Inilah dia budak 13 tahun yang dirantai pada tiang elektrik oleh bapanya kerana suka berjudi. Kejadian ini berlaku di Phnom Penh. Sumber menyatakan bahawa budak tersebut diperlakukan sedemikian oleh bapanya sebagai hukuman ponteng sekolah. Anak itu sepatutnya berada di sekolah tetapi didapati ponteng dan leka berjudi di sebuah kafe siber.
Menurut pegawai polis yang bertugas, Cheth Vanny, budak itu hanya dilepaskan selepas 2 jam dan menyatakan bahawa dia turut dipukul oleh ayahnya. Kini, ayah budak tersebut dipercayai telah melarikan diri dan sedang diburu polis atas dakwaan mendera. -myMetro
Anak-anak memang patut diberikan pengajaran terutamanya oleh ibu bapa mereka apabila melakukan kesilapan. Tapi adakah hukuman atau ganjaran yang diberikan itu bersesuaian dan boleh mengubah si anak? Teringat dulu semasa kecil, abang saya bersama kawan-kawannya bermain dengan mancis kayu dan saling mencabar antara satu sama lain. Api siapa lebih besar. Tidak disangka, semasa giliran abang saya menyalakan mancis, api kecil itu menyambar timbunan lalang kering. Apalagi, api terus merebak dengan pantas dan membakar seluruh kawasan sekitar rumah. Nasib baik tiada kemalangan jiwa mahupun rumah terbakar.
Lepas itu, ayah saya tahu dan sangat marah. Dia terus mengheret abang saya ke tiang rumah dan mengikatnya selama setengah hari. Di situ lah abang saya meraung, menangis, dan menjerit-jerit. Dah lah tidak selesa, banyak semut api lagi. Bayangkanlah.
Bukan setakat abang saya, saya ni pun pernah juga kena baling dengan kerusi dan kena rotan dengan kayu sampai patah kayu itu. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi berkali-kali. Sakitnya memang tidak boleh dibayangkan lagi. Tapi apa yang berlaku lepas itu?
Apa yang boleh saya katakan sekarang ialah "terima kasih ayah kerana menyayangi saya dengan kayu, dengan balingan kerusi, dan dengan rotan" kalau bukan kerana semua itu, sudah lama saya hanyut dalam godaan dunia. Saya sedar sekarang bahawa dia melakukan semua itu kerana sayang dan rasa tanggungjawab. Saya tak boleh salahkan dia kerana melakukan hukuman dengan cara kasar kerana memang dia dididik oleh nenek moyang macam itu. Tidak pernah mengenal erti 'psychological punishment and reward' yang sepatutnya. Dia tak sekolah tinggi-tingi. Membaca pun kurang. Rasanya dia sudah melakukan apa yang betul baginya. Cuba fikir kalau dia langsung tak ambil peduli?
Kesimpulannya, apa pun jenis hukuman yang dikenakan kepada anak-anak, seharusnya kena bersesuaian. Kalau beri hukuman fizikal sekalipun, kalau memang dah jenis keras kepala, takkan berubah sikap si anak tu. Begitu juga dengan hukuman psikologi. Ianya bergantung kepada penerimaan setiap individu.
p/s: saya memang nakal semasa kecil.
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je
1 ulasan:
Kes naya..
Catat Ulasan