Blogger kontroversi Uncle Seekers kena tahan | Boros Di Aralom

Jumaat, 6 Julai 2012

Blogger kontroversi Uncle Seekers kena tahan

Siar artikel fitnah Sultan Johor dalam blog miliknya

Uncle Seeker dan teman wanita
Johor Bahru: Polis Johor menahan pengamal para normal, Syed Abdullah Syed Hussein, yang mengendalikan laman blog www.uncleseekers.blogspot.com berhubung kenyataannya yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan semalam berkata Syed Abdullah, 46, ditahan pada jam 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban. 
Kenyataan itu menyebut seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, turut ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya.

Mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Pada 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penyiaran artikel di dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sentral itu memohon pihak berkuasa menyiasat terhadap blog, www.uncleseekers.blogspot.com, yang dikatakan turut mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor. - BERNAMA - Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan: