Kebaikan Mempunyai Bisnes Sendiri | Boros Di Aralom

Jumaat, 16 Disember 2011

Kebaikan Mempunyai Bisnes Sendiri

Walaupun seseorang terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan risiko yang menakutkan ketika mahu memulakan sesuatu perniagaan itu, harus disedari bahawa memiliki perniagaan sendiri ada banyak faedahnya. Pemilik perniagaan memberikan seseorang itu kebebasan yang tidak mampu dimiliki oleh mereka yang berkerja untuk orang lain. Namun demikian, ia bukan lah sesuatu yang perlu diambil mudah. Terdapat banyak kebaikan mempunyai bisnes sendiri.

Potensi Pendapatan Tanpa Had
Apabila bekerja dengan majikan, potensi pendapatan seseorang itu adalah terhad kepada sesuatu struktur gaji yang sedia ada. Sebaliknya, sebagai pemilik perniagaan atau 'bos' secara teorinya, seseorang itu mempunyai potensi pendapatan tanpa had. Tapi bukan semua perniagaan kecil berakhir dengan pendapatan yang tinggi malah mungkin berlaku kerugian. Namun sekiranya seseorang itu bijak dan berani menanggung risiko, biasanya orang itu akan berjaya.

Keselamatan Pekerjaan
Semasa berlaku kemorosotan ekonomi dan apabila berlaku kadar pengangguran yang meningkat, menjadi pemilik perniagaan membolehkan seseorang itu selamat daripada menjadi mangsa dibuang kerja walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi yang boleh menyebabkan jualan atau pendapatan syarikat menurun.

Kebebasan Jadual
Sebagai pemilik perniagaan, anda memiliki darjah kebebasan yang tinggi dari segi jadual. Anda tidak terikat dengan mana-mana peraturan malah anda sendiri yang akan membuat peraturan. Seseorang itu mungkin sahaja boleh bekerja sampai lewat malam kemudian tidur sepanjang siang hari. Malah mungkin bebas bercuti sakan sana-sini. Yang penting, perniagaan tetap dijaga.

Pengawalan Karier
Sebagai pemilik perniagaan juga, anda bebas dari politik pejabat. Kerana anda merupakan orang tertinggi syarikat maka tidak perlu risau mengenai saingan antara pekerja. Sebagai bos, anda bebas untuk memberikan sepenuh perhatian dalam mempertingkatkan perniagaan dan memperbaiki produk atau perkhidmatan.
Oleh yang demikian, sekiranya anda seorang yang memang bercita-cita tinggi untuk menjadi bos, berusahalah. Bukan senang tapi jika ada berkat usaha yang gigih, mudah-mudahan success dalam apa juga yang diniagakan. Biarlah bermula dari bawah.

  • Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG

Tiada ulasan: