Perniagaan online kini telah menjadi pilihan atau trend para usahawan atas faktor-faktor tertentu seperti kos yang murah dan kemudahan untuk mempromosikan perniagaan.Mempromosikan perniagaan online adalah sangat penting bukan sahaja untuk kejayaan jangka masa [endek malah juga untuk perniagaan itu kekal lama. Di sini terdapat beberapa langkah asas yang akan membantu bagaimana untuk mempromosikan perniagaan online.
1. Tulis pelancaran produk untuk mengumumkan berita terbaru mengenai bisnes anda dan hantarkan kepada website-website press release submission online dan juga kepada media tempatan.
2. Libatkan diri dalam pemasaran artikel. Hantarkan artikel-artikel anda itu ke direktori-direktori artikel yang banyak di internet. Pastikan anda meletakkan nama bisnes dan URL anda di dalam direktori tersebut.
3. Gunakan pengiklanan pay-per-click. Pengiklanan seumpama ini merupakan cara terpantas untuk membawa ramai pengunjung ke dalam laman web anda dan anda juga mempunyai kuasa untuk mengawal kos setiap klik pengiklanan.
4. Jika anda mempunyai bisnes online, anda harus membina senarai pelanggan dan pelanggan yang berpotensi dengan menghantar e-newsletter bisnes anda. Sediakan kotak opt-in di dalam laman web anda di mana anda akan menawarkan tawaran menarik seperti diskaun atau laporan percuma kepada klien atau bakal klien yang sudi mengisi nama dan alamat mereka di dalam kotak tersebut. Ini dipanggil mailing list.
5. Sertai lah forum-forum atau perbincangan-perbincangan yang berkaitan dengan produk anda. Mungkin anda sukar untuk mempromosikan produk anda secara direct tetapi anda masih dapat mempromosikan laman web bisnes anda melalui signature keahlian anda dalam forum atau perbincangan tersebut.
6. Bina program affiliate. Jika anda mempunyai affiliate yang ramai maka prospek anda juga meningkat dan hasilnya, banyak pelanggan yang akan membeli produk anda. Affiliate ini merupakan individu lain yang mempromosikan produk anda dan apabila pelanggan membeli barangan menerusi link affiliate ini, mereka akan mendapat komisyen jualan daripada anda. Ingat! anda harus membayar komisyen kepada affiliate mengikut kadar yang anda tetapkan sendiri contohnya 40% dari harga jualan. JIka anda tidak membayar mereka, percayalah bahawa reputasi anda dan bisnes online anda akan jatuh mendadak.
7. Sentiasalah menjejaki langkah promosi yang berkesan. Biasanya para peniaga internet ini menggunakan beberapa cara promosi seperti link banner dan email untuk mempromosikan produk. Jika sesuatu metod itu kurang berkesan, cari dan kaji cara lain yang mungkin berkesan untuk penjualan produk anda. Gunakan juga kaedah pengiklanan melalui laman sosial seperti facebook, twitter, digg, myspace dan sebagainya.
Apapun perniagaan yang anda ceburi, tidak ada jalan mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan itu dengan cepat. Sekiranya mudah, semua orang pun sudah berjaya. Namun, jika ada berkat usaha yang gigih, sabar dan jujur, mudah-mudahan anda akan berjaya dalam perniagaan online ini.
Mungkin juga anda inginkan cara pengiklanan melalui Adsense untuk meningkatkan jualan produk anda. Saya sarankan agar anda membaca ebook Seni Adwords - Panduan Pengiklanan Google Adwords yang ditulis oleh pakar bisnes online Mohd Syamsuriyadi ini. Dalam ebook ini, diterangkan dengan jelas dan mudah bagaimana mengiklan dengan Google Adwords secara langkah demi langkah. Pastinya buku ini sangat berguna untuk membantu anda memasarkan produk anda kepada prospek yang ramai.
- Info Pelik Mengenai Samsung Galaxy ke tu?NAK TAHU JUGA
- Dapatkan ebook (Bahasa Melayu) mengenai fakta, sejarah, dan cara-cara yang mudah dan meyakinkan dalam pelaburan Emas $$SINI$$
- Sertailah peraduan Microsoft's Great Family Time dan menangi sebuah kereta Nissan Grand Livina! SERTAI SEKARANG
1 ulasan:
Maklumat yang sangat membantu untuk saya... Terima Kasih
Catat Ulasan