agak ketat yang menyukarkan kami untuk mendapatkan penajaan syarikat luar,” katanya sambil enggan mendedahkan jumlah bayaran diminta Liverpool.

Sebelum ini, pihak KLFA mengadakan rundingan bagi draf perjanjian kerjasama dengan kelab dari Merseyside yang dijangka selesai November lalu.

Jika perjanjian itu dipersetujui kedua-dua belah pihak, Liverpool akan menghantar seorang pengarah akademi bagi mentadbir Akademi KLFA yang terletak di Desa Melawati untuk beroperasi bermula awal bulan depan.

Selepas usaha itu tidak berhasil, Astaman kini mula mengatur strategi lain bagi memastikan projek Akademi KLFA akan tetap diteruskan biarpun terpaksa menunggu masa lebih lama.

“Mesyuarat Exco KLFA baru-baru ini sudah bermesyuarat dan kami bersetuju dengan cadangan untuk mengendalikan akademi ini menerusi pelan jangka masa panjang tiga hingga 10 tahun. “Kami tidak perlu tergesa-gesa kerana kami tidak menanggung apa-apa kos memandangkan bangunan akademi sudah siap itu hak milik kami jadi tidak ada sebarang bayaran,” katanya.

*Bola sepak sekarang ini terutamanya dalam liga Inggeris sememangnya menjadi lubuk duit kepada billionaire. Sebab itu kos perkhidmatan mana-mana pasukan kelab sangat tinggi. Mungkin KLFA boleh mintak tolong dengan Datuk Tony Fernandes kot. "Now Everyone Can Play Football at Europe" huhu..atau mintak tolong dengan pemilik Cardiff City. Dua-dua orang Malaysia. Tapi sekarang ni pun belum ada kerjasama sah dengan pasukan kebangsaan, ini kan pulak pasukan negeri. Harap-harap ada 'sesuatu' tindakan kelak  yang berguna kepada perkembangan bola sepak tanah air.

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 

Tiada ulasan: