Bagaimana buat duit dengan menulis sajak | Boros Di Aralom

Rabu, 11 Januari 2012

Bagaimana buat duit dengan menulis sajak

Adakah anda seorang yang suka atau berkebolehan menulis sajak? Kenapa anda menulis? Untuk kepuasan atau luahan, atau sekadar suka-suka. Sebenarnya, hobi ini boleh juga dijadikan sebagai salah satu cara bagaimana buat duit dengan menulis sajak. Yang penting, kesungguhan dan minat yang mendalam.

Jadi bagaimana nak buat duit dengan menulis sajak? Bukan saja sajak malah syair, pantun, dan cerpen juga boleh diaplikasikan. Anda tak perlukan modal pun.

1. Pertama sekali, anda boleh bermula dengan membuka website atau blog peribadi sebagai medan untuk anda menulis. Dengan adanya blog, anda akan memperoleh pengikut yang setia membaca hasil tulisan anda. Sebaiknya, sediakan mailing list supaya anda boleh menghantar tulisan terbaru anda kepada para pembaca setia blog anda.

2. Apabila anda merasakan bahawa anda sudah mempunyai bilangan pembaca setia yang ramai maka anda boleh memulakan langkah buat duit dengan menulis sajak ini. Kumpulkan sajak-sajak terbaik anda dan buatlah ebook dan jual di dalam blog anda. Anda boleh gunakan paypal sebagai cara pembayaran terbaik produk anda.

3. Anda juga perlu berkomunikasi dengan peminat/pengikut anda. Sebaiknya, binalah satu fan page di blog atau facebook. Ini penting untuk anda memdapatkan maklum balas peminat terhadap sajak anda dan seterusnya membantu anda memperbaiki segala kelemahan yang ada.

4. Teruskan menulis sajak. The more the better. Apabila jumlah peminat anda semakin besar, anda boleh memulakan satu ruang forum khas dalam blog anda untuk membolehkan para peminat anda berinteraksi antara satu sama lain mengenai sajak anda. Biarkan beberapa peminat tegar membaca sajak baru anda yang belum diterbitkan untuk mewar-warkan kepada ahli-ahli forum yang lain.

Demikianlah cara bagaimana buat duit dengan menulis sajak/pantun/syair/cerpen khasnya secara online. Jika anda salah seorang yang mempunyai minat mendalam dalam bidang penulisan ini, tiada salahnya mencuba. Rezeki ada di mana-mana.

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Tiada ulasan: